para pengikut

Tuesday, December 27, 2011

Transformasi Hidup Seorang Pemakai Pendakap Gigi

Assalamualaikum wbt

Sepertimana tajuk entri enchik pada kali ini , enchik ingin sekali berkongi kepada pembaca semua sedikit sebanyak tentang kehidupan enchik sebagai pemakai Pendakap Gigi. Bagi yang tidak tahu, enchik seorang pemakai Pendakap Gigi dan enchik telah memakainya hampir satu tahun 4 bulan .

Pendakap Gigi


Sebelum itu, enchik nak terangkanlah serba sedikit tentang Pendakap Gigi ini. Pendakap gigi atau braces ini merupakan satu cara atau inisiatif untuk mereka yang mengalami masalah susunan gigi.

Tahukah anda semua bahawa , jika di Malaysia, kita memanggilnya sebagai Pendakap gigi, di negara-negara lain, pendakap gigi dikenali sebagai :

Indonesia - kawat gigi
Filipina - tirante
Sepanyol - tirantes
Jerman - Zahnspange
Belanda - bretels
Crotia - proteza

Entri kali ini enchik nak berkongsi sedikit sebanyak tentang transformasi hidup sebagai seorang pemakai pendakap gigi. Erm, maksud enchik bukanlah transformasi ala-ala Miss Universe Malaysia ke apa, tidak ya .

Kimberly Leggets , ikut beliau di Twitter  @kimmyleggs 
Miss Universe Malaysia 2012




Tetapi enchik nak berkongsi kepada pembaca sekalian tentang perubahan yang berlaku terhadap diri enchik semasa memakai pendakap gigi .

(1)  Perubahan EMOSI 

Saraf di gigi dan gusi merupakan saraf yang paling sensitif di dalam badan manusia. Jadi, cubalah anda bayangkan jika gigi anda ditarik, makanya gusi anda juga akan turut terkesan lalu mengakibatkan saraf gusi anda berasa amat sakit. Apatah lagi apabila, gusi anda perlu dipotong bagi membolehkan gigi anda tertarik dan menjadi rapat (ini berlaku kepada enchik). Pedihnya tidak terkira. Apabila saraf itu terganggu, ini sedikit sebanyak mengakibatkan gangguan emosi secara total. Rasa hendak marah sahaja. 

Tetapi gangguan emosi marah ini hanya la berlaku di awal pemasangan pendakap gigi sahaja. Badan kita sedang cuba menyesuaikan perubahan ini . Namun, setelah hampir setahun lebih, alhamdulillah, enchik sudah dapat menyesuaikan diri dengan ini

(2) Perubahan Selera Makan

Perubahan selera makan enchik secara amnya telah berubah mendadak. Pada peringkat awal pemasangan pendakap gigi ini, enchik tidak boleh langsung untuk mengunyah nasi, malah mi goreng pun tidak boleh . Apatah lagi cuba mengunyah makanan pepejal lain seperti , burger, daging, dan sebagainya. Pada sebulan pemasangan pendakap gigi ini, enchik hanyalah memakan makanan seperti bubur, bubur dan bubur. Sebulan yang amat menyakitkan . 

Tetapi, setelah sebulan , enchik sudah mampu untuk makan makanan seperti biasa tetapi enchik tetap tidak boleh memakan makanan keras dan liat seperti daging dan kerepek. Malah, nak makan burger pun harus makan satu persatu. Tetapi, tanyalah mana-mana pemakai pendakap gigi ini, berapa ramai yang melanggar pantang larang untuk tidak makan makanan keras! (termasuk enchik)

Antara makanan terlarang di awal pemakaian Pendakap gigi

(3) Perubahan Berat Badan, Bentuk Wajah dan Fizikal

Ini benar berlaku. Betul!. 

Biarlah gambar menceritakan segalanya

Perubahan fizikal dan struktur wajah
Mungkin kerana proses penarikan gigi menyebabkan sedikit sebanyak struktur muka juga berubah. Tidak dinafikan juga, perubahan dari segi penurunan berat badan juga merupakan salah satu transformasi seorang pemakai pendakap gigi. Ini kerana, perubahan dari segi diet makanan seharian si pemakai pendakap gigi. Oleh itu, penurunan berat badan akibat pemakaian pendakap gigi juga sudah menjadi stigma dalam masyarakat seharian kita.

Kesimpulan, tujuan entri enchik kali ini bukan sahaja untuk berkongsi pengalaman enchik memakai pendakap gigi, malah juga diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada mereka yang sedang berfikir untuk memasang pendakap gigi. Sekarang pun , pemakaian pendakap gigi seolah-olah menjadi trend dan dikatakan merupakan satu aksesori. 

Cadangan enchik bagi mereka yang memasang angan-angan untuk memakai pendakap gigi, ada beberapa perkara yang perlu disediakan dari segi KEWANGAN dan EMOSI. Bak kata pepatah terkenal :

BEAUTY IS PAIN 

Wassalam









Sunday, December 18, 2011

18HB DISEMBER 2011

Assalamualaikum wbt. 

Hah, korang apa cerita? Sihat?

Banyak perkara yang berlaku kepada echik seminggu dua ini . Bermacam-macam dugaan enchik harungi (cewaaah) jiwang , muntah hijau!

Betul la , enchik kena penyakit mata , eye infection <---- klik sini untuk mengetahui apa itu eye infection !
Alhamdulillah, hampir seminggu, mata enchik sudah beransur sihat. Ubat jangan fikirlah, 4 papan antibiotik dan ubat titik doktor PKUPM.

Ubat dari Pusat Kesihatan UPM <-- klik sini untuk Info
Lantaran itu, pada hari ini juga ada undangan kenduri kahwin daripada kakak senior bertempat di Dewan Komuniti Bandar Manjalara, Kepong.

Kawan lama!


Lupa nak mentioned, double wedding . tengokla betapa ramai  kami semua
Oh ya, 14hb Disember hari itu birthday insan yang paling enchik sayangi di muka bumi ini. Dia la satu-satunya sumber inspirasi enchik mengapa enchik mahu berjaya dan terus belajar. Susah payah, perit getir, segala-galanya lah menjadi pembakar semangat enchik untuk berjaya seperti beliau.

mak


Selain itu juga, Enchik sangat suka tarikh 18hb Disember ini. Bagi enchik, ia tarikh bagi suatu yang tak mungkin enchik lupakan. 

Kadang-kadang kita lupa yang indah itu mungkin ada di depan mata kita, hanya terpulang pada diri kita untuk mengetahui kewujudan nya atau tidak. Ingat, jangan menyesali sesuatu yang berharga walhal kita sendiri yang melepaskannya pergi .
Gambar sekadar Hiasan
                                                 

Sekian , wassalam