para pengikut

Tuesday, December 27, 2011

Transformasi Hidup Seorang Pemakai Pendakap Gigi

Assalamualaikum wbt

Sepertimana tajuk entri enchik pada kali ini , enchik ingin sekali berkongi kepada pembaca semua sedikit sebanyak tentang kehidupan enchik sebagai pemakai Pendakap Gigi. Bagi yang tidak tahu, enchik seorang pemakai Pendakap Gigi dan enchik telah memakainya hampir satu tahun 4 bulan .

Pendakap Gigi


Sebelum itu, enchik nak terangkanlah serba sedikit tentang Pendakap Gigi ini. Pendakap gigi atau braces ini merupakan satu cara atau inisiatif untuk mereka yang mengalami masalah susunan gigi.

Tahukah anda semua bahawa , jika di Malaysia, kita memanggilnya sebagai Pendakap gigi, di negara-negara lain, pendakap gigi dikenali sebagai :

Indonesia - kawat gigi
Filipina - tirante
Sepanyol - tirantes
Jerman - Zahnspange
Belanda - bretels
Crotia - proteza

Entri kali ini enchik nak berkongsi sedikit sebanyak tentang transformasi hidup sebagai seorang pemakai pendakap gigi. Erm, maksud enchik bukanlah transformasi ala-ala Miss Universe Malaysia ke apa, tidak ya .

Kimberly Leggets , ikut beliau di Twitter  @kimmyleggs 
Miss Universe Malaysia 2012




Tetapi enchik nak berkongsi kepada pembaca sekalian tentang perubahan yang berlaku terhadap diri enchik semasa memakai pendakap gigi .

(1)  Perubahan EMOSI 

Saraf di gigi dan gusi merupakan saraf yang paling sensitif di dalam badan manusia. Jadi, cubalah anda bayangkan jika gigi anda ditarik, makanya gusi anda juga akan turut terkesan lalu mengakibatkan saraf gusi anda berasa amat sakit. Apatah lagi apabila, gusi anda perlu dipotong bagi membolehkan gigi anda tertarik dan menjadi rapat (ini berlaku kepada enchik). Pedihnya tidak terkira. Apabila saraf itu terganggu, ini sedikit sebanyak mengakibatkan gangguan emosi secara total. Rasa hendak marah sahaja. 

Tetapi gangguan emosi marah ini hanya la berlaku di awal pemasangan pendakap gigi sahaja. Badan kita sedang cuba menyesuaikan perubahan ini . Namun, setelah hampir setahun lebih, alhamdulillah, enchik sudah dapat menyesuaikan diri dengan ini

(2) Perubahan Selera Makan

Perubahan selera makan enchik secara amnya telah berubah mendadak. Pada peringkat awal pemasangan pendakap gigi ini, enchik tidak boleh langsung untuk mengunyah nasi, malah mi goreng pun tidak boleh . Apatah lagi cuba mengunyah makanan pepejal lain seperti , burger, daging, dan sebagainya. Pada sebulan pemasangan pendakap gigi ini, enchik hanyalah memakan makanan seperti bubur, bubur dan bubur. Sebulan yang amat menyakitkan . 

Tetapi, setelah sebulan , enchik sudah mampu untuk makan makanan seperti biasa tetapi enchik tetap tidak boleh memakan makanan keras dan liat seperti daging dan kerepek. Malah, nak makan burger pun harus makan satu persatu. Tetapi, tanyalah mana-mana pemakai pendakap gigi ini, berapa ramai yang melanggar pantang larang untuk tidak makan makanan keras! (termasuk enchik)

Antara makanan terlarang di awal pemakaian Pendakap gigi

(3) Perubahan Berat Badan, Bentuk Wajah dan Fizikal

Ini benar berlaku. Betul!. 

Biarlah gambar menceritakan segalanya

Perubahan fizikal dan struktur wajah
Mungkin kerana proses penarikan gigi menyebabkan sedikit sebanyak struktur muka juga berubah. Tidak dinafikan juga, perubahan dari segi penurunan berat badan juga merupakan salah satu transformasi seorang pemakai pendakap gigi. Ini kerana, perubahan dari segi diet makanan seharian si pemakai pendakap gigi. Oleh itu, penurunan berat badan akibat pemakaian pendakap gigi juga sudah menjadi stigma dalam masyarakat seharian kita.

Kesimpulan, tujuan entri enchik kali ini bukan sahaja untuk berkongsi pengalaman enchik memakai pendakap gigi, malah juga diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada mereka yang sedang berfikir untuk memasang pendakap gigi. Sekarang pun , pemakaian pendakap gigi seolah-olah menjadi trend dan dikatakan merupakan satu aksesori. 

Cadangan enchik bagi mereka yang memasang angan-angan untuk memakai pendakap gigi, ada beberapa perkara yang perlu disediakan dari segi KEWANGAN dan EMOSI. Bak kata pepatah terkenal :

BEAUTY IS PAIN 

Wassalam









Sunday, December 18, 2011

18HB DISEMBER 2011

Assalamualaikum wbt. 

Hah, korang apa cerita? Sihat?

