para pengikut

Sunday, October 31, 2010

AKTIVITI-aktiviti (FRIM-MELAKA)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Huhu, lambat enchik mengemaskini blog ini, Sangat sibuk dengan kerja sekarang ini dan pergi kenduri kahwin kawan. Even nak kemas kini status kat fb pun kadang-kadang tak sempat. Jadi, takpe,m enchik akan menulis aktiviti-aktiviti sepanjang keterdiaan enchik.

Kita mulakan pada hari Khamis, 28hb Oktober 2010

Seperti yang telah dijanjikan , enchik ke FRIM, Kepong bagi menganalisis data minyak pati dari pokok Bonglai. Jadi, enchik ke sana . Dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, enchik hanya memerlukan selama 2 jam lebih sahaja untuk menganalisis minyak pati . Dalam tengahari, enchik terus pulang ke Putrajaya, dan sehingga petang enchik tidur, Letih, sebab 2-3 hari ini, jadual tido agak terganggu, makanya, enchik menebus balik baki tidur itu.

Di sinilah enchik menganalisis data minyak pati

Jumaat , 29hb Oktober 2010

Pada hari Jumaat pula, enchik sibuk mengemas makmal. Sebab pada hari Isnin minggu depan ada audit dari Sirim bakal menjengah untuk membuat inspeksi terhadap makmal-makmal penyelidikan di Fakulti Sains, UPM. Makanya, selepas sembahyang jumaat, enchik dan rakan-rakan lain mengemas makmal . Malamnya pula, enchik menemankan rakan enchik ke Jusco Cheras Selatan. Kawan enchik mintak tolong temankan dia beli hadiah untuk kawan kami yang akan berkahwin esok (Sabtu). Jam 10.30 baru enchik selamat sampai di rumah setelah semuanya selesai. Selesai Isya', enchik terus melompat atas katil untuk tidur. Letih kot!

Sabtu, 30hb Oktober 2010

Perjalanan seawal 11 pagi menuju ke Taman Tasik Utama, Ayer Keroh , Melaka membawa kami yang berkonvoi sebanyak 2 kereta ke rumah kawan kami yang melangsungkan persandingan.



Selepas selesai , kami pula menuju ke rumah kawan kami yang kebetulan terletak di Merlimau, Melaka. 

Kemudian, kawan-kawan dan enchik (yang berkonvoi 2 kereta) menuju pula ke Umbai, sebuah lokasi hidangan ikan bakar yang terkenal di Melaka. Kami sebelum itu pergi ke Restorang Terapung yang mempunyai jeti untuk merakamkan momen-momen bersama kawan-kawan.



Dan enchik sangat sukakan gambar ini
:)



Kami selesai makan-makan, dalam jam 9.00 malam kami bertolak pulang ke Putrjaya, Serdang. Dalam 11.30 malam enchik sampai di rumah. Keletihan. Dan terus tidur setelah selesai membersihkan diri.

Ahad , 31hb Oktober 2010

Enchik mula merasakan kurang sihat. Enchik tak nak demam. Enchik banyak kerja nak buat.Malah sedang menatap data-data untuk presentation master enchik. Enchik tak nak demam. Kuatkan semangat.

: (


No comments:

Post a Comment

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.