para pengikut

Sunday, September 30, 2012

tidur bukan lena

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Mata menatap laptop.

Draf jurnal masih belum siap sudahnya.

Seumpama malam ini tidak lengkap seperti sebelum-sebelumnya

Tatkala ini
Tidur masih belum lena..



: (

p/s: harus juga tidur kerana esok pegi ke Taman Melati, KL, ada jemputan kenduri

Saturday, September 29, 2012

Pilihan anda?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Enchik mahu berkongsi pemandangan yang menarik di malam hari di Teluk Intan.

29 September 2012                                10.30 malam





PILIHAN ANDA?.......
(dah macam eklan Simplysiti Perfume tu dah...)

 : P

p/s: Andai Menara Pisa Itali runtuh, Menara Condong Teluk Intan menjadi Menara tercondong di dunia mungkin.

Apa yang lelaki tidak suka

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .

29 September 2012  Sabtu                                     10.00 pagi

Hari ini hari sabtu cikgu!

Hooyeah. Enchik baru bangun, semalam tidur lewat akibat sedang berusaha untuk menyiapkan satu lagi Jurnal! Prof mintak enchik dengan kadar segera siapkan draf paper untuk published sebelum hujung tahun Prof nak published.

Anyway, bangun lewat juga sebab kalah pertaruhan akibat membuat perjanjian. Ahaks

Hari ini enchik ada temu janji dengan orthodontik dentist enchik di Teluk Intan. Klinik Pergigian Yohes (lupa snap gambar Klinik ini). Katanya janji 12.30 tengahari. Lima minit sebelum 12.30 tengahari enchik dah sampai. 

Ramai orang. Ramai sakit gigi. Tula makan gula banyak, takpe, lepas ni harga gula naik akibat kerajaan kurangkan subsidi gula, inisiatif untuk kita kurangkan pengambilan gula. 

29 September 2012  Sabtu                                     12.25 tgh

Penantian satu penyiksaan

Enchik tak suka menunggu dan sebolehnya tak nak membuatkan orang tertunggu-tunggu. Tunggu punya tunggu tunggu punya tunggu sambil sempat la menyelak majalah-majalah lama di dalam Klinik itu. Majalah yang tahun terbitannya 1980an-1996. Milik doktor itu kot ketika belajar kat luar negara.

Terjumpa quote ini:


Get it?!

LELAKI SETUJU?
Jangan tanya kami soal GAJI. Kami segan. Kami bukan tak nak beritahu, tapi tak perlula tahu. Asal cukup makan pakai untuk gf tersayang, ok la tuh. Tapi kami nak tahu gaji gf kami. ..boleh?

Ada sebab mengapa lelaki tak nak reveal gaji mereka pada gf mereka. 

1) Ego - Memang sudah tertulis lelaki ego nya memang tinggi melangit. Cuba andai pasangan mereka bergaji lebih tinggi daripada mereka. ?Tentu terasa tercabar.

2) Lelaki lebih mengutamakan apa yang boleh mereka berikan kepada pasangan mereka dari hasil tetek peluh mereka dan  tak penting untuk tahu berapa banyak gaji yang mereka peroleh 

3) Lelaki lebih sifat perahsia. Tapi mereka lebih suka share dengan kawan-kawan lelaki lain berbanding pasangan mereka sendiri. 

Pandangan anda? 
Kongsi and drop komen di bawah, nak tahu sangat kenapa lelaki kurang gemar kongsi tentang gaji mereka dengan pasangan mereka.

Lagi keratan dari majalah (lupa dah nama majalah tuh) enchik rasakan menarik untuk dikongsi bersama. Lama tunggu giliran enchik untuk masuk ke bilik doktor.

GREAT ADVICE from Mdm Chow!

History!

Ahh. masa itu.....
Buang masa sementara menunggu giliran.