Banyak perkara yang berlaku kepada echik seminggu dua ini . Bermacam-macam dugaan enchik harungi (cewaaah) jiwang , muntah hijau!

Betul la , enchik kena penyakit mata , eye infection <---- klik sini untuk mengetahui apa itu eye infection !
Alhamdulillah, hampir seminggu, mata enchik sudah beransur sihat. Ubat jangan fikirlah, 4 papan antibiotik dan ubat titik doktor PKUPM.

Ubat dari Pusat Kesihatan UPM <-- klik sini untuk Info
Lantaran itu, pada hari ini juga ada undangan kenduri kahwin daripada kakak senior bertempat di Dewan Komuniti Bandar Manjalara, Kepong.

Kawan lama!


Lupa nak mentioned, double wedding . tengokla betapa ramai  kami semua
Oh ya, 14hb Disember hari itu birthday insan yang paling enchik sayangi di muka bumi ini. Dia la satu-satunya sumber inspirasi enchik mengapa enchik mahu berjaya dan terus belajar. Susah payah, perit getir, segala-galanya lah menjadi pembakar semangat enchik untuk berjaya seperti beliau.

mak


Selain itu juga, Enchik sangat suka tarikh 18hb Disember ini. Bagi enchik, ia tarikh bagi suatu yang tak mungkin enchik lupakan. 

Kadang-kadang kita lupa yang indah itu mungkin ada di depan mata kita, hanya terpulang pada diri kita untuk mengetahui kewujudan nya atau tidak. Ingat, jangan menyesali sesuatu yang berharga walhal kita sendiri yang melepaskannya pergi .
Gambar sekadar Hiasan
                                                 

Sekian , wassalam







Tuesday, November 29, 2011

HELLO

Assalamualaikum wbt

Lama sungguh tak update apa-apa di blog aku ini . Okay, untuk sekian kalinya, enchik akan kembali semula aktif di dalam blog enchikseseorang ini. 

Untuk pengetahuan pembaca semua, echik di dalam peringkat akhir bagi menyiapkan thesis enchik . 
Alhamdulillah, enchik sudah pun menghantar full draft thesis enchik kepada Supervisor enchik. Sekarang , hanya menantikan 
draft thesis enchik itu disemak oleh Supervisor enchik.

Sementara itu, enchik ada jugak klik klik untuk mencari kerja . Yerla , almaklumlah sekarang ini bukan senang mahu mencari kerja
jadi enchik perlu mengambil inisiatif untuk mencari kerja lebih awal. Dan Supervisor enchik pun telah memberi kebenaran untuk 
mencari kerja asalkan full draft enchik siap!

Sekarang ini , echik sedang mengupdate entri ini di dalam kawasan fakulti enchik. Sangat annoying bila mendapati ada sekumpulan
perempuan di hadapan meja ini gelak kuat-kuat seolah mahu mendapat perhatian enchik (atau enchik yang perasan je ni )
hehehehe.

Anyway, enchik nak bersiap-siap pulang ke kampung halaman enchik di Teluk Intan.

Semoga ketemu lagi ya ..

Wassalam

Friday, July 8, 2011

Catatan Harian Julai (1)

ASSALAMUALAIKUM wbt

Apa khabar semua blogger-blogger? Lama kiranya enchik tak post something kat sini . 
Minta maaf , dek kerana kesibukan enchik kebelakangan ini. Banyak benda yang enchik kena selesaikan.
Terlampau banyak. 
Due date untuk kerja pun enchik kena kejar. Pastikan semua berjalan lancar



Dah agak lama enchik meninggalkan lapangan menulis blog kan ? Dan banyak juga la perkara yang berlaku .

7/7/2011

Enchik terperuk di dalam postgrad room ini untuk buat kerja enchik la , macam biasa. Kena gagahkan diri juga datang ke fakulti. Kalau duduk rumah, hurm, membungkang je la kerjanya. Sekurang-kurangnya, kalau duduk di fakulti, berjalan juga kerjanya kan

Dan enchik staybek sehingga jam 10.00 malam. And i'm loving it every second. I LOVE MY JOB!

Bertemankan neslo ais, hand sanitizer, air, and lagu unfaithful instrumental yg repeat beribu2 kali.
Dan seperti biasa, selepas sampai rumah, menyapu sampah, mengemas rumah, membuang najis kucing, dan melayan kucing adalah satu kemestian sebelum masuk tidur

Sebelum tidur, enchik bertafakur, dan merancang akan apa yang enchik akan lakukan untuk esok dan mengharapkan semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan . Insyallah 


Monday, April 11, 2011

K.U.C.I.N.G

Assalamualaikum wbt..

Hi

Enchik nak postkan satu gambar enchik bersama Jenny.

Jenny suka gigit jari enchik time waktu senggang. Besar nanti nak jadi apa la si Jenny ni!

Thursday, March 10, 2011

Giler ar! Lama giler tido!

Giler ar mamat nih!

Assalamualaikum wbt. Hi

Enchik tak tahu, dia ini memang kaki tido ke, atau pengsan ke, atau memang tak sedarkan diri. Cuba bayangkan, enchik jalan kat foyer bawah fakulti enchik tu dari pagi, sampaila tengahari untuk lunch, dia ini memang tak sedarkan diri. 

