para pengikut

Sunday, July 11, 2010

S.T.R.E.S.S.

Hari Ahad,... Pagi ini aku bangun lambat, niat di hati (ijoy kena pergi lab hari ini......!!!)

tapi tengok jam ..... adoyai. dah pukul 11 pagi . Apakah ???


Semalam buat apa sampai aku mengantuk sangat . Perasaan stress, tertekan dan depress kebelakangan ini membuatkan aku rasa tak tentu hala "sampai diri sendiri pun tak terjaga".

Dah berjanji untuk menghantar teman ke KLIA. Teman hendak ke Pantai Timur. Lama agaknya dah tak jumpa teman seorang ini. Jumpa je teman dalam kereta (tempat di mana aku fetch dia)
terus kena marah dengan aku ..."Tau tak lama tak jumpa!!!" hahahaha.

Jadi, masa yang sedikit itu memang kitorang hargai berbual-bual. Sehingga la timbulnya perkataan stress. Masing-masing Stress...stress...stress.... dengan kerja dan segala-galanya. Bulan ini bukan bulan yang baik agaknya . Nak cakap "sabarlah .. ....", sungguh cliche ayat tersebut. Ya, petikan dari seorang teman...




"SA-BAR adalah perkataan yang mudah untuk disebut tapi sukar untuk dilaksanakannya".




Sampai di KLIA sekitar jam 2.00 petang. Aku biarkan sahaja teman aku pergi self check in kat kiosk yang ada sambil aku jalan-jalan melihat pemandangan sekitar KLIA tersebut.


Dan.. dia atas jasa baik aku ini, teman aku telah belanjakan aku makan tengahari (perut masa tu dah lapar sangat...grrrrr)


Selesai semua aku pun beredar la balik, sambil bagi flying kiss kat teman aku itu..hehehe.
Nak dijadikan cerita, boleh pula aku tersesat terlepas simpang. Terpaksalah masuk highway yang memerlukan penggunan wang untuk membayar tol.
fyi, duit dalam dompet aku tinggal = RM 0!!!!!
tapi...
Nasib baik ada duit yang teman aku beri masa kat airport tadi, so cukup-cukuplah untuk aku membayar tol yang berharga cuma RM 4.30....
Kesimpulan post kali ini : JANGAN STRESS sampai mengabaikan teman-teman dan rakan-rakan ok....
: )



No comments:

Post a Comment

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.