para pengikut

Sunday, January 6, 2013

ILUF.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hai .

Permulaan tahun baru 2013 tidahklah semeriah. Banyak perkara berlaku . Itupun kerana kesalahan sendiri.

Cuba sebaik mungkin untuk memperbaikinya semula. Sebaik mungkin. Mana mungkin mahu menghilangkannya
Hanya berharap agar #hati ini masih lagi di hati nya.


Momen momen sedih itu.....


Lunch @ PuduSentral

Kumpul duit pegi Paris sama-sama jom!




p/s : cinta sayang dia -KF-

Friday, January 4, 2013

kosong

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hai

Lama tak menyinggah,

Rasa sayang, cinta dan rindu bukan lah dibina dalam masa sehari dua. Namun apabila rasa itu telah menebal di dalam dada, ia membara di dalam diri sehingga menjadikan hidup berbunga-bunga.

Dalam perhubungan misalnya, ia penuh dengan pasang surut, ibarat ombak. Ombak besar bisa merobohkan mahligai kaca yang kukuh dibina. Bohong jika hubungan itu hanya senantiasa di alam gembira. Itu hanya di alam fantasi mungkin. 

Satu pelajaran bagi anda semua dan bagi diri sendiri juga, bila rasa sayang itu semakin menebal, jauhkanlah dari perkara-perkara yang boleh "menghakis rasa itu hingga ia boleh menjadi kosong".

Sungguh, diri ini amat khilaf. Tiada yang sempurna. Membiarkan emosi merajai diri sehingga memakan diri sendiri dan orang lain. Membiarkan perasaan yang sentiasa takut kehilangan orang yang anda sayang memungkinkan membuatkan ia menjadi kenyataan.

Buat diri ini, hanya mampu bersedih kuat dalam hati tatkala air mata menitis lebat ke pipi. Sedar akan kesalahan diri.  

p/s : tiada sedetik pun sehingga ke hari ini, rasa itu kurang mahupun pudar. Sungguh ia masih kuat bernyala. Katakan juga di hati anda , adakah ia masih menyala seperti dahulu ? Maafkan saya. tulus ikhlas. -KF-