Ingatkan apa-apa buruk terjadi kat dia, tapi nampak posisi kepala dia berubah by time. So, should be ok la kot.

Kesian . Ini teori enchik

1) Dia seorang foreigner, sebab nampak banyak bulu roma lebat di tangan, 
2) Seorang Postgraduate, sebab undergraduate mana ada foreigner
3) Pelajar Fakulti Sains, sebab seolah-olah beliau familiar dengan area foyer ini
4) Membuat research. sebab Fakulti Sains tak sediakan coursework ya
5) Sedang menyiapkan THESIS! tak cukup tidur, kejar due date submit thesis.

Antara kesemua teori enchik di atas, mana yang relevan?

kalau nombor 5 tuh, ..... sepatutnya enchik end up macam dia.tapi nape tak eh.. 

haish.enchikseseorang ni ....asyik tangguh writing jer!

**P/S : enchik teringin nak makan KEK secretrecipe... boleh mintak belanja tak?

: (



Wednesday, March 9, 2011

PERINGATAN!

Assalamualaikum wbt. Hi

Sekarang jam.

12.34 am


Enchik masih belum tidur lagi.Menyiapkan thesis enchik ini. Baru masuk chapter 4. Chapter 3 ada lompong-lompong lagi. Asyik-asyik lompong. Macam lompong jalan itu, kalau tak siap lompong jalan itu, jalanraya itu rasa tak serba sempurna.

Lompong sini sana
Btw, dalam kamus dewan , wujud ker perkataan lompong? 

Enchik nak semangatt!!!! 

Sekarang enchik tengah konfirmkan satu struktur kimia ini. 

compound pertama enchik!
Dan yang bawah ini pula salah satu kata-kata motivasi enchik yang enchik tampalkan kat dinding hadapan meja enchik.

"Berjaya macam Abg Ad..chaiyok!!"
Abg Ad ini salah satu inspirasi enchik, sebab dia memang berjaya. Super duper senior enchik. Sekarang dekat China rasanya. Bekerja di sana, sekarang enchik dapat tahu dia ditawarkan bekerja kat Russia pula. Kasihan, sampaikan persiapan perkahwinan dia pun agak tergendala. Tapi enchik suka semangat kerja Abg Ad ini. Dia jugak selalu bagi nasihat kat enchik. Sudah lama kiranya tak jumpa Abg Ad. Ada je kena tegur kalau dengan dia ni.hahaha

Itu sahajalah entri enchik malam ini.

Just nak tulis yang enchik kena diberi PERINGATAN supaya tidak leka dan HARUS siapkan thesis secepat mungkin.

Salam
NITE semua




Sunday, March 6, 2011

my good old friend

Assalamualaikum wbt. Hi

Today was a great day for me. I met someone. Someone who i haven't see for a long time. We used to work together, squarrel together, even fight together. But , all because of work. We are professional. 

Kami breakfast sama-sama pagi tadi. Kebetulan , kawan enchik ada di kawasan perumahan enchik.

Namanya Wanies. Kak wanies enchik panggil. Kami mula rapat sejak menjalinkan ikatan ketika di dalam produksi teater di UPM. Beliau sebagai produser untuk produksi , manakala enchik pengurus pentas untuk produksi teater enchik ketika itu. 

Kami selalu bergaduh. Tapi kami bergaduh pun sebab hal kerja semata-mata. Tak ada bawa keluar . Sebab kami tahu letakkan border line, time kerja is kerja, time main kita main-main lah. Senang. Dan kerana itulah, kami berjaya membawa produksi kami di tahap membanggakan ketika itu. 

Sepanjang perkenalan kami, banyak yang kami kongsikan. Suka.Duka.Tawa Gembira.  

Pagi ini, enchik pergi breakfast bersama Kak Wanies. As usual, bagi yang tidak kenal enchik, enchik ni kepalanya mereng-mereng, gila-gila bila jumpa geng. Kak Wanies salah seorang geng enchik. 

Kami pergi breakfast di area situ

Tujuan entri enchik malam ini mudah

Persahabatan itu hebat. Hebat sehingga enchik boleh melupakan segala masalah kalau meluahkan dengan seorang sahabat yang enchik kagumi. Hargailah sahabat anda.

(sama dengan entri semalam) sini << klik sini if anda terlepas membaca entri enchik semalam

Puas. Kami puas bersembang. Masing-masing menceritakan hal-hal dan kisah hidup masing-masing. Apa yang diinginkan dalam hidup . 

Thanks kak wanies sebab pergi breakfast tadi

p/s : lepas tu enchik pergi jalan-jalan ke IOI MALL, PUCHONG dan ke Banting....

: )




Saturday, March 5, 2011

Daud, dan Dinner

Assalamualaikum wbt.Hi

Today was a great day, for a long time. Since i can remember, it was a few month i didn't go out with him.
We've been together for about 4 years. He always beside me, in my bad day, though in my good days. He also give me strength and gave me a lot of advice. 

