para pengikut

Sunday, July 18, 2010

Hujung Minggu di Teluk Intan


Sebelum itu ... Aku baru je sampai di Putrajaya ni ... terus online untuk update blog aku .


Jadi, Jumaat hingga Ahad pagi tadi aku balik kampung , di Teluk Intan . Hari Jumaat aku sampai dalam jam 8.00 malam . Bertolak dari UPM pada jam 5.00 petang .


Aktiviti hari Sabtu pagi baru aku mulakan . Sebab pada hari Jumaat tu , aku terus sampai je , jam 10.30 malam aku dah baring atas katil adik aku dan terus tido . pEnat laaa.... Hari Sabtu jam 7.30pagi itu , mak minta teman (atau aku yang minta teman ni ..heheh) pergi ke pasar . Aku nak cari temu kunci(Boesenbergia rotunda) dan Cekur ( Kaempferia galanga), tujuannya untuk research group aku . Alhamdulillah jumpa la dua bahan itu , tapi aku dapat beli 500gram je temu kunci . Tetapi aku dapat beli 2 kilogram cekur. Mak pula nak beli ikan untuk masak tengahari nanti .

Mak beli ikan sagai.. untuk masak gulai .






Lepas selesai beli barang-barang kat pasar , mak ajak sarapan mi kicap kat pekan .


Mak makan kuetiwau sup
Dan aku makan mi kuetiaw kicap ... sedappp
Pada hari ini (Ahad) tak ada apa yang berlaku . Cuma sarapan hari Ahad bersama ayah dan mak sekali lagi di kedai mi kicap itu . Jam 10.30 pagi aku cuci kereta dan polish. Lepas cuci kereta, badan pun penat. Tidur sekejap . Makan tengahari mak masak . Jam 3.30 petang balik ...
Perjalanan pulang, di lebuh raya, di Rawang, hujan lebat (sia-sia je cuci dan polish kereta...) hahaha. Jam 5.45 petang selamat sampai di Putrajaya.
: )

Sunday, July 11, 2010

70 % complete...




untuk PRPI 2010 akan datang ini.




Hanya 70% siap seperti yang anda lihat di atas



Masih belum lengkap.
: )

PRPI 2010









20-22 Julai 2010...



coming soon...



Sedang menyiapkan posternya....






sedikit sisipan sebelum ianya siap buat tatapan anda....





Kita jumpa di Dewan Besar UPM ya.....

:)

S.T.R.E.S.S.

Hari Ahad,... Pagi ini aku bangun lambat, niat di hati (ijoy kena pergi lab hari ini......!!!)

tapi tengok jam ..... adoyai. dah pukul 11 pagi . Apakah ???


Semalam buat apa sampai aku mengantuk sangat . Perasaan stress, tertekan dan depress kebelakangan ini membuatkan aku rasa tak tentu hala "sampai diri sendiri pun tak terjaga".

Dah berjanji untuk menghantar teman ke KLIA. Teman hendak ke Pantai Timur. Lama agaknya dah tak jumpa teman seorang ini. Jumpa je teman dalam kereta (tempat di mana aku fetch dia)
terus kena marah dengan aku ..."Tau tak lama tak jumpa!!!" hahahaha.

Jadi, masa yang sedikit itu memang kitorang hargai berbual-bual. Sehingga la timbulnya perkataan stress. Masing-masing Stress...stress...stress.... dengan kerja dan segala-galanya. Bulan ini bukan bulan yang baik agaknya . Nak cakap "sabarlah .. ....", sungguh cliche ayat tersebut. Ya, petikan dari seorang teman...




"SA-BAR adalah perkataan yang mudah untuk disebut tapi sukar untuk dilaksanakannya".




Sampai di KLIA sekitar jam 2.00 petang. Aku biarkan sahaja teman aku pergi self check in kat kiosk yang ada sambil aku jalan-jalan melihat pemandangan sekitar KLIA tersebut.


