para pengikut

Monday, November 29, 2010

99.5 %

Enchik 99.5 % berjaya menyiapkan poster untuk ke seminar International Conference on Natural Products 2010 << klik sini untuk mengetahui lebih lanjut

Enchik pergi bersama 3 rakan yang lain , dan enchik seorang sahaja lelaki, seperti biasa .Kami akan menginap di Hydro Hotel. Mereka akan bertiga kongsi satu bilik , manakala enchik keseorangan la di sana...(ada siapa2 nak teman???lalala)

Inilah poster yang 99.5% hampir enchik siap, hanya tunggu diperiksa oleh supervisor enchik ...... Jadi, insyallah enchik akan mengupdate pemergian enchik di sana..oh ya , kami berempat ke sana bermula 10hb-13hb Disember ini...

99.5% almost complete......... hasil kerja kajian enchik

Wassalam


me..me...me...me..

Enchik sajok takde keje petang-petang ni, lepas meeting dengan supervisor, kredit lak takde, tak dapat nak balas sms.Sorry yerrr sayanggg.. tak reply mesej ......

Saja je, enchik nak post gambar enchik yang latest ..boleh?

Enchik dan besi.....

Monday, November 22, 2010

Dah selesai

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, 

Kiranya lama enchik tak update di sini kan .. Sepertimana yang korang semua tahu , enchik sibuk dengan presentation master enchik . 

Dan tatkala enchik menulis entri blog ini , enchik baru sahaja selesai presentation .Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar dan enchik akan  giat menulis kembali . Maafkan enchik sebab lambat post entri di sini. Di sini enchik lampirkan gambar-gambar sepanjang ketiadaan enchik di enchikseseorang ini...

Baru lepas azab presentation

adik enchik suka nenas ini, klik sini untuk baca blog adik enchik!


Jumpa arnab di belakang rumah di kampung

Beli lemang ketika Hari Raya Aidiladha

Wednesday, November 10, 2010

Hobi enchik

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hanya nak letak gambar ini



: )


KLIPAS....Versi 2

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Klipas adalah gelaran yang kawan enchik bagi kat enchik 5 tahun lepas. Mesti korang tertanya-tanya apa itu "Klipas"?


Macamana enchik dapat gelaran Klipas itu ?

1) Baik , yang pertama. KLI,

Enchik dalam perjalanan pulang dari KL- TELUK INTAN untuk pulang ke kampung , cuti semester . Masa itu, enchik naik bas transnasional . Selalunya, enchik akan request seat single, tapi malangnya dah habis.Jadi enchik duduk bersebelahan dengan mamat berbangsa india / *keling. Dipendekkan cerita, kawan enchik memerli enchik la . Jadi dapatlah gelaran Kli.

2) Yang kedua, PAS

Bukan parti politik itu ya. Tidak sama sekali .Suatu malam , masa tengah lepak dengan kawan enchik , kawan enchik tegur enchik, bau macam LIPAS.

Jadi. kawan enchik itu sesuka hati dan selambanya menggelarkan enchik dengan KLIPAS. Dah 5 tahun peristiwa itu terjadi, memikirkan kembali menambahkan hilai tawa di dalam hati . Entah apa cerita terbaru kawan enchik tu , tapi enchik rasa dia baik-baik sahaja dan tentunnya bahagia sekarang. 

Kawan enchik (sekarang dah bertugas di China) selalu pesan kat enchik

" Kadang-kadang kita kena meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri kita sendiri"

Dalam erti kata lain , kita janganlah terlampau pentingkan diri sendiri sehingga terlupa kepentingan orang lain .

Mood enchik malam ini agak bercelaru , enchik nak lari sedikit dari topik entri enchik malam ni . Enchik tidak tahu kenapa, mungkin kerana keputusan yang enchik buat dahulu yang akhirnya memakan diri enchik sendiri. Enchik cuba untuk tidak memikirkan tapi kadang-kadang enchik tidak boleh lari daripada perkara ini. Sudah terhantuk baru tergadah.

* enchik tidak bermaksud mahu menyinggung mana-mana pihak andai penggunaan ayat tersebut agak sensitifbagi sesetenga individu. 

Wassalam
: (


Tuesday, November 9, 2010

12 HARI LAGI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Sepertimana yang terpampang kat countdown timer enchik ari ni. Tinggal 12 hari lagi sebelum presentation master enchik. Jadi, enchik mengabdikan diri di Postgraduate Room untuk membuat slide show dan analisis data

Progress setakat ini???

40 %

Enchik akan fokus arini , walaupun tghari nanti ada hati nak pergi Mines kejap.

Sempat lagi....
: )

Wassalam.

: P


Mengapa Sukar Mempercayai?

