para pengikut

Sunday, October 24, 2010

Hari Ahadku

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hari ini hari Ahad, dan selalunya aku akan masuk lab as usual  . Memang itu rancangan asal, dan memandangkan aku dah bukak oven untuk keringkan sampel bahan aku (di mana aku kena juga tutup oven itu hari ini).

Berbalik kepada cerita, memandangkan adik aku bernama Shafiq Azid pun ada di Putrajaya ni sebelum dia balik ke Nilai, tempat dia belajar, jadi aku pun nak ajak dia jalan-jalan di Alamanda untuk makan tengahari di sana. 
Entah idea mana datang , tiba-tiba aku ajak adik aku tengok wayang, dan kami berdua setuju nak tengok cerita Buried lakonan semata-mata Ryan Reynolds. Semata-mata Ryan Reynolds.

Klik sini untuk trailer Buried

Selepas menonton filem Buried, kami cepat-cepat pergi surau untuk solat Zuhur dan selepas itu kami pergi makan tengahri walaupun dah jam 4 petang!  di Black Canyon di Alamanda .


Aku makan yang atas, lupa nama menunya


dan Shafiq Azid makan atas ni.

Selepas kami selesai makan , aku masuk sebentar ke MPH Alamanda, jujur, aku suka masuk kedai-kedai buku macam ni, sangat menenangkan, i can spend hours dalam tu sebab macam-macam boleh baca dan dan jika buku itu sangat menarik, sudah pasti aku akan membelinya (selalunya aku akan kumpul duit kemudian  baru beli)  , dan aku tak sedar berapa lama aku berdiri membaca sebuah buku ini.Khusyuk

Insyallah, aku akan beli buku ini suatu hari nanti. :P


Dalam lingkungan jam 5 petang kami pun pulang dan aku terus memandu kereta hantar Shafiq Azid ni balik ke Nilai . Selepas selesai hantar adik aku kat Nilai, aku terus memecut laju (80km/h jah!)  ke UPM sebab baru aku teringat aku kena dan mesti tutup Oven tu . 
Selepas maghrib, baru la aku pulang ke Putrajaya dan menyaksikan Festival Filem Malaysia dan tahniah kepada Lisa Surihani kerana menang Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Lagenda Budak Setan


Suka tengok muka Lisa, So innocent

Jadi, beginilah hari Ahad aku pada minggu ini. Rasanya nanti jika ada filem-filem yang menarik, aku dah cakap dekat Shafiq Azid supaya kena balik Putrajaya dan kita tengok sama-sama.Insyallah. Tiada apa yang lebih menarik dari luang masa dengan orang-orang yang anda sayangi

sudah tentu saya sayangi diri saya sendiri juga.

dan saya pun sayang Shafiq Azid juga
Owh, lupa beritahu Shafiq Azid pun ada blog, jenguk-jenguk la blog Shafiq Azid klik --> sini


owh kawan-kawan, jam menunjukkan lagi 4 minit ke hari Isnin tatkala aku menulis entri kali ini
Selamat tinggal hari Ahad, Selamat datang Hari Isnin...

Jadi , macamana hari AHAD anda minggu ini?

: )

4 comments:

  1. salam...

    terliur tengok makanan dekat atas tue, minta sikit boleh heheheh(",)

    ReplyDelete
  2. sy xde weekend...haha...neway nak gigi lawo macam lisa surihani!!!!!

    ReplyDelete
  3. AMY : haha..bleh , tapi dah masuk dalam usus kecil ni

    theshida : tau tak lisa pun dulu seorang besian!!!

    ReplyDelete
  4. tahniah kt Lisa..huhu.. besian tu menda??

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.