Today, we went out. We met at Mall near Cheras Selatan. He said to me

"Tun, ak stuck kt tol sg besi. Jem entah kenapa entah " -5.32pm- celcom text service

"Tun" - The name he gave me......

I waited for about 15 minutes, waited long enough for me to buy a new cheap sandal

my old ones look so dirty, so i need a new sandal
Cheap yet lawa..... lawa tak??
and also home perfume for my room.

Need for my ROOM...
He arrived. we shake hand. That's all. Apa, korang ingat enchik nak cium kissing hug2 ke? gilorr apa!

He went to electrical department store. Something about warranty, i don't know what items......bla bla..

and then we had our hi tea at one of the bistro in the mall. I told him i'm full already, just need something to alas perut sahaja.

Dia pun makan yang ringan-ringan sahaja. Kami berbual selama lebih kurang 40 minit, bercerita tentang apa yang menarik tentang kehidupan masing-masing. Enchik pula menceritakan apa yang menarik tentang apa yang berlaku sepanjang bulan ini. Kami berbual tentang ibu bapa kami. Berbual sehingga masuk part research , vitamin E, tocotrieonol, squalen, thesis and so on. 

Sehingga waktu maghrib, kami berhenti dan kami pergi menunaikan solat secara berjemaah.

Setelah selesai solat, kami shake hand balik. Now it's time to say goodbye. Enchik perlu balik selepas maghrib kerana enchik ada temu janji lain pula, dan dia pun kena balik lepas maghrib sebab ada dating kali kedua pula. 

Him

Me
Korang jangan pulak fikir bukan-bukan ya?! Dia, Daud namanya. Daud ini kawan enchik, kosmate enchik yang sekarang sudah bekerja di salah sebuah syarikat multinational. Daud ini banyak tolong enchik ketika enchik struggle ketika belajar dahulu. Susah senang enchik, dia lah jaga enchik. Kami pernah sama-sama tak siapkan kerja khusus tahun akhir. Sama-sama susah time tu. Sehinggalah sekarang, if kami ada masa, kami akan keluar, jika tak kuar seorang, keluar bersama kawan-kawan lain. 

Entri enchik malam ini, mudah. 

Persahabatan itu hebat. Hebat sehingga enchik boleh melupakan segala masalah kalau meluahkan dengan seorang sahabat yang enchik kagumi. Hargailah sahabat anda.


Selepas selesai berjumpa dan berjalan-jalan dengan Daud, enchik terus pulang ke rumah dan bersiap-siap pula untuk keluar makan malam.

Makan malam kali ini bersama keluarga. Mak ayah datang dari kampung melawat kami di sini
Yang sebelah enchik tu , adik enchik
klik! <<<  klik untuk membaca blog adik enchik




Selamat malam.

malam kita sama, yang pasti pengalamannya berbeza

: )

Menyusun Strategi

Assalamualaikum wbt
It's been while...

it's been while since i submitted Notice of submission of my Master thesis. As far as i can remember, wait, 2 month ago. Since then, i haven't started Chapter 4 yet. Yes, Result and Discussion part (crucial). So many things happened. 

i know, i supposed to try finished it.

too many things happened, not to be blame things tu yang slow down kan my writing process, me myself need to repent and try to figured out what's wrong with me!

I've been busy with....

FESTIVAL TEATER INTERKOLEJ 2011 (FESTIK 2011)- what can i say? i totally love with this production,  my passion, my interest, i love drama making. During my undergraduate, this is only my passion .I can imagine if chemist is not my future fieldwork, I WOULD LIKE to work backstage as crew, or as cast. Really enjoy being in spotlight!
BEST memories with these young star!
It bring flash memories when i being there with these new friends i met. They are so passion with their job. So proud of them...

Then, my writing process getting tertunda also because i kena jaga dua buah hati i ..

Johnny

Jenny like to sit on my meja....

Twice a day, i have to get rid of their poo . Make sure they are being taking good care from me. Tapi , dua ekor yang membuatkan hari-hari enchik bertambah happy. Kucing nyata boleh hilangkan stress, balik dari LAB terus mendakap peluk cium dua ekor ini. Malam-malam main-main berjenaka dengan dua ekor ini. Terus lupa writing. 

Baik. Masa yang sesuai untuk enchik writing thesis after 12pm, lepas pastikan dua ekor ini tido nyenyak. Enchik akan pasang lagu-lagu tenang, lalu membuka laptop, dan nak start writing...tetapi


my biggest temptation!!!

Gagal lagi ... aduih... FB,BLOG, TWITTER merupakan musuh utama untuk enchik start writing.

ORANG MALAS MENCARI ALASAN, ORANG RAJIN MENCARI JALAN
.....enchik pernah dengar ayat ini. 

Ya, enchik tahu, itu semua di atas ini alasan semata-mata. Kalau nak berjaya, pasti ada jalan. Itu semua alasan.
Enchik kena menyusun strategi, kena start planning, nak writing apa. Kena siapkan chapter by chapter kena ada due date. Enchik suka sangat dengan sticky notes, sepatutnya enchik tampal kat dinding meja enchik as reminder.
suka sangat sticky notes
Nak solve compound macam ini pun susah....