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

Entri kali ini , enchik mulakan dengan satu potongan ayat yang enchik jumpa di sebuah buku

"Mulakan dengan menyayangi diri anda, mulakan dengan anda. Buruk baik anda, sayangilah diri anda. Dan jika ada seseorang menyayangi anda kerana "anda", bertuahlah hidup anda"

Tengahari tadi, enchik pergi ke Mines. Saja. Jalan-jalan. Enchik terkurung di rumah selama seminggu gara-gara suspek H1N1 enchik (klik sini untuk membaca). Enchik singgah di kedai buku Gramedia. Enchik suka masuk kedai buku macam ni.Tenang. Sambil-sambil selak beberapa buku, enchik terperasan kata-kata di atas. Sekadar berkongsi ilmu bersama anda

Salah kah kalau enchik berhubung baik kembali dengan kekasih lama, cuba menjadi baik, mahu menjadikan perhubungan yang terputus sekian lama menjadi baik semula. Enchik tahu, kalau dia sudah mempunyai hidup baru, enchik gembira. Bagi enchik , enchik selesa dengan keadaan sekarang. Bujang. Tiada komitmen.

Cuma asal hendak berbaik, ada saja pergaduhan. Semua kerana tidak ada percaya. Penat kadang-kadang enchik terangkan sehinggakan enchik tidak berdaya. Jadi, enchik putuskan. Sudahlah. Penat.

Enchik merepek sedikit malam ini. 
Tapi di Enchik Seseorang la enchik luahkan apa yang terpendam . Enchik lega.

: (

Sunday, November 7, 2010

Suspek H1N1-PLATELET LOW IN BLOOD-jahitan di dagu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Maaf.Maaf sebab enchik lama tidak mengemas kini blog enchik ini. Ya, banyak benda yang berlaku terhadap enchik minggu lepas. Dari tajuk entri pun sudah sedikit sebanyak memjelaskan apa yang berlaku terhadap enchik minggu lepas. Baiklah , enchik akan menceritakan segala-galanya . Ianya bermula pada....


Selepas selesai kenduri kawan echik pada 30hb Oktober (Sabtu) lalu di Melaka, pada keesokannya, pada hari Ahad keesokannnya , sepertimana yang enchik jelaskan pada entri sebelum ini (klik sini untuk membaca), enchik merasakan kesihatan enchik bukan dalam keadaan yang baik. Tidak sedap badan. Namun, dek kerana begitu banyak kerja yang enchik kena selesaikan, apatah lagi menghitung hari untuk pembentangan master enchik, enchik gagahkan juga mengadap komputer riba di ruang tamu berselimut tebal sambil merenung tajam ke arah timbunan data-data enchik. Enchik sudah tidak bermaya, lantas terus berehat di ruang tamu dan memutuskan untuk pergi ke Pusat Kesihatan UPM (PK UPM) pada hari Isnin keesokannya.

1hb November 2010 -Isnin
Pagi.
Enchik menghantar sms kepada rakan lab enchik.

" Ima, saya masuk leb lewat arini, badan tak berapa sihat, saya pergi ke PK terus, kalau prof. tanya saya, bagitau yer.tq : )"

Enchik gagahkan diri juga ketika itu ke PK UPM untuk berjumpa dengan doktor. Pada sekitar jam 10.00 pagi , selepas selesai mendaftar dan menunggu, enchik pun berjumpa dengan doktor di PK UPM. Enchik tahu, enchik memang akan berjumpa dengan doktor yang sama setiap kali enchik membuat rawatan di PK UPM, enchik yang meminta untuk diberi rawatan dengan doktor yang sama, Dr. Munaff (doktor bukan berbangsa Malaysia). Mungkin sebab enchik sudah biasa dengannya. Seperti biasa, doktor tanya apa masalah, dan enchik menjawab

" I'm not feeling very well, i think i had a fever, can't sleep well, cough, flu and a bit headache since yesterday, and it's not a strength to be drove here"

Doktor memeriksa suhu badan..

38.6 ' C

Doktor itu terus bertanya bermacam-macam soalan. Enchik dengan muka selamba tidak menjawab. Enchik sangatlah tidak berdaya ketika itu.
Doktor mengatakan ..

" I'm guessing you've been infected by the influenza, here what i'm going to do. I'll give you antiviral for influeza, paracetamol, and you have promised to me to come to PK every single day for five days, avoid crowded area, wearing a mask is necessary when u go out... Do you need MC?"

ENCHIK : "MC?? ITS OK..I DON'T THINK I NEED IT".
(dengan angkuhnya.. sebab enchik memang akan ke lab selepas ini. keje banyak, gilerr nak cuti!!)

Selepas selesai mengisi borang pemantauan, PK UPM meminta nombor telefon enchik , enchik pun terus ke lab.

Tapi..... enchik tak berdaya, hanya 30 minit di lab, enchik terus pulang ke rumah........