Owh yea, dekat 45 minit tunggu, baru dipanggil oleh doktor tersebut. Proses rawatan 5 minit je. #^%$!!

: )

p/s : Doktor tukar elastic band, ketatkan lagi bracket ni. aduh sakit la malam nanti

Thursday, September 27, 2012

Gay+Lesbian

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Entri macam gempak.

26 September 2012          3.00 petang
Ketidaksabaran

Enchik berlari-lari anak ke pintu kereta untuk menuju ke Hospital Teluk Intan. Terlewat 4 bulan dari sepatutnya. Rasa rindu untuk melakukannya meluap-luap. Lebih kurang 15 minit kemudian, enchik sampai ke Unit Tabung Darah, Hospital Teluk Intan.

Berjalan-jalan anak menuju ke situ


Misi hari ini

MARI MENDERMA DARAH

Sudah menjadi kebiasaan enchik untuk menderma darah setiap 3 bulan sekali. Cuma silapnya terlupa kadang-kadang membawa buku (SIJIL) derma darah. Asyik tertinggal di kolej la, beg laptop la.


Anda perlu ada ini!

Mungkin korang lebih kerap menderma dari enchik,


3.30 petang
Pendaftaran

"Haa Zul, lama tak nampak?"

Seperti biasa, mengisi borang, meski staff nurse situ dah kenal enchik dah. Sebagai syarat protokol. Yerla enchik faham, sebab enchik pun dulu praktikal di Hospital ini dan pernah praktikal di Tabung Darah di sini.

Borang



Sedikit info. Perlu ditegaskan , mereka yang pernah mengadakan hubungan seks sesama jenis, bertukar-tukar pasangan, atau mempunyai pasangan daripada golongan tersebut tidak digalakkan untuk menderma darah. Malah mereka yang menderma darah bagi tujuan untuk tujuan pemeriksaan Hepatitis dan HIV juga tidak digalakkan walaupun sebenarnya ahli patologi dan juruteknologi makmal perubatan ada  membuat pemeriksaan darah yang didermakan. Ia bertujuan bagi mengelakkan sebarang kejadian di masa hadapan.


Apa kebaikan menderma darah? 
Banyak... terlalu banyak, khususnya bagi kita sekiranya kita masuk wad ke apa. Kalau mereka yang ada buku Sijil Penderma darah itu, akan tertulis dibelakangnya apakah keistimewaan mereka yang kerap menderma darah.

Aktiviti sejurus selesai menderma
Anda ? Berapa kali kekerapan anda menderma? Kongsikan dengan enchik, enchik nak tahu.Mungkin juga ada pengalaman yang best, atau dapat reward ke sebab selalu menderma ke. Atau ada yang masih belum sampai seru untuk menderma?
: )


p/s: Masih teringat kawan enchik tidak perlu membayar bil hospital ketika pembedahannya yang bernilai RM3500++ ,hanya kerana beliau kerap menderma darah! 

Tuesday, September 25, 2012

Kemana FB,Twitter awak?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bukan enchik tiada facebook mahupun twitter, enchik ada. Jangan gelar pula enchik ni buta laman sosial ya. Cuma buat masa sekarang enchik lebih senang untuk tidak menggunakan dua laman sosial tersebut. Bukan masanya. Belum masanya untuk mengaktifkan semula. Ahaa, enchik deactivatekan facebook dan twitter. Mengapa? Masalah peribadi mungkin. Tindakan kurang bijak? tindakan keanak-anakkan?. Ya katala apa sahaja, tapi ini yang perlu enchik lakukan untuk melupakan hal yang berlaku secara tiba-tiba.

Enchik perlu mulakan hidup baru. Fokus kepada benda dan perkara baru. 

Nanti sesudah segalanya selesai, enchik aktifkan kembali facebook dan twitter enchik. Dan kita jumpa di sana la nanti.


Sumber Google.com


: )

p/s : Tapi akaun tagged masih aktif ya....

