para pengikut

Thursday, December 2, 2010

Membina Semangat yang hilang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .

Hari ini enchik nak post entri tentang sesuatu keadaan di mana enchik rasa setiap daripada kita akan merasainya.

Mungkin hari ini kita bersemangat untuk melakukan sesuatu, bersemangat sehingga kita fokus dalam melakukan sesuatu kerja sehingga kita membuat OT .Betul kan ? (atau kita OT sebab kerja byk?). 

Tetapi pernah anda merasa di mana tiba-tiba semangat anda untuk melakukan kerja atau tugasan itu hilang entah ke mana dan anda merasa stress sangat, sehingga anda mengeluarkan perkataan

"BOSANNYA hari ini"

walaupun pada hakikatnya BEGITU BANYAK kerja yang belum diselesaikan . Tentu pernah kan .

Pernahkah anda melalui saat di mana waktu pagi anda punch kad anda sebelum jam 8 pagi , tetapi sehingga jam 12 tengahari anda langsung tidak menyentuh apa-apa tugasan atau kerja yang perlu dilaksanakan .Tentu pernah bukan?

Dan pernah kan , sebelum anda mahu melelapkan mata untuk tidur, anda mengeluh sambil berkata

" Ya Allah, apa yang aku buat hari ini?"

Ya, enchik sendiri pun kadang kala mengalami keadaan sedemikian. Boleh jadi dalam seminggu tu , momentum kerja itu menurun. Enchik sendiri kesal dengan apa yang berlaku. Kerja pun satu ibadat.Ilmu pula wajib dituntut oleh kita sebagai umat Islam . Apatah lagi dengan ilmu sahaja, kita boleh berjaya. 

Enchik hanya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang fakta yang menarik, yang pernah enchik baca dari satu petikan di dalam majalah .

Tahukah anda bahawa 40 % kerja berjaya disiapkan dalam satu hari dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi?
Menarik bukan?

Dengan fakta itu lah membuatkan enchik gigih bekerja(atau membuat research dalam hal enchik ini) sebab enchik percaya bahawa, bila kita datang awal untuk bekerja, lebih banyak kerja dapat disiapkan . Pagi lebih tenang, lebih segar dan lebih mudah melakukan kerja. Malah , mak enchik selalu berpesan pada enchik.

Pergi kerja awal pagi banyak hikmahnya, Pintu rezeki buka awal pagi ....

Tetapi...... kadangkala enchik ni suka sangat buang masa waktu pagi . Kadang-kadang melawat kawasan la, melawat kawan2 di tempat lain la. Dan kadang kala enchik selalu juga tewas untuk bangun awal. 

Kesimpulan entry enchik pada hari ini adalah, jika kita merasa kita hilang semangat untuk melakukan sesuatu, peganglah kata-kata orang bijak pandai. Perkara itulah yang membuatkan kita semangat untuk berkerja dan melakukan sesuatu tanpa rasa jemu . Tidak semua perkara di dunia ini mudah . Hanya dengan berusaha sahaja kita mampu berjaya . Jika enchik berpegang pada kata-kata mak enchik, anda pula?

Wassalam



6 comments:

  1. bersabar dan tempuhi dengan hati yg rela.

    ReplyDelete
  2. apesz : insyallah .. u to apezs.... sama2 la kita mengharungi

    : )

    ReplyDelete
  3. owh enchik postgraduate UPM...i'm undergrad UPM yg dah grad...haha

    ReplyDelete
  4. betul tu rezeki tak datang bergolek, kena ada usaha... berapa tahun lg di upm? ganbarimashou...

    ReplyDelete
  5. man yusoef : yup tau, enchik baca dari profile blog man.. hehe.. enchik almost 5 tahun membina sarang di upm ni, tak sabar rasanya mahu terbang tinggi meninggalkan sarang dan membina sarang yang lebih baru dan selesa...(mendalam bukan...)..hehehe..

    hanis : rezeki datang dari Ilahi, bersyukur itu satu kewajipan, supaya rezeki yang bergolek itu tidak melekakan dan mambutakan mata ...setuju?

    huh...sungguh emosi enchik ari ni..

    ReplyDelete
  6. lama tak kena tag post camni..hehehe :)

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.