para pengikut

Saturday, September 15, 2012

Anda GAY? Mari Buktikan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ahaaa, entri enchik kali ini ringkas sahaja. Merujuk kepada salah satu artikel online yang disiarkan di laman web www.mstar.com.my.


Kementerian Pelajaran Nafi Sahkan Garis Panduan Kenali Golongan LGBT
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah memberi pengesahan kepada mana-mana pihak menyedia atau mengeluar garis panduan mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk tujuan pengedaran ke sekolah seluruh negara.
"Pengesahan kepada garis panduan tersebut tidak pernah dikeluarkan," menurut kenyataan KPM sebagai merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkaitan pengesahan garis panduan LGBT yang dibincangkan di Seminar Keibubapaan mengenai isu LGBT di Pulau Pinang pada 13 September lepas.
Menurut kenyataan itu, KPM memandang berat isu LGBT yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini dengan mengambil beberapa inisiatif memerangi gejala tersebut.
"KPM akan sentiasa memberi bimbingan secara langsung dan tidak langsung kepada semua murid (dan pelajar) untuk mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini," menurut kenyataan itu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pihak kementerian menyokong satu 'Garis Panduan' kepada ibu bapa untuk mengenal pasti 'simptom' Gay dan Lesbian padaanak mereka bagi mengambil langkah untuk membetulkan keadaan itu.
Antara isi garis panduan itu adalah, "Simptom" gay mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan sertasuka membawa beg besar sama seperti yang digunakan wanita apabila keluar manakala "Simptom" lesbian adalah tertarik kepada wanita serta gemar keluar, makan, dan tidur dengan wanita- BERNAMA

Menarik apabila mendapat tahu tentang isi garis panduan "Simpton" LGBT tersebut.
Secara ringkasnya
1 ) Lelaki berbadan sasa - GAY
2) Lelaki yang gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V -GAY
3) Lelaki yang bawak tote bag untuk ke ofis - GAY
Baik. kalau begitu, apa kata semua lelaki-lelaki nanti kita tak payah sibuk-sibuk berjogging bagai semua. Nanti kalau badan kita cantik ada muscle semua, tak pasal-pasal kita dilabel sebagai orang yang mempunyai simpton LGBT. Hadirkan diri anda di kaunter-kaunter fast food berdekatan, Tambahkan lemak dalam badan anda. 
Ingat, SASA itu GAY!
Tentunya, mereka-mereka di bawah ini keseksualitaan mereka harus dipertikaikan.
David Beckham

RF

Jadi, adakah anda GAY? buktikan!

: )

p/s:  Alamak, enchik ada beberapa helai baju berkolar V, bukan apa, tengah ada sale murah di PDI. Jadi belilah. 


10 comments:

  1. macam-macam, kadang redha dengan hak-hak mereka buat garis panduan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU LA PASAL ..

      lepas ni kena buang la kolar V shirt

      Delete
  2. ahahahaha... aku hnya mmpu gelak je... sebabnya gay ngan lesbian ni hnya akan dikenalpasti kalo mmg pernah nmpk diorg melakukan perkara diluar tabie je.. tp kalo nk judge org dr luar mmg x la.. lgi stu, org yg gemuk dan x bergaya pon belum tentu str8.. aku ckp mcm ni sbb aku kenal ngan sorg member aku ni...ahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. tak semua orang berkolar V berbadan sasa itu gay

      Delete
  3. alamakkk...gitu ker garis panduannya
    sasa...ermm

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu hanya andaian sahaja.. enchik pun tak bersetuju

      Delete
  4. anas letak blog ni dalam blogroll oktober blog anasyg k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohmaiii. terima kasih anasyg .....
      enchik hargai . apatah lagi enchik hanyalah blogger yang baru belajar bertatih

      Delete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.