$%#@$%%!!!!...
Dan kena hasilkan thesis setebal ini yer puan2,cik,tuan,dato,datin...

mampu ke?
Enchik kena start planning. Enchik seorang yang RAJIN, RAJIN,RAJIN

TAPI JAM 4 NANTI nak kuar jumpa member pulak...aduihh....

: P









Friday, March 4, 2011

THIA MEGIA is my GF.

Assalamualaikum wbt. Hi.

Watched American Idol (10) last night. It was girls night. All these 12 semifinalist were required to sang for American to vote for their TOP 5 finalist( along with 5 dudes) total up 10 contestants. Yeah, also wild cards from the judges.

Which one i like most ?

THIA MEGIA...

SHE CUTE...SHE HOT...SHE ADORABLE... she stunning... and i love the way she sing!

and she made it to top 10 in American Idol... OMG! Totally love her.x0x0x0




Thursday, March 3, 2011

CUKUP 30!!

Assalamualaikum wbt.Hi

Petang ini , enchik telah mendapat follower yang ke...............

30

Follower itu  ialah...


Terima kasih cik fatieya.


: )
do follow her blog also ya...

DASHYAT!!! TIPS hari ini...

Assalamualaikum wbt

Entri enchik pada hari Rabu ini .

DASHYAT!

Enchik hutang dengan library UPM sebanyak RM20!!

Gara-gara kerana lupa memulangkan 8 buah buku ..hahahahahha

6 dari 8 (ada lagi 2 di rumah)
Apa.. enchik ni murah hati sangat ke nak bagi RM20...... tapi dah salah enchik.Sendiri tanggung.Adehh, RM20 tu boleh buat makan 3-4 hari..... lebur macam tu

Jadi, para pembaca sekalian, tips hari ini

1) Sila buat reminder pada jurnal/diary/wall of fame anda if anda kena pulangkan somthing ke apa..
2) Sila murah hati ketika membayar, itu semua silap anda (tragis, time nak kuarkan duit ke librarian, buat muka paksa rela...)

Sekian.

: (


Wednesday, March 2, 2011

PUTRAJAYA SENTRAL

Assalamualaikum wbt 

Malam ini enchik nak menulis entri tentang Putrajaya Sentral. Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai Putrajaya Sentral ini , ia merupakan seakan-akan KL Sentral yang berfungsi sebagai pusat menaiki tren ke KLIA/LCCT . Sebenarnya, Putrajaya Sentral ini dulu dibina dan dimajukan adalah untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di wilayah Putrajaya ini. Direncanakan untuk membina monorail bagi memudahkan pekerja-pekerja sektor awam di Putrajaya menaiki tren ke pejabat mereka.

Senang cerita, kalau nak ke ofis, hanya perlu parking kereta di Parkir lot yang disediakan dan kemudian naik la tren ini ke pejabat mereka. Yerla, nak mengelakkan jem yang teruk . Tapi projek itu tergendala dan tidak disiapkan sepenuhnya. Kecewa kan

Akan tetapi, menurut kawan enchik yang bekerja di sektor pembinaan dan arkitektur, pembinaan tren ini akan dimulakan kembali .

Perkhidmatan bas NADIPUTRA , yakni bas intercity pun ada di Putrajaya Sentral.
Tapi, sekitar tahun lepas, Putrajaya Sentral telah membuka laluan bagi bas-bas ekspres untuk keluar negeri. Jadi, mudahlah bagi mereka yang menetap di Putrajaya, tak perlu lah ke TBS atau Bukit Jalil untuk pulang ke kampung halaman semasa hari raya (apakah?......).

Cukup panjang mukadimah tentang Putrajaya Sentral ini. Baik, bagi mereka yang tidak tahu dimana lokasi Putrajaya sentral ini, ia terletak betul-betul opposite dengan Hospital Putrajaya. Tak tau mana Hospital Putrajaya?? >> sila la cari signboard once anda di Putrajaya ya?!

Malam tadi sekitar jam 8 malam , enchik dan kakak enchik pergi menghantar adik enchik ( sila klik <<-- di sini untuk membaca blog adik enchik)  pulang ke kampung halaman enchik yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Naik bas ekspres.

Enchik pernah juga menghantar beberapa kawan enchik di Putrajaya Sentral ini. 

Ala-ala airport kan??

Banyak kemudahan di sini, ada ATM (Maybank), surau, tandas(itu sudah pasti), tempat menunggu, cuma tempat makan je takde, Tapi bagus juga tempat makan takde, nanti kotor pulak Putrajaya sentral ini.

Ada kaunter tiket Konsortium untuk ke utara seperti Kangar

Sudah tentu ada kaunter tiket bas kan...


Ada juga mini kedai runcit untuk mereka mendapatkan makanan ringan untuk dimakan ketika dalam bas seperti roti...


Ada juga ruang rehat/tempat menunggu .Boleh makan-makan sebelum menunggu bas.
Selain itu ada juga kiosk-kiosk yang menjual beg-beg tangan . 

Ini pula ruang menunggu bas. Nak peluk-peluk cium ke sebelum mengucapkan bye-bye kepada kesayangan pun boleh


Pendek cerita, kemudahan itu ada. Kita je kena memanfaatkan. 