Anti viral influenza


2hb November 2010
Pagi... 8.30 pagi

Enchik pengsan . Pengsan di luar pintu bilik air di rumah. Enchik hanya ingat, enchik bangun pagi itu, enchik pening kepala. Akak enchik yang kebetulan cuti ketika itu, (sbb ada exam petangnya) bangunkan enchik untuk makan. Enchik tak lalu nak makan, takde selera, enchik muntah di bilik air, pening kepala. Enchik mencuci muka, tapi apa yang enchik sedar selepas itu, enchik sudah terlantar di lantai dan berlumuran darah di sekitar muka. Dagu enchik terkoyak. Akak enchik membawa enchik ke Hospital Putrajaya.

Enchik di Wad kecemasan. Luka di dagu dijahit. Doktor ambil darah untuk pemeriksaan. Doktor masukkan kan air, enchik memang tak sedarkan diri waktu itu. Memang terus longlai di atas katil kecemasan di hospital. 
Thanx to Abang Penolong Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya yang tangkapkan gambar sebelum dijahit
: P


Inipun Abang Penolong Pegawai Perubatan tangkapkan selepas dijahit
: )


Selepas masukkan air, enchik tak ingat berapa banyak botol, dalam jam 12.30 tengahari enchik dapat satu mesej di handphone enchik



"Mak dah sampai. Mak nak masuk tengok joy tapi doktor tak bagi. Doktor kata joy tido"



Waktu itu memang mengharapkan untuk berjumpa dengan mak.... nak jumpa mak, nak mengadu kat mak. Mak....sakit.........


Selesai jam 3.30 petang, enchik dikejutkan oleh jururawat mengatakan enchik dah boleh balik. Darah dah diperiksa, platelet enchik rendah dari sepatutnya, dalam kritikal. Tapi enchik dibenarkan balik selepas beberapa kali darah enchik diambil semasa enchik tidur. Doktor pun melepaskan enchik keluar dari wad kecemasan dan memberi antibiotik Co-Amoxiclav = Amoxycilin + Clavunalic Acid

Melihat mak dan ayah macam nak peluk je diorang puas2.OWh, akak waktu itu dah pergi exam, kawan akak yang temankan sebelum mak ayah sampai.



Timbunan pelbagai ubat dari PK UPM dan Hospital Putrajaya


3hb November 2010 - Rabu

Sepanjang hari di bawah jagaan Mak dan ayah serta akak , keadaan enchik bertambah baik. Dan pihak PK UPM dua kali sehari akan menelefon untuk  bertanya keadaan enchik. Mereka terkejut bila enchik beritahu enchik pengsan di rumah . Enchik disarankan untuk ke PK UPM hari-hari untuk dipantau tahap kesihatan enchik, darah, dan suhu badan enchik.

Dan enchik menuruti nasihat PK UPM.

Selama lima hari enchik berulang alik ke PK UPM---PUTRAJAYA untuk pemantauan tahap kesihatan enchik, cuci jahitan, dispray iodin dan sebagainya. Sehinggalah pada hari 5hb November (Jumaat), enchik merasakan enchik sudah betul-betul sihat. Dan alhamdulillah, enchik sudah tidak demam, suhu sudah di tahap normal. Sempat lagi selepas solat Jumaat di Masjid UPM, enchik ke fakulti .....tapi tidak dibenarkan masuk pula sebab kebetulan Deepavali kan....

Hurm... kalau ikutkan , banyak yang enchik nak ceritakan lagi apa yang berlaku , inipun hanya 60% dari apa yang diceritakan tapi cukuplah untuk enchik kongsikan kepada anda semua. Nanti , sampai esok tak habis.

Ramai sebenarnya yang menghantar SMS dan telefon bertanyakan keadaan enchik. Kawan-kawan enchik, kawan-kawan lab, kawan-kawan rapat enchik. Kawan-kawan yang jauh seperti Lily yang menelefon mak enchik sendiri untuk tahu keadaan enchik. Dengan semangat dari kawan-kawanlah membuatkan enchik untuk berasa sihat. Enchik katakan pada diri enchik, enchik kena sihat! kena sihat!. Tanpa mereka enchik tak tahu mana nak merasai kekuatan itu.


Sebenarnya, sakit ini adalah pencuci dosa dosa kecil. Enchik bukanlah alim ulama yang sempurna imannya tapi enchik insyallah akan menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Enchik bersyukur kepada Allah swt kerana enchik dikurniakan dengan keluarga yang amat menyayangi enchik, rakan-rakan yang amat mengambil berat, serta enchik bersyukur kerana enchik diberi peluang untuk merasa peritnya sakit itu kerana enchik kadang-kadang terlupa  sujud pada Yang Maha Kuasa. Terlupa nikmat kesihatan yang sempurna yang diberikan olehnya, terlupa nikmat ini semua dipinjam seketika cuma. 

Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita pulang......

Wassalam

: )