Monday, September 24, 2012

Pasangan Kontra?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

SITUASI 1

A : Saya bukannya seorang yang teratur dan organize macam awak.

B : Organize? Saya biasa je 

Lalu A selongkar almari empunya B. Wahh, susunan bajunya teratur, tidak seperti almari A, yang sesungguhnya amat kontra dari si B

SITUASI 2

B : Saya rasa awak ini agresif. Berterus-terang. Saya tak reti nak berborak sangat.

A : Kenapa? Takut? 

A rancak dalam berbual-bual. Most of the time, keseluruhan perbincangan di antara mereka, A yang mendominasi. B hanya sekali-sekala mencelah. Ahh, B juga hanya akan bersuara andai A yang bertanya

SITUASI 3

A : Awak begitu detail. Single resit pun awak simpan? 

B : Ya, saya perlu tahu kemana perginya duit saya dalam sebulan. Ke mana expenses saya sebulan. 

A : #$%$@@ !! 

Si B membuat koleksi simpanan duit RM 5 sendiri. Entah mengapa. setiap resit juga dikepilkan penuh hemat dan cermat. A? memang langsung tak organize!

********************

Ahaa, begitu . Pernah di mana-mana situasi di atas mencerminkan diri anda dan pasangan anda?

Kawan enchik pernah menyebut

" Bukan penting mencari persamaan, tapi saling melengkapi perbezaan "

Adalah tidak logik jika kita mengharapkan pasangan yang bakal bersama kita mempunyai persamaan seperti kita. Mustahil juga kita ingin terus mencari mereka yang mempunyai sifai-sifat peribadi sama seperti kita. Jadi, kongsi perbezaan pasangan anda, lengkapkan diri anda dengan persamaan dia. 

Enchik bukanlah seorang yang arif lagi bijaksana dalam isu-isu bercinta ini. Pengalaman bercinta pun tiada banyak, tapi enchik melihat dari pengalaman kawan-kawan enchik, dan mereka terus-terusan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Cukuplah bersyukur anda sekiranya anda berpeluang mengenali pasangan anda yang amat memahami diri anda, buruk anda dan manis anda. Hargai mereka! Orang sebegini bukan muncul selalu dalam hidup anda. Kalau dia pasangan tertulis untuk anda, kuncikanlah hati anda buat dia.

Sambil mengunyah biskut jagung dan mencecah air milo panas, enchik pun tertanya-tanya, adakah mereka di luar sana yang sudi menerima diri enchik ini. Pernah juga enchik ini dipanggil clumsy, complicated, kuat cemburu, dan sebagainya.

Gambar yang tiada kena mengena dengan entri

: )

p/s : Memang akui enchik seorang yang clumsy, complicated, tapi yang paling jelik ialah kuat cemburu. Berani cuba? *sambil surf second hand BB



Saturday, September 22, 2012

Biarkan Kaki membawa Kita Berjalan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bersiaran secara langsung dari Bukit Bintang tatkala menulis entri pada malam ini. Buat pertama kali berjalan kaki berpeleseran di sekitar Bukit Bintang. Ya , baru pertama kali

Bukan kah cukup pakej nerd "skema" enchik - berchermin mata dan berkawat gigi?

Akan mengemaskini kemudian. sekian. Selamat Malam


Friday, September 21, 2012

Persepsi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Harus berterima kasih dahulu andai kalian sudi mecuri masa kalian untuk menjengah dan membaca entri enchik kali ini. Ya, agak panjang. Terima kasih. Sebab itula.

Baiklah, hari ini enchik hendak berkongsi anda tentang satu kisah yang berlaku terhadap enchik dan adik enchik petang tadi dan perkara yang ingin enchik kongsikan kepada anda ini mungkin juga pernah berlaku terhadap anda.

