para pengikut

Sunday, October 31, 2010

AKTIVITI-aktiviti (FRIM-MELAKA)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Huhu, lambat enchik mengemaskini blog ini, Sangat sibuk dengan kerja sekarang ini dan pergi kenduri kahwin kawan. Even nak kemas kini status kat fb pun kadang-kadang tak sempat. Jadi, takpe,m enchik akan menulis aktiviti-aktiviti sepanjang keterdiaan enchik.

Kita mulakan pada hari Khamis, 28hb Oktober 2010

Seperti yang telah dijanjikan , enchik ke FRIM, Kepong bagi menganalisis data minyak pati dari pokok Bonglai. Jadi, enchik ke sana . Dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, enchik hanya memerlukan selama 2 jam lebih sahaja untuk menganalisis minyak pati . Dalam tengahari, enchik terus pulang ke Putrajaya, dan sehingga petang enchik tidur, Letih, sebab 2-3 hari ini, jadual tido agak terganggu, makanya, enchik menebus balik baki tidur itu.

Di sinilah enchik menganalisis data minyak pati

Jumaat , 29hb Oktober 2010

Pada hari Jumaat pula, enchik sibuk mengemas makmal. Sebab pada hari Isnin minggu depan ada audit dari Sirim bakal menjengah untuk membuat inspeksi terhadap makmal-makmal penyelidikan di Fakulti Sains, UPM. Makanya, selepas sembahyang jumaat, enchik dan rakan-rakan lain mengemas makmal . Malamnya pula, enchik menemankan rakan enchik ke Jusco Cheras Selatan. Kawan enchik mintak tolong temankan dia beli hadiah untuk kawan kami yang akan berkahwin esok (Sabtu). Jam 10.30 baru enchik selamat sampai di rumah setelah semuanya selesai. Selesai Isya', enchik terus melompat atas katil untuk tidur. Letih kot!

Sabtu, 30hb Oktober 2010

Perjalanan seawal 11 pagi menuju ke Taman Tasik Utama, Ayer Keroh , Melaka membawa kami yang berkonvoi sebanyak 2 kereta ke rumah kawan kami yang melangsungkan persandingan.



Selepas selesai , kami pula menuju ke rumah kawan kami yang kebetulan terletak di Merlimau, Melaka. 

Kemudian, kawan-kawan dan enchik (yang berkonvoi 2 kereta) menuju pula ke Umbai, sebuah lokasi hidangan ikan bakar yang terkenal di Melaka. Kami sebelum itu pergi ke Restorang Terapung yang mempunyai jeti untuk merakamkan momen-momen bersama kawan-kawan.



Dan enchik sangat sukakan gambar ini
:)



Kami selesai makan-makan, dalam jam 9.00 malam kami bertolak pulang ke Putrjaya, Serdang. Dalam 11.30 malam enchik sampai di rumah. Keletihan. Dan terus tidur setelah selesai membersihkan diri.

Ahad , 31hb Oktober 2010

Enchik mula merasakan kurang sihat. Enchik tak nak demam. Enchik banyak kerja nak buat.Malah sedang menatap data-data untuk presentation master enchik. Enchik tak nak demam. Kuatkan semangat.

: (


Monday, October 25, 2010

Nak tanya enchik tapi lari ke orang lain!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Entri kali ini sedikit sebanyak membuatkan enchik marah .Jadi enchik menggunakan saluran ini bagi menyuarakan kemarahan enchik kepada seseorang di tempat kerja enchik. 
Alkisah macam ini,

Ada seorang student tanya kepada enchik tentang labwork yang sedang dia buat, enchik pun sedia membantu sebb enchik memang suka membantu mereka dalam kesusahan..  Enchik bagilah cadangan kepada pelajar itu tentang apa yang sepatutnya dilakukan . Dan enchik rasa enchik tidak salah memberi pandangan dan idea untuk membetulkan labwork dia. 

Klimaks cerita ini, bila je enchik nak menolong pelajar itu dengan memberi idea (yang enchik rasa bernas) terus pelajar itu berkata "Takpela, saya nak tanya XXXX". Getus hati enchik tat kala itu "huh"? .Apa halnya kau nak tanya pada enchik beria-ria kemudian tiba-tiba buat macam itu.

Bahagian lawaknya, insan XXXX itu pun memberi jawapan/idea yang sama yang enchik nak bagi . 

Kesimpulan enchik boleh simpulkan di sini,

1) Pelajar itu lebih selesa dengan insan XXXX berbanding enchik
2) Pelajar itu over
3) Pelajar itu tidak yakin pada enchik #$$%#@@!!!
4) Pelajar itu malu dengan enchik kot....