Ok sampai sini sahaja ya entri enchik malam ini. Thesis enchik belum siap lagi. Matila, nanti mesti kena membebel dengan kawan enchik kalau dia tahu enchik tak wrting-writing ni .Jangan marah ya. Nanti kena gigit!.hehehe


: )

Album Review - 3 Suara (Jacyln Victor, Ning Baizura, Shila Hamzah)

Assalamualaikum wbt

Bertemu kembali 

Hari ini enchik ingin memberi sedikt review atau ulasan tentang album yang enchik dapatkan baru-baru ini di pasaran . Album 3 Suara . Judul album ni mudah sahaja. Terus . 

3 SUARA.

Enchik dapatkana di pasaran baru-baru ini


Album ini album trio menampilkan Jacyln Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah ( juga dulu dikenali sebagai Shila OIAM)

Enchik mengambil masa lebih kurang 4 hari sebelum membuat review dan ulasan di enchikseseorang ini. Ini adil supaya enchik telah mendalami dan menjiwai setiap track audio di dalam album ini . 

Album ini mengandungi 9 buah lagu dan sebuah hidden track (akustik) menjadikan jumlah track kesemuanya 10 track audio. Di mana enchik mahu mulakan ya?

Baiklah, enchik mulakan dengan pilihan lagu.

Ternyata produksi ini mahu mengembalikan zaman kegemilangan muzik Pop di era 80an-90 an. Secara keseluruhan, setelah mendengar kesemua track berulang kali, melodi terus melekat di telinga, apatah lagi penulisan lirik yang sungguh mendayu-dayu dan menyentuh hati.  Para komposer dan penulis lirik menekankan susunan muzik yang malar segar dan mudah melekat di telinga pendengar. Malah , 3 suara juga hanya melibatkan beberapa komposer dan penulis lirik. Antaranya ialah Irwan Simanjuntak, Kevin Chin, Alywin Santiago, Paul Moss, Tinta S.

Berikut lagu-lagu yang terdapat di 3 SUARA

1) It's a beautiful life *
2) Menari dalam Hujan *
3) Semua Isi Hatimu *
4) Di mana Di mana *
5) Beribu Sesalan *
6) Hanya Satu
7) Mengenangmu *
8) Tomorrow's calling
9) Teman
10) Beribu Sesalan (hidden track)

* - menunjukkan antara yang menjadi kegemaran enchik.

Permulaaan lagu It's a Beautiful Life - pilihan lagu yang tepat untuk memulakan pengembaraan. Mood lagu yang catchy dan lirik yang simple terus menangkap telinga dan mulut enchik untuk turut sama menyanyi . Enchik membayangkan lagu ini untuk lagu semasa latihan aerobik. Poco-poco mungkin.

Manakala Menari dalan Hujan - elemen retro 80an jelas dapat didengari tapi masih menyuntik susunan muzik yang segar. 

Semua Isi Hatimu merupakan lagu pop balada yang pertama setelah pendengar melayani dua track lagu rancak. Ternyata melodinya sungguh indah ditambah dengan penulisan lirik yang cukup mendalam. Pertama kali mendengar terus melekat dalam telinga enchik . Sehingga sekarang, lagu ini menjadi salah satu lagu kegemaran enchik di dalam album ini

Lagu Di Mana Di Mana merupakan single pertama bagi trio ini . Berjaya. Tidak menonjolkan kemeriahan vokal trio ini tapi susunan muzik ini sudah cukup meriah.

Beribu Sesalan. Pertama kali enchik mendengar daripada laman YouTube.com. Bagi mereka yang kebetulan yang mempunyai masalah dalam perhubungan. Lagu ini sesuai untuk anda melayani perasaan kecewa anda. Enchik pun suka sekali dengan paduan vokal trio ini .Lagu ini sememangnya menonjolkan kekuatan vokal masing. Teknik falsetto serta dinamik dapat jelas didengari dari trio ini.

Hanya Satu pula bagi enchik mungkin muzik pop tipikal . Bukan salah satu kegemaran enchik dalam album ini. Namun, lagu ini masih tidak rugi untuk didengar.

Track seterusnya, MengenangMu sememangnya bakal meruntun jiwa naluri anda. Emosi yang dibawa oleh trio ini jelas terus menusuk ke jiwa. Lirik yang ditulis kemas dengan muzik iringan live strings boleh membuatkan anda berlinangan air mata. Daripada verse sehinggalah ke chorus, iramanya terus ke jiwa. Lantas, ia menjadi salah satu lagu kegemaran enchik dalam album ini.

Tomorrow's calling ciptaan Paul Moss merupakan lagu berbahasa Inggeris yang terdapat dalam album ini . Percubaan yang amat baik bagi trio ini mendendangkan lagu berbahasa Inggeris. Masing-masing mempunyai pengalaman . Cuma, ia kurang menyengat di hati enchik.