Hari ini enchik seperti mahu menikmati makanan di salah satu restoran berkonsepkan Kopitiam di sini. Klik ---> sini jika anda tidak tahu apa itu makna Kopitiam. Seperti biasa, enchik memesan makanan. Tidak selera mahu menikmati nasi, tetapi tidak mahu menikmati roti. Makanya, enchik memilih mi.

Seperti biasa, di mana-mana Kopitiam, pelayan akan menyediakan sudu dan garfu terlebih dahulu sebelum makanan yang dipesan siap. Baik, ini yang berlaku.

Lebih kurang 3 minit selepas enchik selesai membuat pesanan, seorang pelayan datang ke meja enchik dan meletakkan penyata bil dan juga sudu, garfu dan juga beberapa keping tisu. Berdekatan dengan meja enchik, kelihatan 6 orang pelanggan berbangsa Cina juga selesai membuat pesanan. Pelayan itu pula meletakkan sudu dan chopstick di meja mereka.

 Setelah menunggu hampir 5-10 minit, hidangan enchik pun siap terhidang. Tidak lama kemudian, hidangan di sebelah meja enchik juga telah siap dihidangkan. Ah, kelihatan di situ makanan yang enchik pesan adalah sama dengan salah seorang di antara 6 pelanggan tersebut. Timbul satu rasa kehairanan dalam diri enchik apabila memikirkan, mengapa pelayan tersebut tidak meletakkan sudu dan chopstick untuk enchik, tetapi hanya memberi sudu dan garfu?. Bukan nya enchik tidak pandai menggunakan chopstick, malah keadaan di sekolah enchik dahulu majoriti adalah pelajar Cina. Jujur enchik katakan, sebahagian dalam diri enchik, cara kerja banyak dipengaruhi oleh mereka dan enchik selalu dan pandai menggunakan chopstick,

Mungkin kah kerana mind set pelayan tersebut ialah, hanya kerana enchik bukan berbangsa Cina, makanya enchik tak perlu sudu dan chopstick, ataupun mungkin kerana pelayan tersebut membuat anggapan awal bahawa enchik tidak pandai atau tidak mahu menggunakan sudu dan chopstick?. Ok, baik, cuba kita terbalik kan situasi. Bayangkan jika, 6 pelanggan tersebut tidak diberikan sudu dan chopstick, tetapi diberikan sudu dan garfu? Apakah reaksi mereka? Adakah mereka akan meminta pelayan tersebut menukarkan sudu dan garfu dengan chopstick?



Sumber www.google.com
Inilah yang dikatakan Persepsi.

Dari segi maksud : Kamus dewan (Dewan Bahasa Pustaka) mentafsirkan Persepsi sebagai

(persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. 

Apabila seseorang membuat tanggapan atau andaian yang sudah sebati di dalam diri. Di dalam kes ini, persepsi pelayan tersebut, ialah enchik Melayu, jadi tak perlulah diberi sudu dan garfu, begitu juga sebaliknya.

Setiap individu mempunyai persepsi mereka ya

Entri ini disimpan lapuk di dalam draf . Baru malam ini enchik mahu menerbitkannya

Sekian

p/s : Entri berikutnya bersiaran langsung dari Bukit Bintang 

Wednesday, September 19, 2012

Berbaloi




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Enchik berada di Serdang untuk beberapa urusan. Alhamdulillah, telah mendapat tarikh sebenar untuk konvokesyen enchik. Meski dalam hati, enchik berasa sedih kerana tidak berkesempatan berkonvo bersama rakan-rakan enchik yang lain yang sama-sama susah senang ketika berada dalam pengajian kami. 



                                                      
Sambil menikmati ole-ole dari Indonesia

                                       
Segala kudrat dan penat lelah selama beberapa tahun membuahkan hasil. Doa enchik selepas ini, ialah mudahan diberikan Allah petunjuk untuk hala tuju enchik selepas ini. 

: )

p/s : Ada hadiah bb mungkin?

