para pengikut

Monday, October 22, 2012

semangat kian luntur.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Esok hari penting.

Tapi semangat kian luntur.

Hanya mampu berbaring berselimut. Sakit tekak dan demam.

Tuhan, moga engkau memberikan aku kekuatan untuk aku menempuh hari esok dengan baik.

..... berseorangan.


p/s : Insyallah esok akan lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam


SILA AMBIK CERMIN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Ada orang main terus tuduh menuduh.
Konon dalam gambar itu ada adegan sentuh menyentuh bukan sesama muhrim.
Terus komen dengan pedas konon kami bersentuh bukan muhrim.

Walhal, ilusi gambar.
Tangan tidak bersentuh LANGSUNG.
Tangan kawan enchik di depan tangan enchik. Bila dalam gambar nampak bersilang,
Macamlah kami ni tak pandai hukum hakam.
Pe kehalnya bodoh sangat , terang nyata tak bersentuh.

Lalu, selongkar profil beliau.
Ahh. gambar profil sendiri memakai seluar pendek atas paras lutut sambil bersinglet.
Sekarang kau nak cakap pasal hukum agama? Aurat sendiri tidak terjaga.

Bro, cermin diri dulu. Awak pun tak sebagus mana.
Nak tuduh dan main serkap jarang macamtu.

Terang-terang kau dapat dosa.
Kami dapat pahala.

Amin

p/s : Memang tak bleh blahhh

Thursday, October 18, 2012

cepat tangkap atau mudah faham?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Mula membaca tentang BLUE OCEAN STRATEGY .

Bukan apa, nak cuba mengetuk pintu ke rumah orang, haruslah menyiapkan diri terlebih dahulu, karang kalau ditanya soalan yang mencabar minda dan akal fikiran. Haa, tak terjawab nanti, padahla diri sendiri, nak mengadu kepada siapa siapa pun dah tak berguna dah. 

Tidak rasa pun diri ini terlampau bijak .

Biasa-biasa sahaja. Semuanya pinjaman dari Yang Maha ESA.

1) Mungkin enchik ni seorang yang senang tangkap akan sesuatu perkara baru.

2) Mungkin juga benda ini mudah difahami. Budak darjah 6 pun mungkin mudah faham.

Rasanya enchik memilih yang kedua. benda ini mudah difahami. Nak kata enchik ni mudah tangkap, tak jugak. Kalau mudah tangkap, masakan perlu belajar satu bab itu 5-6 kali. Tetap time exam, tak score pun!.

Kalian macamana? Kalian yang cepat tangkap ?

woot woot

Gambar yang tiada kaitan dengan entri. Hanya mahu berkongsi kegembiraan dengan kalian.tamat sudah pengajian Sarjanaku.......

 : )

p/s: cemburu dengan mereka yang cepat tangkap bila study. Baca sekali paham. 

Friday, October 12, 2012

Cerita seram semalam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Malam semalam. Enchik terjaga jam 3.00 pagi. Kedengaran seakan-akan lantunan guli di tingkat atas apartmen. Berulang-ulang kali. Seolah-olah budak bermain guli sambil berlari. Mustahil budak bermain guli jam 3 pagi.

Terus je kumat-kamit enchik membaca surah-surah lazim dan ayat kursi. Mujur tidak lama selepas itu ia berhenti.

Terbangun sekali lagi jam 4.30 pagi. Bermimpi jelmaan yang agak menyeramkan menumbuk perut enchik. Bangun je badan enchik terasa sakit-sakit.

Malam Jumaat pula tuh.

Anda pernah mengalaminya? Mohon kongsi pengalaman anda dan cara yang kalian lakukan ketika berhadapan perkara tersebut.

 : (

p/s: Mungkin sebab terlupa untuk membaca yasin malam itu.

Thursday, October 11, 2012

Aku pun ingin bahagia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Enchik pun nak rasa bahagia. Rasa bahagia untuk konvokosyen enchik nanti .

Oleh itu . enchik nak juga beli sehelai baju formal kemeja dan sehelai seluar slack. Cadangnya boleh la pakai untuk kerja nanti. Dah lama teringin. Adala duit lebih sedikit, simpan-simpan. Boleh tak ??


Mencuba. Tapi tak beli pun

Dalam banyak-banyak timbunan baju polos cotton beharga RM 6.50, terjumpa seekor anak lipas!
-Hanya di Carrefour Alamanda!-
: )


p/s : Hanya mempunyai 3 helai baju kemeja semasa belajar. Kemeja itulah yang dibawa kemana-mana untuk seminar.

Sunday, October 7, 2012

Menuju ke destinasi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Testing testing ...

: )

p/s : dapat saiz yang lebih elok dari sebelum ini.

Friday, October 5, 2012

Kot Bundle

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pencarian blazer/kot selesai. Kedai bundle je kat Lekir. Kedai tu macam-macam ada dari kasut bundle berjenama hebat hinggalah barangan kulit.

RM20 sahaja kot itu Yerla, pakai bukan lama. Ada lagi satu pilihan kot yang enchik berkenan, elok-elok dibadan dan lengan, tak terlampau panjang, akan tetapi kot yang itu ada lubang besar di belakang. Pilihan kedua seperti gambar di bawah, agak besar tapi ini yang terbaik di antara yang lain dari segi material kain, dan design, cuma rasa macam nak alter sedikit di pergelangan tangan. Terlampau panjang. Hujung minggu ini mungkin pergi ambil jubah.


: )

p/s: Sempat beli 2 helai baju bundle , RM5 satu. nice!

Monday, October 1, 2012

Manusia Kejam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

1 Oktober 2012                                   12.14 pagi



I will be strong.

p/s : selamat hari 30!