para pengikut

Tuesday, January 26, 2016

Januari 2016

Hi

SELAMAT Pagi

Tahu sudah lama rasanya tidak post something kat sini.

Dulu di sinilah luahan hati dibukukan.

Tahun 2016

Ada sebab kenapa aku memilih tarikh 26 Januari 2016

1. Pada usia 26 la aku mula mengenal seseorang yang kini sudah separuh sebati dalam diri aku

Itu sahaja sebab nya ,,,,

Banyak benda yang nak dicapai untuk tahun ini.Mengimbau kembali tahun 2015, banyak sangat perkara yang berlaku, yang baik mahupun buruk. Melibatkan kerjaya ataupun melibatkan hati dan perasaan.

Alhamdulillah, kerjaya baru agak mencabar, hampir 2 tahun bekerja di sector penyelidikan. Suatu bidang yang memang aku gemari dari belajar lagi. Membuat penyelidikan.. Kerja adakalanya mencabar, adakala agak tenang. Masih punya masa untuk bersosial dan bersuka ria

Berjaya juga mencapai impian untuk menjejaki salah satu Negara Asean. Vietnam dan Bandung. Itu resolusi tahun 2015

Untuk tahun 2016.

Teringin sekali ke Lombok ataupun Jogjakarta. Dengar, sana menarik.
Mungkin Ho Cinh Min lagi sekali ?

Apabila bercakap mengenai hati dan perasaan, sumpah, perasaan aku terhadap dia dari 2012 tak pernah pudar. Perasaan sayang itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Adakalanya, aku lebih memikirkan dirinya LEBIH dari diriku. Apa jua aku lakukan, selalu meletakkan dirinya di atas selepas family dan tuhan, kemudian barulah aku.
Cinta memang mampu membuatkan kita melakukan benda yang kita tak pernah jangka.
Itulah cinta dan sayang.

Tetapi aku juga manusia, punya jiwa dan perasaan. Adakah salah untuk aku andai pada waktu dan ketika, aku inginkan perhatian. Ada sekelumit naluri dalam hati aku menyatakan perasaan dia terhadap aku seakan pudar dan tidak seperti dahulu. Atau, aku sendiri yang kuat bermain dengan perasaan dan terlalu berfikir terlampau dalam ?

Tak minta lebih, tak minta banyak, aku cuma hendak dirinya yang dahulu.
atau mungkin ini sebenarnya dirinya.
dan aku harus belajar mengenalinya seperti sekarang.

Jujur dan setia. Itulah yang aku cuba terapkan dalam hati aku. Aku tak mampu menipu andai bersamanya. Apatah lagi cuba berlaku curang. Sebab bagi aku, cinta harus memiliki hati dan jiwa pasangan.

Cukupla panjang lebar aku cerita mengenai perasaan aku .
Aku cuma tahu, aku memang sayang dia SF
dan tak pernah berubah


TAHUN 2016 - aku mengharapkan sesuatu yang indah bukan sahaja dari segi kerjayaku, malah dalam perhubunganku. Mana mungkin aku mampu melepaskannya


Salam

p/s : rasanya perlu aktif kembali berblog, sebab kat sini segala boleh kita luah dan tulis, bukan penting berapa ramai yang baca, tapi daripada memendam sendiri.

No comments:

Post a Comment

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.