Saturday, September 15, 2012

Anda GAY? Mari Buktikan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ahaaa, entri enchik kali ini ringkas sahaja. Merujuk kepada salah satu artikel online yang disiarkan di laman web www.mstar.com.my.


Kementerian Pelajaran Nafi Sahkan Garis Panduan Kenali Golongan LGBT
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah memberi pengesahan kepada mana-mana pihak menyedia atau mengeluar garis panduan mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk tujuan pengedaran ke sekolah seluruh negara.
"Pengesahan kepada garis panduan tersebut tidak pernah dikeluarkan," menurut kenyataan KPM sebagai merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkaitan pengesahan garis panduan LGBT yang dibincangkan di Seminar Keibubapaan mengenai isu LGBT di Pulau Pinang pada 13 September lepas.
Menurut kenyataan itu, KPM memandang berat isu LGBT yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini dengan mengambil beberapa inisiatif memerangi gejala tersebut.
"KPM akan sentiasa memberi bimbingan secara langsung dan tidak langsung kepada semua murid (dan pelajar) untuk mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini," menurut kenyataan itu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pihak kementerian menyokong satu 'Garis Panduan' kepada ibu bapa untuk mengenal pasti 'simptom' Gay dan Lesbian padaanak mereka bagi mengambil langkah untuk membetulkan keadaan itu.
Antara isi garis panduan itu adalah, "Simptom" gay mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan sertasuka membawa beg besar sama seperti yang digunakan wanita apabila keluar manakala "Simptom" lesbian adalah tertarik kepada wanita serta gemar keluar, makan, dan tidur dengan wanita- BERNAMA

Menarik apabila mendapat tahu tentang isi garis panduan "Simpton" LGBT tersebut.
Secara ringkasnya
1 ) Lelaki berbadan sasa - GAY
2) Lelaki yang gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V -GAY
3) Lelaki yang bawak tote bag untuk ke ofis - GAY
Baik. kalau begitu, apa kata semua lelaki-lelaki nanti kita tak payah sibuk-sibuk berjogging bagai semua. Nanti kalau badan kita cantik ada muscle semua, tak pasal-pasal kita dilabel sebagai orang yang mempunyai simpton LGBT. Hadirkan diri anda di kaunter-kaunter fast food berdekatan, Tambahkan lemak dalam badan anda. 
Ingat, SASA itu GAY!
Tentunya, mereka-mereka di bawah ini keseksualitaan mereka harus dipertikaikan.
David Beckham

RF

Jadi, adakah anda GAY? buktikan!

: )

p/s:  Alamak, enchik ada beberapa helai baju berkolar V, bukan apa, tengah ada sale murah di PDI. Jadi belilah. 


Emosi

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Terbangun untuk kali pertama. Jam di telefon menunjukkan 6.00 pagi. Terbangun lebih awal daripada biasa. Kerana mimpi. Dikejutkan oleh mimpi. 

Hadir lagi dirinya. Mimpi mengenai dirinya. Entah mengapa. Mungkin kerana hati ini masih sakit mengenangkannya. Masih kuat lukanya barangkali. 

Bingkas bangun menunaikan kewajipan terhadapNYA. Hanya mampu berdoa agar dikuatkan hati. Melalui hari yang mendatang meski hati jauh tersiksa sekali.


AFG

:(

Friday, September 14, 2012

Hormat Budaya Adat Orang


 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Rasanya dah ramai yang tahu tentang kedatangan The Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton di negara kita, Malaysia. Mungkin anda tertanya-tanya apa tujuan Rombongan Diraja Britain ni datang ke Malaysia. Ini kerana, Putera William dan Kate mengadakan kunjungan ke atas negara-negara Komanwel bagi meraikan Diamond Jubilee tour bagi pihak Ratu Elizabeth. Selain Malaysia, beberapa negara yang dipilih untuk dilawati oleh rombongan diraja itu ialah Kepulauan Solomon, Singapura dan beberapa negara lain.

