Sepertimana tajuk entri enchik pada kali ini , enchik ingin sekali berkongi kepada pembaca semua sedikit sebanyak tentang kehidupan enchik sebagai pemakai Pendakap Gigi. Bagi yang tidak tahu, enchik seorang pemakai Pendakap Gigi dan enchik telah memakainya hampir satu tahun 4 bulan .
![]() |
Pendakap Gigi |
Sebelum itu, enchik nak terangkanlah serba sedikit tentang Pendakap Gigi ini. Pendakap gigi atau braces ini merupakan satu cara atau inisiatif untuk mereka yang mengalami masalah susunan gigi.
Tahukah anda semua bahawa , jika di Malaysia, kita memanggilnya sebagai Pendakap gigi, di negara-negara lain, pendakap gigi dikenali sebagai :
Indonesia - kawat gigi
Filipina - tirante
Sepanyol - tirantes
Jerman - Zahnspange
Belanda - bretels
Crotia - proteza
Entri kali ini enchik nak berkongsi sedikit sebanyak tentang transformasi hidup sebagai seorang pemakai pendakap gigi. Erm, maksud enchik bukanlah transformasi ala-ala Miss Universe Malaysia ke apa, tidak ya .
![]() |
Kimberly Leggets , ikut beliau di Twitter @kimmyleggs Miss Universe Malaysia 2012 |
Tetapi enchik nak berkongsi kepada pembaca sekalian tentang perubahan yang berlaku terhadap diri enchik semasa memakai pendakap gigi .
(1) Perubahan EMOSI
Saraf di gigi dan gusi merupakan saraf yang paling sensitif di dalam badan manusia. Jadi, cubalah anda bayangkan jika gigi anda ditarik, makanya gusi anda juga akan turut terkesan lalu mengakibatkan saraf gusi anda berasa amat sakit. Apatah lagi apabila, gusi anda perlu dipotong bagi membolehkan gigi anda tertarik dan menjadi rapat (ini berlaku kepada enchik). Pedihnya tidak terkira. Apabila saraf itu terganggu, ini sedikit sebanyak mengakibatkan gangguan emosi secara total. Rasa hendak marah sahaja.
Tetapi gangguan emosi marah ini hanya la berlaku di awal pemasangan pendakap gigi sahaja. Badan kita sedang cuba menyesuaikan perubahan ini . Namun, setelah hampir setahun lebih, alhamdulillah, enchik sudah dapat menyesuaikan diri dengan ini
(2) Perubahan Selera Makan
Perubahan selera makan enchik secara amnya telah berubah mendadak. Pada peringkat awal pemasangan pendakap gigi ini, enchik tidak boleh langsung untuk mengunyah nasi, malah mi goreng pun tidak boleh . Apatah lagi cuba mengunyah makanan pepejal lain seperti , burger, daging, dan sebagainya. Pada sebulan pemasangan pendakap gigi ini, enchik hanyalah memakan makanan seperti bubur, bubur dan bubur. Sebulan yang amat menyakitkan .
Tetapi, setelah sebulan , enchik sudah mampu untuk makan makanan seperti biasa tetapi enchik tetap tidak boleh memakan makanan keras dan liat seperti daging dan kerepek. Malah, nak makan burger pun harus makan satu persatu. Tetapi, tanyalah mana-mana pemakai pendakap gigi ini, berapa ramai yang melanggar pantang larang untuk tidak makan makanan keras! (termasuk enchik)
![]() |
Antara makanan terlarang di awal pemakaian Pendakap gigi |
(3) Perubahan Berat Badan, Bentuk Wajah dan Fizikal
Ini benar berlaku. Betul!.
Biarlah gambar menceritakan segalanya
![]() |
Perubahan fizikal dan struktur wajah |
Mungkin kerana proses penarikan gigi menyebabkan sedikit sebanyak struktur muka juga berubah. Tidak dinafikan juga, perubahan dari segi penurunan berat badan juga merupakan salah satu transformasi seorang pemakai pendakap gigi. Ini kerana, perubahan dari segi diet makanan seharian si pemakai pendakap gigi. Oleh itu, penurunan berat badan akibat pemakaian pendakap gigi juga sudah menjadi stigma dalam masyarakat seharian kita.
Kesimpulan, tujuan entri enchik kali ini bukan sahaja untuk berkongsi pengalaman enchik memakai pendakap gigi, malah juga diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada mereka yang sedang berfikir untuk memasang pendakap gigi. Sekarang pun , pemakaian pendakap gigi seolah-olah menjadi trend dan dikatakan merupakan satu aksesori.
Cadangan enchik bagi mereka yang memasang angan-angan untuk memakai pendakap gigi, ada beberapa perkara yang perlu disediakan dari segi KEWANGAN dan EMOSI. Bak kata pepatah terkenal :
BEAUTY IS PAIN
Wassalam