para pengikut

Sunday, January 6, 2013

ILUF.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hai .

Permulaan tahun baru 2013 tidahklah semeriah. Banyak perkara berlaku . Itupun kerana kesalahan sendiri.

Cuba sebaik mungkin untuk memperbaikinya semula. Sebaik mungkin. Mana mungkin mahu menghilangkannya
Hanya berharap agar #hati ini masih lagi di hati nya.


Momen momen sedih itu.....


Lunch @ PuduSentral

Kumpul duit pegi Paris sama-sama jom!




p/s : cinta sayang dia -KF-

Friday, January 4, 2013

kosong

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hai

Lama tak menyinggah,

Rasa sayang, cinta dan rindu bukan lah dibina dalam masa sehari dua. Namun apabila rasa itu telah menebal di dalam dada, ia membara di dalam diri sehingga menjadikan hidup berbunga-bunga.

Dalam perhubungan misalnya, ia penuh dengan pasang surut, ibarat ombak. Ombak besar bisa merobohkan mahligai kaca yang kukuh dibina. Bohong jika hubungan itu hanya senantiasa di alam gembira. Itu hanya di alam fantasi mungkin. 

Satu pelajaran bagi anda semua dan bagi diri sendiri juga, bila rasa sayang itu semakin menebal, jauhkanlah dari perkara-perkara yang boleh "menghakis rasa itu hingga ia boleh menjadi kosong".

Sungguh, diri ini amat khilaf. Tiada yang sempurna. Membiarkan emosi merajai diri sehingga memakan diri sendiri dan orang lain. Membiarkan perasaan yang sentiasa takut kehilangan orang yang anda sayang memungkinkan membuatkan ia menjadi kenyataan.

Buat diri ini, hanya mampu bersedih kuat dalam hati tatkala air mata menitis lebat ke pipi. Sedar akan kesalahan diri.  

p/s : tiada sedetik pun sehingga ke hari ini, rasa itu kurang mahupun pudar. Sungguh ia masih kuat bernyala. Katakan juga di hati anda , adakah ia masih menyala seperti dahulu ? Maafkan saya. tulus ikhlas. -KF-

Thursday, November 1, 2012

BOS + ASTHMA + WARDED + RAYA HAJI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Maaf kerana lama tak menyinggah kat sini.

Enchik masuk wad. 2 hari.

Raya Haji pun seperti tidak beraya. Saudara mara datang melawat. Sehingga merasa segan pula. 

Puncanya? Demam + Sakit Tekak + Asthma + Jangkitan Paru-paru 

Terus kena admitted kat Hospital Putrajaya.

Terima kasih juga kepada mereka yang sudi melawat enchik di hospital, mendoakan kesihatan enchik bertambah baik. 

********

Apa itu BOS? Blue Ocean Strategy. Sakit-sakit masih perlu membuat assignment perihal GTP, NKRAs sambil disuruh membaca buku BOS. Mujur sempat siapkan mengikut dateline yang diminta. 

Raya Haji anda bagaimana? 




: )


p/s : Sehingga sekarang masih belum pernah melihat korban dan bertugas melapah daging korban.

Monday, October 22, 2012

semangat kian luntur.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Esok hari penting.

Tapi semangat kian luntur.

Hanya mampu berbaring berselimut. Sakit tekak dan demam.

Tuhan, moga engkau memberikan aku kekuatan untuk aku menempuh hari esok dengan baik.

..... berseorangan.


p/s : Insyallah esok akan lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam


SILA AMBIK CERMIN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Ada orang main terus tuduh menuduh.
Konon dalam gambar itu ada adegan sentuh menyentuh bukan sesama muhrim.
Terus komen dengan pedas konon kami bersentuh bukan muhrim.

Walhal, ilusi gambar.
Tangan tidak bersentuh LANGSUNG.
Tangan kawan enchik di depan tangan enchik. Bila dalam gambar nampak bersilang,
Macamlah kami ni tak pandai hukum hakam.
Pe kehalnya bodoh sangat , terang nyata tak bersentuh.

Lalu, selongkar profil beliau.
Ahh. gambar profil sendiri memakai seluar pendek atas paras lutut sambil bersinglet.
Sekarang kau nak cakap pasal hukum agama? Aurat sendiri tidak terjaga.

Bro, cermin diri dulu. Awak pun tak sebagus mana.
Nak tuduh dan main serkap jarang macamtu.

Terang-terang kau dapat dosa.
Kami dapat pahala.

Amin

p/s : Memang tak bleh blahhh

Thursday, October 18, 2012

cepat tangkap atau mudah faham?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Mula membaca tentang BLUE OCEAN STRATEGY .

Bukan apa, nak cuba mengetuk pintu ke rumah orang, haruslah menyiapkan diri terlebih dahulu, karang kalau ditanya soalan yang mencabar minda dan akal fikiran. Haa, tak terjawab nanti, padahla diri sendiri, nak mengadu kepada siapa siapa pun dah tak berguna dah. 

Tidak rasa pun diri ini terlampau bijak .

Biasa-biasa sahaja. Semuanya pinjaman dari Yang Maha ESA.

1) Mungkin enchik ni seorang yang senang tangkap akan sesuatu perkara baru.

2) Mungkin juga benda ini mudah difahami. Budak darjah 6 pun mungkin mudah faham.

Rasanya enchik memilih yang kedua. benda ini mudah difahami. Nak kata enchik ni mudah tangkap, tak jugak. Kalau mudah tangkap, masakan perlu belajar satu bab itu 5-6 kali. Tetap time exam, tak score pun!.

Kalian macamana? Kalian yang cepat tangkap ?

woot woot

Gambar yang tiada kaitan dengan entri. Hanya mahu berkongsi kegembiraan dengan kalian.tamat sudah pengajian Sarjanaku.......

 : )

p/s: cemburu dengan mereka yang cepat tangkap bila study. Baca sekali paham. 

Friday, October 12, 2012

Cerita seram semalam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Malam semalam. Enchik terjaga jam 3.00 pagi. Kedengaran seakan-akan lantunan guli di tingkat atas apartmen. Berulang-ulang kali. Seolah-olah budak bermain guli sambil berlari. Mustahil budak bermain guli jam 3 pagi.

Terus je kumat-kamit enchik membaca surah-surah lazim dan ayat kursi. Mujur tidak lama selepas itu ia berhenti.

Terbangun sekali lagi jam 4.30 pagi. Bermimpi jelmaan yang agak menyeramkan menumbuk perut enchik. Bangun je badan enchik terasa sakit-sakit.

Malam Jumaat pula tuh.

Anda pernah mengalaminya? Mohon kongsi pengalaman anda dan cara yang kalian lakukan ketika berhadapan perkara tersebut.

 : (

p/s: Mungkin sebab terlupa untuk membaca yasin malam itu.