Ketika ini, sudah banyak kiranya blog dan artikel yang menyiarkan tentang lawatan rombongan keluarga Diraja Britain ini di internet. Enchik pun tidak mahu melepaskan peluang untuk berkongsi rasa keterujaan rombongan Diraja ini. 


Paling membuatkan enchik berasa kagum dengan Kate Middleton ini adalah sifat ambil berat dan prihatin beliau dalam mengetahui budaya sesebuah negara yang bakal dilawatinya. Sebagai contoh, ketika Majlis Santapan Diraja bersama Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong serta Isteri dan bersama tetamu kehormat lain, Kate Middleton yang juga dikenali sebagai The Duchess of Cambridge ini mengenakan gaun makan malam yang bercorak kan bunga raya, yang mana kita semua sedia maklum, Bunga raya atau nama saintifiknya ( Hibiscus rosa-sinensis) merupakan bunga kebangsaan negara kita Malaysia. 


Ihsan  http://www.dailymail.co.uk .
Rekaan Alexander McQueen dengan corak Bunga raya


Sumber www.dailymail.co.uk
Ehsan @ctnurhaliza11 twitter .... 

Banyak lagi berita yang menarik tentang kunjungan lawatan pasangan diraja ini di sini -- > www.dailymail.co.uk . Enchik cuma mahu highlight perkara ini yang memang sedikit sebanyak mengagumkan enchik.


Aduh begitu teliti rombongan keluarga Diraja ini terhadap budaya negara kita,

Terdetik di hati enchik, sedangkan orang luar pun pandai menghargai budaya, adat resam serta hormat akan budaya negara kita, tetapi orang kita sendiri, sering lupa dan malah ada juga yang lebih senang memperkotak-katik kan budaya kita.


p/s : Teringat gaun kahwin Lisa Surihani seperti gaun kahwin Kate Middleton 


Thursday, September 13, 2012

Muara Hati Vs The Good Wife

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Dah tonton drama bersiri Adam & Hawa di Astro Mustika HD? Belum? Ahhh, tontonlah di Astro Mustika Isnin-Khamis jam 10 malam, enchik sarankan, drama tu best, selain pelakon sasa Aaron Aziz, dan Nadiya Nisaa (Sila klik sini jika mahu mengenali siapa Nadiya Nisaa). Nadiya Nisaa ni Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik, masa tu beliau berlakon Filem Cun. 

Motep Aaron buat "peace" ?

Ok enchik bukan nak menulis mengenai drama Adam & Hawa ataupun mengenai para pelakon yang membintangi drama itu tetapi OST (Original Sound Track) dalam erti kata lain runut bunyi untuk drama Adam & Hawa iaitu Muara Hati nyanyian Dato'Siti Nurhaliza dan Hafiz AF. Lagu ini ciptaan Manusia Putih (Ady 6ixth Sense)/

Belum dengar? Enchik sarankan juga untuk anda semua mendengar. Mungkin ada yang pertikaikan mengenai kehebatan lagu Muara Hati dan Ombak Rindu. 

Dah tonton official video klip Muara Hati? Saksikanlah .


Tapi enchik bukan nak mengulas mengenai lagu ataupun video klip Muara Hati, tetapi lebih kurang "bloopers" la yang terdapat di dalam video klip Muara Hati arahan Ghaz Abu Bakar ini.



Antara props utama di dalam video klip Muara Hati ialah Chandelier dan kerusi duduk lutsinar. 
Perhatikan kerusi lutsinar di sebelah Dato' Siti dan Hafiz AF

 

Kemudian saksikan juga lah episod ke-2 (The Death Zone), Season 3 dari drama bersiri kegemaran enchik The Good Wife.



Ahaaa, Kerusi yang sama digunakan



Nampak permainannya di situ?