Teman pula menceritakan tentang erti persahabatan . Sesuai kiranya lagu ini untuk dijadikan sebagai muzik latar belakang untuk slide show atau untuk farewell presentation : P

Track yang terakhir merupakan hidden track. Beribu Sesalan versi akustik. Versi akustik lebih istimewa dari segi susunan muziknya. Jamie Wilson sebagai gitarist dalam menyusunkan lagu ini . Menyengat.

Berikut adalah preview kesemua track dalam 3 suara.(dari YouTube) courtesy dari subscriber jacylnvictorclub



Secara keseluruhannya enchik merasakan pelaburan yang dibuat bagi memasarkan album penuh trio ini ternyata bijak. Tidak menampilkan nyanyian solo, semuanya nyanyian mereka bertiga. Tiada yang mendominasi. Keserataan semua ditampilkan. Mungkin secara peribadi , bagi enchik , alangkah indah dan lebih menarik jika cover album ini lebih diperelokkan. Mungkin kerana ketiadaan masa, tiada gambar trio ini bersama-sama untuk dijadikan sebagai cover album.

Bagi mereka yang pada mula ragu-ragu atau sangsi dengan kebolehan Shila digandingkan bersama Ning dan Jac, album ini bakal mengubah persepsi anda sepenuhnya. Kemampuan Shila dalam menyampaikan lagu-lagu dalam album ini harus dibanggakan.

Dapatkan lah album ini di pasaran sekarang . Pada harga RM31.90, pelaburan ada pasti berbaloi

: )


Monday, February 28, 2011

TIPS : CARA BELAJAR DARI KESILAPAN

Ya, SEMUA orang melakukan kesilapan. Tiada apa yang sempurna di atas diri kita ini. Tiada

Malah, jikalau anda diberi soalan ketika ditemu duga. Sebagai contoh

SOALAN : What is your biggest mistake and what you did to make it right?

ANDA (TIDAK SEPATUTNYA JAWAB MACAM INI) : Saya tak pernah melakukan kesilapan besar dalam hidup saya. Sebab saya dikurniakan dengan ibu bapa yang sentiasa memelihara dan menjaga saya dengan baik. #$%$!!!!

Jangan jadi macam final question ketika Miss Universe 2010, Miss Philippine (Maria Venus Raj)


Apa yang enchik mahu kongsi dengan para pembaca sekalian ialah tentang pentingnya kita belajar dari kesilapan. Enchik pun masih belajar, kita sama-sama belajar ok .

Kesilapan dilakukan oleh semua pihak. Apatah lagi kita yang dewasa ini. Tiap diri kita akan tahu bila kita melakukan kesilapan hanya selepas kita menerima akibatnya. Ketika itulah baru kita sedar yang kita telah melakukan kesilapan.

Setiap daripada kita diberikan pilihan kedua. Pilihan kedua untuk membetulkan keadaan menjadi lebih baik. Kita hanya perlu sedar yang kita telah melakukan kesilapan dan kita berjanji untuk tidak akan mengulanginya lagi .

Sungguh mudah bukan ?

Di sini enchik sediakan beberapa tips untuk kita mula bangkit setelah sedar dari kesilapan..

1) PERTAMA sekali, kita harus dan mesti meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang telah kita sakiti. Mulakan dengan memaafkan orang lain .Dengan kemaafanlah,kita akan dipermudahkan jalan.

2) Setelah kita selesai memohon maaf, kita perlu berfikir dengan tindakan apa yang telah kita buat sehingga kita melakukan kesilapan. Jikalau perlu, pergilah berjalan-jalan di tepi tasik, berehat di Jambatan indah Putrajya(misalnya), atau memandu kereta sendirian (ini yang sering enchik lakukan). Percayalah, dengan minda yang tenteram, kita akan jumpa punca kesilapan kita. 

3) Andainya dalam kumpulan, duduklah berbincang secara berhemah. Sediakan minuman, minuman berkafein mungkin baik kerana ia dapat meningkatkan tahap excitement. Buat kajian dan huraikan statistik. Rumuskan apa punca kesilapan itu boleh berlaku. Dalam konteks ini, post mortem mungkin terma yang lebih tepat. 
Catat apa kesilapan yang dilakukan. Tampal pada dinding kumpulan. Supaya kejadian yang sama tidak akan berulang. Enchik memang mempunyai banyak koleksi sticky notes. Enchik bawa kemana-mana sahaja. Mungkin gunakan kaedah sticky notes berkesan.



4) Seterusnya, anda kena berjanji pada diri anda sendiri supaya tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kembali. Tegaskan dalam hati. Mungkin ada di antara kita mudah terlepas cakap sehingga mudah menyakiti hati orang lain. Tipsnya mudah, KURANGKAN BERCAKAP. Jika mahu bercakap sesuatu, hantar dulu ke otak anda, Tapiskan..... jikalau anda rasa sensitif. USAH.BERHENTI

5) Setelah selesai semua di atas, perkara yang terakhir yang perlu anda lakukan ialah memastikan di masa akan datang kesilapan ini tidak akan berlaku lagi. Bagaimana caranya? Mudah... 
---> Anda sudah menganalisis kesilapan anda.. Anda sudah tampal nota-nota kesilapan anda. 
----> Andai dalam kumpulan, teman-teman lain harus mengingatkan teman masing-masing supaya tidak mengulangi kesilapan itu kembali.

