Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Malam semalam. Enchik terjaga jam 3.00 pagi. Kedengaran seakan-akan lantunan guli di tingkat atas apartmen. Berulang-ulang kali. Seolah-olah budak bermain guli sambil berlari. Mustahil budak bermain guli jam 3 pagi.
Terus je kumat-kamit enchik membaca surah-surah lazim dan ayat kursi. Mujur tidak lama selepas itu ia berhenti.
Terbangun sekali lagi jam 4.30 pagi. Bermimpi jelmaan yang agak menyeramkan menumbuk perut enchik. Bangun je badan enchik terasa sakit-sakit.
Malam Jumaat pula tuh.
Anda pernah mengalaminya? Mohon kongsi pengalaman anda dan cara yang kalian lakukan ketika berhadapan perkara tersebut.
: (
p/s: Mungkin sebab terlupa untuk membaca yasin malam itu.