Jadi teori enchik,

1) Ghaz pinjam kerusi lutsinar itu dari produksi The Good Wife mungkin?
2) Ghaz mendapat inspirasi dari drama ini.
3) Mungkin Ghaz dan Penerbit The Good Wife kenal sesama sendiri?


: ) 

p/s : Nak juga test kerusi lutsinar tu diperbuat daripada apa? kaca tempa tinggi ataupun plastik?


Wednesday, September 12, 2012

Perlu Untuk Ambil Tahu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ha, tadi enchik bersantai di kedai mamak berdekatan rumah. Seperti biasalah, teh tarik kurang manis pilihan enchik. Berborak bersama rakan karib, mulanya tentang gajet, kemudian kisah kahwin kawan sambil mengenang nasib diri masing-masing yang masih belum berkahwin dan sehinggalah isu politik. 

Kebetulan pula bercakap mengenai isu tersebut, menyapa pula seorang sahabat kami yang sudah lama tidak ketemu. Lantas, menjadi panas pula mengenai isu politik. Tentunya bila kita bercakap mengenai politik lagi-lagi tahun ini, Pilihan Raya Umum ke 13 la yang menjadi topik perbualan hangat. Boleh dibuat gaduh jugalah.

PRU 13 antara HIT tertinggi di enjin pencarian Google

Berbalik kepada perbualan itu, masing-masing mempunyai pandangan dan sisi peribadi terhadap politik mereka sendiri. Enchik mempunyai pandangan politik sendiri, rakan enchik pun mempunyai pandangan politik beliau sendiri. Namun tidak pula bagi rakan enchik yang baru tiba ini. Ayat beliau mudah..

"Tak perlu nak ambil tahu. Malaslah. Malas nak mengundi"

Menghormati beliau sebagai kawan yang sudah lama tidak ketemu, enchik tidak mahu pula membidas mahupun menidakkan pendirian beliau. Bagi enchik, mudah, benda ini PERLU untuk kita ambil tahu dan peduli. Tak kisahlah HALUAN mana , cuma sebagai pendapat peribadi, corak pentadbiran negara kita, rakyat yang tentukan. Menyokong atau tidak, itu hak dan pilihan masing-masing.

Kejap! Enchik bukan nak tulis entri pasal politik ya. Hanya pandangan berbaur peribadi sahaja terhadap apa yang rakan enchik cakapkan tadi. Jangan menidakkan hak kita sebagai rakyat Malaysia yang bebas untuk mengundi. 
Gunung tak sama tinggi 

Kueh Seri Muka??


Penis Enlargement?

Game Pacman mungkin?

Apapun haluan pandangan politik kita semua, itulah yang perlu kita hormati. Ha, dah daftar sebagai pengundi belum?? Saya Pilih Mengundi.


p/s : Teruja untuk mengundi buat kali pertama. "Saya pilih Keamanan, Saya Pilih Malaysia"



Mengapa perlu online di luar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengapa perlu online di luar?

Untuk makluman pembaca, enchik jarang online di mana-mana kafe, restoran mahupun restoran fast food yang menyediakan kemudahan Wi-fi percuma. Almaklumlah, rumah enchik di kampung dan di Putrajaya mempunyai akses internet berkapasiti tinggi. Yerla, bonda enchik bekerja di TM  kan.Lantaran itu, enchik mahu mengkaji apa keseronokan online di luar.

Jadi hari ini, enchik online di McDonald's Teluk Intan. Ha, entri kali ini ditulis di luar ya. Jadi, Enchik order set kegemaran enchik.


Lepas itu, enchik mula la mencari port terbaik untuk menikmati set makanan kegemaran ini dan juga memastikan enchik mendapat port terbaik untuk online. Port terbaik haruslah mempunyai sambungan elektrik, manalah tahu tiba-tiba laptop enchik ini kehabisan bateri pulak.