Baru enchik sedar, dah jam 3.07 petang, enchik belum Zuhur. Agaknya enchik ari ni TERemo PADAHAL mungkin hal ini bukan la isu yang besar.
Baik, enchik nak mohon ketenangan dari Maha Pencipta .

Lega dapat luah

: (!!

Ingat bila di atas -Ben Ashaari

"Bila kita di tengah tengah .. ingatlah bahawa bila bila masa saja kita boleh naik ke atas begitu juga sebaliknya. Segalanya atas daya usaha sendiri."

Pagi-pagi di tempat kerja, bila selak-selak blog kawan-kawan semua, enchik sangat suka petikan dari ayat blogger aktif En Ben, yang di atas, entahlah enchik rasa bersemangat apabila membacanya.

Dengan penulisan pun kita boleh menolong menaiikan semangat seseorang, apatah lagi enchik ini yang bermalas-malasan di pagi Isnin ini. Terus bersemangat membaca kata-kata dari entri klik untuk membaca ---> Ingat bila di atas hasil tulisan En Ben.

Terima kasih En ben kerna buatkan enchik ini bermotivasi

Kepada kawan-kawan

Have a BLAST monday ok!!

: )



Sunday, October 24, 2010

Hari Ahadku

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hari ini hari Ahad, dan selalunya aku akan masuk lab as usual  . Memang itu rancangan asal, dan memandangkan aku dah bukak oven untuk keringkan sampel bahan aku (di mana aku kena juga tutup oven itu hari ini).

Berbalik kepada cerita, memandangkan adik aku bernama Shafiq Azid pun ada di Putrajaya ni sebelum dia balik ke Nilai, tempat dia belajar, jadi aku pun nak ajak dia jalan-jalan di Alamanda untuk makan tengahari di sana. 
Entah idea mana datang , tiba-tiba aku ajak adik aku tengok wayang, dan kami berdua setuju nak tengok cerita Buried lakonan semata-mata Ryan Reynolds. Semata-mata Ryan Reynolds.

Klik sini untuk trailer Buried

Selepas menonton filem Buried, kami cepat-cepat pergi surau untuk solat Zuhur dan selepas itu kami pergi makan tengahri walaupun dah jam 4 petang!  di Black Canyon di Alamanda .


Aku makan yang atas, lupa nama menunya


dan Shafiq Azid makan atas ni.

Selepas kami selesai makan , aku masuk sebentar ke MPH Alamanda, jujur, aku suka masuk kedai-kedai buku macam ni, sangat menenangkan, i can spend hours dalam tu sebab macam-macam boleh baca dan dan jika buku itu sangat menarik, sudah pasti aku akan membelinya (selalunya aku akan kumpul duit kemudian  baru beli)  , dan aku tak sedar berapa lama aku berdiri membaca sebuah buku ini.Khusyuk

Insyallah, aku akan beli buku ini suatu hari nanti. :P


Dalam lingkungan jam 5 petang kami pun pulang dan aku terus memandu kereta hantar Shafiq Azid ni balik ke Nilai . Selepas selesai hantar adik aku kat Nilai, aku terus memecut laju (80km/h jah!)  ke UPM sebab baru aku teringat aku kena dan mesti tutup Oven tu . 
Selepas maghrib, baru la aku pulang ke Putrajaya dan menyaksikan Festival Filem Malaysia dan tahniah kepada Lisa Surihani kerana menang Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Lagenda Budak Setan


Suka tengok muka Lisa, So innocent

Jadi, beginilah hari Ahad aku pada minggu ini. Rasanya nanti jika ada filem-filem yang menarik, aku dah cakap dekat Shafiq Azid supaya kena balik Putrajaya dan kita tengok sama-sama.Insyallah. Tiada apa yang lebih menarik dari luang masa dengan orang-orang yang anda sayangi

sudah tentu saya sayangi diri saya sendiri juga.

dan saya pun sayang Shafiq Azid juga
Owh, lupa beritahu Shafiq Azid pun ada blog, jenguk-jenguk la blog Shafiq Azid klik --> sini


owh kawan-kawan, jam menunjukkan lagi 4 minit ke hari Isnin tatkala aku menulis entri kali ini
Selamat tinggal hari Ahad, Selamat datang Hari Isnin...

Jadi , macamana hari AHAD anda minggu ini?

: )

Saya Blogger Baru

Assalamualaikum wbt

Yer, aku seorang blogger yang masih baru , Baru nak belajar selok belok semua ini, dan dengan membaca pelbagai blog dari blogger-blogger yang lain seperti

dari blog di bawah ini ini...( Macam2 ado ha kat blog ini...Ko ada?heheheh)


Saudara ini juga banyak bagi info-info terkini(s) dan entri yang menarik minat aku kat blog dia ialah entri Saya Blogger Baru. So, kepada rakan-rakanku , sila lah berkunjung di blog Saudara Ben Ashaari ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang menariknya di blog itu.

