para pengikut

Wednesday, March 2, 2011

PUTRAJAYA SENTRAL

Assalamualaikum wbt 

Malam ini enchik nak menulis entri tentang Putrajaya Sentral. Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai Putrajaya Sentral ini , ia merupakan seakan-akan KL Sentral yang berfungsi sebagai pusat menaiki tren ke KLIA/LCCT . Sebenarnya, Putrajaya Sentral ini dulu dibina dan dimajukan adalah untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di wilayah Putrajaya ini. Direncanakan untuk membina monorail bagi memudahkan pekerja-pekerja sektor awam di Putrajaya menaiki tren ke pejabat mereka.

Senang cerita, kalau nak ke ofis, hanya perlu parking kereta di Parkir lot yang disediakan dan kemudian naik la tren ini ke pejabat mereka. Yerla, nak mengelakkan jem yang teruk . Tapi projek itu tergendala dan tidak disiapkan sepenuhnya. Kecewa kan

Akan tetapi, menurut kawan enchik yang bekerja di sektor pembinaan dan arkitektur, pembinaan tren ini akan dimulakan kembali .

Perkhidmatan bas NADIPUTRA , yakni bas intercity pun ada di Putrajaya Sentral.
Tapi, sekitar tahun lepas, Putrajaya Sentral telah membuka laluan bagi bas-bas ekspres untuk keluar negeri. Jadi, mudahlah bagi mereka yang menetap di Putrajaya, tak perlu lah ke TBS atau Bukit Jalil untuk pulang ke kampung halaman semasa hari raya (apakah?......).

Cukup panjang mukadimah tentang Putrajaya Sentral ini. Baik, bagi mereka yang tidak tahu dimana lokasi Putrajaya sentral ini, ia terletak betul-betul opposite dengan Hospital Putrajaya. Tak tau mana Hospital Putrajaya?? >> sila la cari signboard once anda di Putrajaya ya?!

Malam tadi sekitar jam 8 malam , enchik dan kakak enchik pergi menghantar adik enchik ( sila klik <<-- di sini untuk membaca blog adik enchik)  pulang ke kampung halaman enchik yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Naik bas ekspres.

Enchik pernah juga menghantar beberapa kawan enchik di Putrajaya Sentral ini. 

Ala-ala airport kan??

Banyak kemudahan di sini, ada ATM (Maybank), surau, tandas(itu sudah pasti), tempat menunggu, cuma tempat makan je takde, Tapi bagus juga tempat makan takde, nanti kotor pulak Putrajaya sentral ini.

Ada kaunter tiket Konsortium untuk ke utara seperti Kangar

Sudah tentu ada kaunter tiket bas kan...


Ada juga mini kedai runcit untuk mereka mendapatkan makanan ringan untuk dimakan ketika dalam bas seperti roti...


Ada juga ruang rehat/tempat menunggu .Boleh makan-makan sebelum menunggu bas.
Selain itu ada juga kiosk-kiosk yang menjual beg-beg tangan . 

Ini pula ruang menunggu bas. Nak peluk-peluk cium ke sebelum mengucapkan bye-bye kepada kesayangan pun boleh


Pendek cerita, kemudahan itu ada. Kita je kena memanfaatkan. 

Ok sampai sini sahaja ya entri enchik malam ini. Thesis enchik belum siap lagi. Matila, nanti mesti kena membebel dengan kawan enchik kalau dia tahu enchik tak wrting-writing ni .Jangan marah ya. Nanti kena gigit!.hehehe


: )

5 comments:

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.