Ada sekumpulan pelajar, lepasan sekolah menengah agaknya duduk satu meja yang digabungkan, enam orang semuanya. Dua di antaranya membawa notebook bersama. Baik, telahan enchik, mereka membuat group discussion. Oh begitu, masa zaman enchik, tiada pun group assigment semua yang sebegini, apatah lagi menggunakan laptop, tambahan berkumpul di McD pulak tuh. Oh bonda, zaman begitu pantas berlalu. Pastinya hasil daripada perbincangan adik-adik ini , mereka akan mendapat A!.

Di sebelah enchik pula ada seorang gadis, bersusuk besar berkulit cerah. Di atas mejanya, kelihatan beberapa helai kertas, alat tulis serta hidangan McD. Tekun sungguh menelaah di samping mempunyai tablet di sampingnya. Mungkin si gadis ini selesa menelaah pelajaran dalam suasana bising seperti di sini. Sedangkan enchik pun online di sini sambil mengenakan headphone, keadaan di sini terlalu bising.

Di hadapan enchik pula, seorang gadis sedang melayan movie Korea, juga di tabletnya. Mungkin mahu meluangkan masa lapangnya untuk menonton movie Korea, tapi takkan takde bawak headphone? Itu kan lebih baik, bukan semua mahu mendengar movie anda itu. Sehingga sekarang enchik pun tak paham apa specialnya Oppa Gannam Style tu. Tarian sahaja kot. Ooopps ok ini tiada kena mengena.





Jadi, mengapa perlu online di luar?

1) Bukan semua mempuyai akses internet di kediaman, kalau ada pun, mugkin ada yang masih menggunakan perkhidmatan 1515 kot?
2) Mungkin Seronok layan movie di luar berbanding di rumah? Kelajuan internet di sini lebih hebat . (Tapi agakla, bawala headphone!)
3) Dapat berkumpul bersama kawan-kawan, online bersama-sama sambil berbincang mengenai kerja sekolah. (95 % online, 3% makan, 2% perbincangan )
4) Mungkin juga sebab senang, kalau lapar, pergi sahaja ke kaunter McD.(sebab paling munasabah)

Sebab anda?
Komen, enchik nak tahu juga.

p/s : Ada gadis berbaju kurung kuning di hadapan enchik, manis... Ahh, ini kebaikan online di luar!

:)


Tuesday, September 11, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Penat lelah enchik selama beberapa tahun di dalam pengajian ini akhirnya membuahkan hasil apabila enchik telah mendapat surat pengesahan untuk bergraduat pada tahun ini. 
Kalau di ikutkan , begitu banyak cabaran yang enchik harus hadapi bagi menyiapkan penyelidikan enchik ini. Pernah sebulan enchik langsung tidak menulis thesis enchik, ini semua gara gara putus cinta la. 

Walau bagaimanapun, enchik tetap merasakan pengajian enchik di Peringkat ini banyak membantu enchik dalam menyiapkan enchik untuk masuk ke bidang pekerjaan. Bersyukur sangat kerana enchik diberi peluang untuk menyertai pelbagai seminar, konferens serta bengkel. Sungguh bertuah enchik rasakan kerana enchik berada di bawah penyeliaan pensyarah serta penyelia yang begitu mengambil berat akan masalah pelajarnya.


Alhamdulillah, dijangka bergraduat pada pertengahan Oktober 2012. Bagi enchik, berita gembira ini enchik kongsikan dengan ibu bapa enchik. Jujur, tanpa mereka, mustahil enchik dapat menyelesaikannya.

Viva sekitar Pertengahan Mei lalu. 

Surat Perakuan Senat

Pemeriksa dalam dan Luar (UiTM Puncak Alam)

Penyelia dan CO-Penyelia

Jilid Keras Tesis
Begitu ramai mereka yang membantu enchik. Tak terbalas kiranya jasa dan budi mereka. Hanya mampu mengucapkan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa kalian.

So. rasanya , kena carik baju konvo la pas ni kan?

:)