Dan.. dia atas jasa baik aku ini, teman aku telah belanjakan aku makan tengahari (perut masa tu dah lapar sangat...grrrrr)


Selesai semua aku pun beredar la balik, sambil bagi flying kiss kat teman aku itu..hehehe.
Nak dijadikan cerita, boleh pula aku tersesat terlepas simpang. Terpaksalah masuk highway yang memerlukan penggunan wang untuk membayar tol.
fyi, duit dalam dompet aku tinggal = RM 0!!!!!
tapi...
Nasib baik ada duit yang teman aku beri masa kat airport tadi, so cukup-cukuplah untuk aku membayar tol yang berharga cuma RM 4.30....
Kesimpulan post kali ini : JANGAN STRESS sampai mengabaikan teman-teman dan rakan-rakan ok....
: )



Saturday, July 10, 2010

Antioxidant ....... failure or success..?

Arini ari sabtu, alone at lab, lab sebelah dok kemas gotong royong lab . We all tak payah gotong royong sebab kitorang memang akan kemas lab sepanjang masa dan setiap daripada kami tau keje masing, So lab tak lah semak selalu


Well, nak dijadikan bahan cerita blog malam ini, aku membuat ujian antioxidant (entah berapa kali , di atas kegagalan sebelum ini) terhadap minyak pati Zingiber cassumunar atau nama melayunya "bonglai".



ini lah hasilnya



ok ... Cara melihatnya begini , yang warna kuning (lubang 1-3 atas) tu adalah positif control a.k.a. (Vitamin C), so kalau ia menunjukkan warna kuning lepas react dengan DPPH (2,2-diphenyl..bla...blaaa.bla...x ingat nama panjang nya) muahaha, ok ok .. lepas react dengan reagent DPPH yg warna ungu itu, sepatutnya Vit C akan menunjukkan tindak balas menjadi kuning. So , kalau ada kuning tandanya betul la.. (betul la vit C bagus untuk antioxidant) ~~~ korang paham tak????.
SO, sampel minyak pati aku bermula dari lubang ketiga paling atas hingga lubang ke enam. Kalau minyak pati aku itu mempunyai antioxidant yang kuat, sepatutnya akan warna kuning, tapi korang pun tengok sendiri kan ... warna ungu kepalean serta ungu je. So , minyak pati aku itu tak de strong antioxidant la.... tapi aku tak puas hati (fyi, ijoy ADALAH SEORANG YANG cepat tak puas hati selagi tak berjaya which is a good thing la kan ...)...
Jadi , Isnin ini aku akan buat ujian ini lagi bagi pengesahan kali kedua dan ketiga,
~~~ ADA CALON JADI CIKGU TAK ?~~
Tapi kan ...... aku dah propose dalam satu seminar ini (fyi lagi, seminar ini adalah seminar terbesar di UPM dan salah satu terbesar di peringkat kebangsaan) Pameran Reka Cipta dan Inovasi (PRPI 2010) yang akan berlangsung 2 minggu lagi, aku propose yang minyak pati ini tersangatlah ada GOOD in ANTIOXIDANT ACTIVITY... tapi result yang haprak di atas ni macamana yer??


Aku hanya mahu sedikit masa sahaja

Aku tak mintak lebih pun .... aku hanya nak curi masa waktu dia sahaja . sedikit sahaja.

Sebab keruan rindu makin meluap , membahang di dada.

Tapi bila fikirkan balik, aku tak boleh la terlalu pentingkan diri sendiri . Mungkin dia hendak waktu bersendirian . Untuk menjadi neutral semula.

Setelah sekian lama

Dulu aku malas nak berblogging kerana aku rasa macam aku tiada masa untuk menulis.

Tapi lately aku rasa macam-macam benda yang berlaku dalam hidup aku dan yang berlaku di sekeliling aku dan aku bukan seorang yang mudah untuk open dalam berbincang . So, aku memutuskan untuk menggunakan medium blog ini sebagai salah satu medium untuk aku meluahkan rasa :

.......benci
................ marah
............................ sedih
........................................gembira
.............................................duka
.....................dan................................ kecewa