para pengikut

Friday, September 21, 2012

Persepsi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Harus berterima kasih dahulu andai kalian sudi mecuri masa kalian untuk menjengah dan membaca entri enchik kali ini. Ya, agak panjang. Terima kasih. Sebab itula.

Baiklah, hari ini enchik hendak berkongsi anda tentang satu kisah yang berlaku terhadap enchik dan adik enchik petang tadi dan perkara yang ingin enchik kongsikan kepada anda ini mungkin juga pernah berlaku terhadap anda.

Hari ini enchik seperti mahu menikmati makanan di salah satu restoran berkonsepkan Kopitiam di sini. Klik ---> sini jika anda tidak tahu apa itu makna Kopitiam. Seperti biasa, enchik memesan makanan. Tidak selera mahu menikmati nasi, tetapi tidak mahu menikmati roti. Makanya, enchik memilih mi.

Seperti biasa, di mana-mana Kopitiam, pelayan akan menyediakan sudu dan garfu terlebih dahulu sebelum makanan yang dipesan siap. Baik, ini yang berlaku.

Lebih kurang 3 minit selepas enchik selesai membuat pesanan, seorang pelayan datang ke meja enchik dan meletakkan penyata bil dan juga sudu, garfu dan juga beberapa keping tisu. Berdekatan dengan meja enchik, kelihatan 6 orang pelanggan berbangsa Cina juga selesai membuat pesanan. Pelayan itu pula meletakkan sudu dan chopstick di meja mereka.

 Setelah menunggu hampir 5-10 minit, hidangan enchik pun siap terhidang. Tidak lama kemudian, hidangan di sebelah meja enchik juga telah siap dihidangkan. Ah, kelihatan di situ makanan yang enchik pesan adalah sama dengan salah seorang di antara 6 pelanggan tersebut. Timbul satu rasa kehairanan dalam diri enchik apabila memikirkan, mengapa pelayan tersebut tidak meletakkan sudu dan chopstick untuk enchik, tetapi hanya memberi sudu dan garfu?. Bukan nya enchik tidak pandai menggunakan chopstick, malah keadaan di sekolah enchik dahulu majoriti adalah pelajar Cina. Jujur enchik katakan, sebahagian dalam diri enchik, cara kerja banyak dipengaruhi oleh mereka dan enchik selalu dan pandai menggunakan chopstick,

Mungkin kah kerana mind set pelayan tersebut ialah, hanya kerana enchik bukan berbangsa Cina, makanya enchik tak perlu sudu dan chopstick, ataupun mungkin kerana pelayan tersebut membuat anggapan awal bahawa enchik tidak pandai atau tidak mahu menggunakan sudu dan chopstick?. Ok, baik, cuba kita terbalik kan situasi. Bayangkan jika, 6 pelanggan tersebut tidak diberikan sudu dan chopstick, tetapi diberikan sudu dan garfu? Apakah reaksi mereka? Adakah mereka akan meminta pelayan tersebut menukarkan sudu dan garfu dengan chopstick?



Sumber www.google.com
Inilah yang dikatakan Persepsi.

Dari segi maksud : Kamus dewan (Dewan Bahasa Pustaka) mentafsirkan Persepsi sebagai

(persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. 

Apabila seseorang membuat tanggapan atau andaian yang sudah sebati di dalam diri. Di dalam kes ini, persepsi pelayan tersebut, ialah enchik Melayu, jadi tak perlulah diberi sudu dan garfu, begitu juga sebaliknya.

Setiap individu mempunyai persepsi mereka ya

Entri ini disimpan lapuk di dalam draf . Baru malam ini enchik mahu menerbitkannya

Sekian

p/s : Entri berikutnya bersiaran langsung dari Bukit Bintang 

1 comment:

  1. ya lah tu kot

    mcm aku smpai skrg tak reti guna menatang chopstick tuhh

    okla, xdela mereka nak susah2 kemas nnti..xpe, ko nak ko mintaklah...mereka pun pk mcm tuh

    hoho

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.