para pengikut

Sunday, January 29, 2012

BROKEN HEARTED

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera 





You're everything I thought you never were
Ain't nothing like a thought could have been
Still, you live inside of me
So tell me how is that

You're the only one I wish I could forget
The only one I love to not forgive
And though you break my heart
You're the only one 

And though there are times when I hate you
'Cause I can't erase
The times that you hurt me
And put tears on my face
And even now while I hate you
It pains me to say
I know I'll be there
At the end of the day

I don't wanna be without you babe
I don't want a broken heart
Don't wanna take a breath without you babe
I don't wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don't wanna love you
In no kind of way, no no
I don't want a broken heart
I don't wanna play the broken-hearted girl
No, no, no broken-hearted girl

Something that I feel I need to say
But untill now I've always been afraid
That you would never come around
And still I wanna put this out

You say you got the most respect for me but
Sometimes I feel you're not deserved of me
And still you're in my heart
But you're the only one

And yes, there are times when I hate you
But I don't complain
'Cause I've been afraid that
You would walk away

Oh but now I don't hate you
I'm happy to say
That I will be there
At the end of the day

I don't wanna be without you babe
I don't want a broken heart
Don't wanna take a breath without you babe
I don't wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don't wanna love you
In no kind of way, no no
I don't want a broken heart
I don't wanna play the broken-hearted girl
No, no, no broken-hearted girl

AFG.....

Thursday, January 19, 2012

18 HB

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Enchik banyak melakukan perkara yang dapat melupakan apa yang telah terjadi. Cuba menjadi sibuk untuk melupakan perkara yang pahit berlaku di dalam hidup teramat sukar. 

Enchik percaya masa akan menyembuhkan apa yang terluka tetapi parut luka akan kekal terpahat buat selamanya. Sedalam mana luka kita, selama itu lah masa diperlukan untuk menyembuhkan nya. Enchik sedar satu perkara.

Kita tak perlu menangisi di atas apa yang berlaku kerana kita harus percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Tapi tidak salah mengenangkan segala memori yang pernah terjalin dahulu. Memori mana mungkin boleh dipadam dari ingatan. 

Buat si AFG42, enchik telah berikan apa yang anda inginkan. Jauh di sudut hati enchik, enchik tidak mahu semua ini berlaku tetapi enchik tahu , itu yang anda mahukan. Jikalau tidak, tak mungkin anda melupakan tarikh 18 hb bukan? klik >> sini untuk baca apa istimewanya 18hb

Wassalam

Friday, January 13, 2012

LUKA LUKA LUKA

Assalamualaikum wbt

Kali ini enchik nak tulis tentang emosi enchik tatkala ini. Minta maaf kalau ada di kalangan korang termuntah  kalau merasakan entri kali ini seakan jiwang. 

********************

Pernah tak korang rasa terluka yang amat sangat. Teramat terluka di hati .Terluka di hati gara-gara cinta. 

Enchik bukanlah seorang yang mudah untuk jatuh cinta kerana enchik telah banyak melalui pelbagai jenis "kisah cinta" yang ada kalanya mengundang kesedihan . Pernah juga enchik katakan kepada diri sendiri yang enchik tidak akan lagi bercinta . Enchik serik . Itu yang menyebabkan enchik sukar untuk menerima cinta mahupun cuba untuk mencintai seseorang di dalam hidup enchik .

******************

Keadaan boleh merubah segalanya. Enchik telah menerima cinta dan bersedia untuk bercinta. Ketulusan, kesabaran dan kesungguhannya telah menyebabkan hati enchik berubah dengan serta merta. Benarlah kata kawan enchik :

" Human heart is a very special thing. It surprises you everytime just when you think its broken and you wont  ever be able to love again it patch itself up and you will fall in love harder than you ever did "


Memang ternyata betul. Enchik telah jatuh cinta untuk sekian kalinya dan ketika itu perasaan cinta begitu mendalam sehingga tak pernah enchik rasakan. Susah untuk enchik gambarkan perasaan enchik. Enchik begitu yakin dialah merupakan satu-satunya yang akan sama-sama bersama enchik dikala susah dan senang. Hilai dan duka. Enchik cuba berikan apa yang termampu dan terbaik. 