Diharapkan aku menjadi lebih pandai dalam selok belok industri(lihatlah dunia, terima kasih kepada peminatyang mengundi saya tak putus, syarikat rakaman bla bla bla..) ini..cewaaah...

: )

Buku yang lama dibeli .....sentuhnya jarang sekali....akibatnya lupa segala intipati...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Entri kali ini, teringat yang aku dah beli novel yang aku suka penulisnya Nicholas Sparks, ala .. tau tak filem A Walk to Remember (heroinnya Mandy Moore a.k.a. yang nyanyi lagu Candy and Cry), tak ingat?? ish ...ish.. ni gambar poster filem itu. 
ni ha, ke korang lupa , tak kenal siapa tu Mandy Moore?
bawah ni video klip lagu dia "CRY" live


dah ingat dah?

Tapi bukan nak cakap pasal filem ni, tapi nak cakap, aku dah lama beli buku Nicholas Sparks ni entitled The Guardian.

 Yang aku kira dah dekat 6 bulan lebih aku beli novel ini


Dan aku akan buat tagging , Kenapa?

KERANA aku perlukan si bawah ini untuk menterjemahkan maksud sesetengah perkataan yang aku tidak faham, Sebab kadang-kadang aku akan baca novel ni kat dalam kereta sementara tunggu kawan, kat tepi lif sementara tunggu buka, dan kadang-kadang lepas makan tengahari dan jika ada beberapa istilah, atau ayat yang aku tidak faham, jadi aku akan taggingkanya supaya balik nanti aku boleh rujuk terus muka surat ke berapa dan cepat-cepat selak si bawah ini. Cewahh, kononnya rajin la sangat..


Ternyata MASIH jauh sebelum penamat novel ini diketahui.



















: P

Saturday, October 23, 2010

International Conference on Natural Products 2010

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Insyallah pada bulan Disember 2010 ni , aku dan beberapa kawan yang lain akan menyertai ,klik sini >> International Conference on Natural Products 2010 (ICNP 2010) yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) bertarikh 10-12 Disember 2010 yang akan berlangsung di Bayview Beach Resort, Penang, Malaysia.

Untuk tujuan itu , aku akan menyertai bagi kategori Poster yang dimana tajuk untuk pembentangan poster itu sudah pun dipilih.
Yang bertajuk : Cytotoxic activity of isolates of Aglaia oligophylla towards leukemic   cancer cell lines (CEM-SS)
Untuk design poster belum pun direka, masih terlalu awal, aku pun masih mengumpul data untuk konferens ni.


Tetapi, aku tidak akan menginap di hotel Bayview itu memandangkan kos penginapan untuk satu malam menjangkau RM 230++, makanya aku bercadang mahu mencari tempat penginapan yang lebih ekonomikal dan mampu untuk diduduki untuk 3 malam. Bajet hotel pun tak kisah, asalkan berdekatan dengan Hotel Bayview itu. Kalau sesiapa di kalangan anda ada cadangan, idea untuk penginapan, harap-harap dapat tolong aku . 

: )

Friday, October 22, 2010

Mengawal dan Mengelakkan Terjerumus ke Lembah Kemaksiatan.

Assalamualaikum wbt.

Terjumpa blog yang amat menarik untuk dibaca dan banyak memberikan panduan dan pengajaran khususnya dari sudut pandangan agama Islam itu sendiri.


Kita saling mengingati dan diingati. Saya juga manusia. Insan biasa. Insyallah , mudah- mudahan mendapat pengajaran.

: )

Thursday, October 21, 2010

Muhammad Ziyad Iman

Assalamulaikum wbt

18/10/2010

Tahniah diucapkan kepada Kak Ili Syazana Johari dan Suami tercintanya, Abg Aum di atas kelahiran sulung cahaya mata mereka. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.




Muhammad Ziyad Iman, Uncle Ijoy (heeheh) mendoakan semoga Ziyad membesar dengan baik dan menjadi insan yang berguna buat kedua-dua ibu bapa anda. Amin..

SEBULAN LAGI


Yer, chaiyok2.... 
aduhai.... pening kepala aku memikirkan ni .... 

: (

Wednesday, October 20, 2010

selamat tinggal kesayanganku...

Kepada dia yang sentiasa mengingatiku .
Aku ucapkan Selamat Tinggal kepada Mu.
Aku tahu bukan mudah untuk aku melaluinya kali ini.
Tetapi itu yang harus aku lakukan untuk diri Mu.
Meski aku tahu, sampai bila-bila , hanya diri Mu di hatiku buat sekian kali.