Bagi enchik, enchik selalu berada di nombor 4. Enchik berfikir dahulu sebelum bercakap. Hantar ke otak, proses dan kemudian fikir, apa perlu enchik cakapkan atau tidak? Jika enchik rasa boleh melukakan hati kawan-kawan enchik, enchik DIAM.

Ya, kita perlu untuk bersosial dengan cara komunikasi . Tapi dengan komunikasi yang salah jugalah kita mudah dihukum dan dipandang serong.

If we are strong, our strength will speak for itself. If we are weak, words will be of no help

                                                                                                        -John Fitzgerald KENNEDY..

: )

Sunday, February 27, 2011

Sini Ada Hantu Review dari Enchik Seseorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Enchik berpeluang menonton Filem arahan James Lee, Sini Ada Hantu.

Poster Sini Ada Hantu

Bagi mereka yang belum berpeluang untuk menonton Filem Sini Ada Hantu, berikut trailer bagi filem tesebut.

Review Enchik:

Permulaan filem ini hanyalah dibintangi oleh 3 orang pelakon sahaja, yakni Alvin Wong, Baki Zainal dan Ramasundran.
Baki Zainal

Alvin Wong
Sila klik sini untuk membaca sinopsis(kredit to Gua) >>> Sinopsis Sini Ada Hantu

Secara keseluruhan, permulaan lakonan Baki Zainal sebagai Bakri sedikit kaku. Lakonan bagi menunjukkan emosi garang dan "macho" sedikit kaku. Namun, beliau telah cuba memberikan yang terbaik. Masih boleh dipertontonkan dan dibanggakan.
Kefasihan Ah Meng , dipegang watak oleh Alvin Wong bertutur dalam Bahasa Melayu di samping kebolehan beliau mendalami watak selambanya dikagumi dan menghidupkan cerita ini .

Ya, James Lee berjaya menonjolkan elemen-elemen suspen dan seram tatkala babak Hantu Pokok Pisang bermula. Fasha Sandha sebagai cameo filem ini sedikit sebanyak menyegarkan mata penonton. Fasha tidak berdialog. Hanya perlu duduk dan baring di atas katil. Enchik terus terbayangkan babak di Filem Khurafat tatkala melihat pokok pisang.

Elemen seram diteruskan dengan babak Hantu Nombor Ekor. Pertama kali, enchik tahu jenis hantu cina dan rupa hantunya. Elemen kejam dan thriller berjaya ditonjolkan oleh pengarah dalam babak ini. Apatah lagi, enchik sendiri belum pernah melihat hantu cina bagaimana rupanya.

Hantu Asrama pula menampilkan Qhaud (bekas pelajar AF) sebagai watak utama. Gerak geri tubuh Qhaud seakan-akan seorang pelajar. Sekali lagi , pengarah berjaya menimbulkan elemen seram dan komedi .

Enggan mengulas panjang, enchik sarankan bloggers yang membaca blog enchik ini atau mereka yang membaca review ini agar carilah peluang untuk menonton filem ini.Tidak rugi. Anda akan puas melabur duit anda bagi menonton filem ini apatah lagi di akhir filem ini bakal menaiikanbulu roma anda..: )

Namun ada kesilapan yang enchik kesan dari filem ini......

Anda akan melihat di mana babak Ah Meng dan Bakri berhenti di tepi lebuhraya akibat radiotor van panas (katanya....). Akan ada muncul sebuah lori bernama Tuah dilihat seakan-akan mahu melanggar Ah Meng. 
Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan dan babak itu ditinggalkan dengan penonton di mana tertinggalnya kasut sneakers Ah Meng di bahu jalan lebuhraya itu.(Maknanya Ah Meng hanya memakai sebelah kasu sahaja kan)..... Tetapi, pada babak akhir, kita dapat lihat Ah Meng muncul dengan kedua-dua belah kasut...

Keduanya.. di babak di mana van mereka berhenti di tengah-tengah hutan bersama keranda itu(teringat kembali babak Khurafat).... telefon bimbit Ah Meng dan Bakri tiada signal (maknanya tidak boleh ada sebarang panggilan masuk), tetapi secara tiba-tiba panggilan dari bos mereka masuk...
walaupun Bakri dengan memberitahu kepada bos bahawa signal tak clear---> "line tak clear bos!", tapi mana mungkin panggilan dapat masuk kan....?

Selamat menonton... tak rugi!! besttt

: )

Saturday, February 26, 2011

Assalamualaikum

Assalamualaikum Pembuka Bicara

Lama kiranya enchik tidak menulis apa-apa di laman enchikseseorang ini. Enchik akui, enchik seakan -akan melupakan dunia di laman enchik ini .Enchik seakan-akan sibuk dengan tugas seharian selain daripada menguruskan penyelidikan enchik seperti selalunya. Kalau dunia ini mempunyai masa yang lebih dari 24 JAM , tentu enchik memanfaatkan sepenuhnya..!

Insyallah , enchik akan kemaskini blog enchik dalam masa terdekat.

Wassalam

: )