Kalau dah bercinta itu , memang kita rasa dunia ini kita yang punya. Tiada perkataan yang boleh digambarkan selain gembira. Pertelingkahan itu biasalah, Itu yang mematangkan seseorang di dalam perhubungan.

**************************
Bunga-bunga cinta tak selalunya mekar seperti yang kita harapkan. Langit juga tidak selalunya cerah. Segala nikmat di dalam alam percintaan tidak berkesudahan seperti yang diimpikan. Entah di mana silapnya. 

Hati direntap begitu kuat. Perasaan berkecamuk bertambah kuat. Hati meronta-meronta. Hati enchik dikecewakan untuk sekian kalinya. Itupun atas pilihan enchik sendiri kerana enchik tahu, perasaannya berbelah bahagi untuk meluahkan yang dia ingin meninggalkan enchik. Enchik sedar malam itu , enchik yang harus bertindak untuk mengatakan lebih baik dia meninggalkan enchik daripada membiarkan diri sendiri terseksa. Telah enchik kumpulkan segala kudrat dan kekuatan pada malam itu agar enchik tidak lemah dan jatuh. Ternyata , enchik tidak sekuat yang enchik harapkan. Bukan senang kita mahu melepaskan sesuatu yang beharga di dalam hidup kita. Sesuatu yang beharga itu mungkin kita tidak akan jumpa atau ketemu lagi. Tuhan sahaja tahu betapa luluh, hancur, dan remuk hati enchik malam itu. Meski enchik tahu bukan ini yang enchik mahukan tetapi, enchik tahu, itu yang DIA mahukan sebenarnya. Mungkin bukan kasih sayang dan cinta enchik yang dia perlukan untuk hidupnya, tetapi dia berkehendakkan cinta orang lain. Itu pasti. Walau apa pun, enchik harap dengan keputusan ini, dia beroleh kebahagiaan yang selama ini dia inginkan yang tak mungkin dia dapatkan dari pihak enchik. 



Mujur ada sahabat-sahabat yang sering kali memberi kekuatan terhadap diri enchik. Mereka cuba memberikan kegembiraan kepada enchik, meski mereka tahu hujan airmata di dalam hati enchik begitu lebat dan hebat.Arus mengalir deras tidak terhenti. 

Ibarat kata-kata dari kawan-kawan enchik :

" For now, if you need to cry, just cry, If you need TO SCREAM, you have every right to. 
Release is the first step"

"Heartbreaks is the price we pay in our path in finding true love"


" Sometimes emotion is like rain, it may hurt you, it may scares. But once in a while you just need to toss away your umbrella, stand in the rain and let it wash away everything because the sun will shine again and you will gain your strength"


"IN a way tears detox all the bad emotions in our heart."


"Only the brave one dares to cry and be strong enough to rise soon after. I've no doubt that you are one of the brave one"




Adakah salah seorang lelaki menitiskan air mata?
*******************
Sekarang enchik masih dalam keadaan terpinga-pinga. Malam-malam enchik, enchik banyak habiskan melepak, melepaskan  perasaan. Enchik akan keluar di sekitar Jambatan di Putrajaya. Lepak berseorangan sehingga 2 - 3 pagi . Melayani perasaan sehinggalah enchik tidak sedar air mata mencurah-curah di pipi. Masuk malam ni , dah malam ke dua enchik di Jambatan Putrajaya. Tempat yang banyak menyingkap sejarah enchik. Di sini jugalah enchik mula-mula jatuh hati, menonton YouTube di Ipad dan berlepakan dan DI SINI jugalah tragisnya di mana enchik mengetahui segala-galanya sehingga menyebabkan hati enchik terluka ibarat ditoreh pisau.

Enchik sedar untuk kali terakhir, CUKUPLAH. Enchik dah serik dengan perkataan cinta.

Biarlah orang kata enchik ini liar ker, nakal ke. Bagi enchik, tak pernah ada cinta yang jujur dalan hidup enchik. Sia-sia andai enchik seorang sahaja yang setia di dalam perhubungan . Enchik serik dan penat

AFG  the <3 was died. Awak tak tahu macamana dalam nya rasa sayang dan cinta pada awak. Tuhan sahaja tahu.

Wassalam