Dirimu sudah menemui apa yang dicari.
Tak perlu kehadiranku untuk dirindui.
Maka, aku doakan dirimu bahagia kali ini.
Insyallah, doaku sentiasa bersamamu mengiringi.

: (

Klipas

Tuesday, October 19, 2010

CINTA JANGAN KAU PERGI

Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.
Disini tempat aku meluahkan segala apa yang aku rasa dan aku pendam di hati.

Cinta sememangnya sesuatu yang indah , manis, dan sesuatu yang menjanjikan kebahagiaan kepada mereka yang merasainya. Yang pasti, cinta itu bukannya sesuatu yang dipaksa , ia datang dari hati kita sendiri.

Kemanisan bercinta itu terletak kepada kesungguhan mereka di dalamnya. Mengabdikan bersama pasangan yang tersayang, memberikan yang terbaik buat pasangannya.

Namun, tidak semua bernasib baik sebegitu merasakan cinta, merasakan indahnya cinta. Andai ditanya kepada anda,
"Pernahkah anda merasakan pedihnya putus cinta?"

Sebahagian antara kita pernah merasakan pedihnya cinta, seksanya putus cinta. Memutuskan ikatan yang terjalin sekian lamanya.

Soalan ini juga bakal ditanya selepas soalan yang di atas telah disoalkan

" Siapa yang minta putuskan hubungan itu, kamu atau dia?"

Nah, disini bermulanya permainan teka teki, andai diberitahu kita sendiri yang minta diputuskan hubungan, jawapan dari kita mungkin pasangan kita berlaku curang, tidak memahami , tidak memberi komitmen, dan sebagainya DAN jika sebaliknya andai dia yang memutuskan hubungan, makin banyak soalan yang terpacul dari pihak kita yakni mangsa dalam ini, aku tidak cukup baikkah untuk kamu?, kamu sudah ada yang lain? kamu sudah jemu dengan aku ? dan sebagainya lagi yang akhirnya akan disudahi dengan sumpah seranah.

Walau apa pun yang berlaku, walau apa pun yang terjadi, kita harus akur di atas setiap yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya. Mungkin ditakdirkan insan yang lebih baik bagi kedua-dua pihak.

Soalan saya pada anda? Pernah tak anda sesali sekiranya anda melepaskan seseorang itu pergi dari anda? Dan andai insan yang pernah anda sayangi itu telah menemukan cinta yang baru, apa yang anda rasa tat kala itu? Sedih? Gembira? Merasakan diri kita sudah ditemu pengganti?

Dan pernah kah anda merasakan kehilangan sesuatu yang amat besar dalam hidup anda selepas anda sendiri yang memutuskan untuk melepaskannya?Huh.. Merasa rugi melepaskannya pergi . Baru merasa kehilangan selepas anda meninggalkannya?

Itulah sifat manusia. Tidak menghargai sesuatu yang berharga hanya selepas kehilangannya.

Dan aku sendiri tidak lari dari sifat itu. Maafkan aku .. ... ... ..

Jangan Kau Pergi....



KLIPAS....

Seseorang pernah beritahu aku .. "bau macam keling dan lipas = KLIPAS"

Pada mulanya aku tak tau kenapa aku boleh bertindak sedemikian. Aku melepaskan kepergiannya bagi memberikan nya peluang menjalani kehidupan yang lebih sempuran seperti yang sepatutnya.
Ternyata aku silap, ia memakan diri aku sendiri. Kepergiannya membuatkan ku merasa amat terseksa .Amat. Bukan mudah bagi aku untuk menghadapinya . Bermacam-macam dugaan aku harus tempuh, Mainan perasaan begitu mencengkam diri.

Kalau ini benar cinta, mengapa ia harus begitu kompleks dan begitu sukar untuk aku melaluinya seperti orang-orang lain .

Melepaskan nya pergi membuatkan aku merasa kehilangannya yang amat dalam sekali . Sukar digambarkan perasaan ku. Meski aku tahu, punca dari diri ku sendiri. Mengabaikan. Tidak mengendahkan. Kononnya aku mahu memberikannya peluang bersama insan yang sepatutnya namun akhirnya ia memakan diri sendiri. Ya tuhan, tatkala ini hanya padamu aku berserah .
Andai mampu ku ulang masa, bisa tidak aku ucapkan, Terima la diriku kembali dan maafkan segala kesilapan. Mampukah ?

Semua berhak hidup gembira sepertimana dirinya juga, aku patut bahagia di atas kebahagiaannya. Itu yang terbaik . Lantas segera ak menidakkan perasaan ku untuk kembali bersamanya dan memberikannya laluan kepada hidupnya yang baru .

Semoga dirimu bahagia... dariku


KLIPAS..........