para pengikut

Sunday, July 18, 2010

Hujung Minggu di Teluk Intan


Sebelum itu ... Aku baru je sampai di Putrajaya ni ... terus online untuk update blog aku .


Jadi, Jumaat hingga Ahad pagi tadi aku balik kampung , di Teluk Intan . Hari Jumaat aku sampai dalam jam 8.00 malam . Bertolak dari UPM pada jam 5.00 petang .


Aktiviti hari Sabtu pagi baru aku mulakan . Sebab pada hari Jumaat tu , aku terus sampai je , jam 10.30 malam aku dah baring atas katil adik aku dan terus tido . pEnat laaa.... Hari Sabtu jam 7.30pagi itu , mak minta teman (atau aku yang minta teman ni ..heheh) pergi ke pasar . Aku nak cari temu kunci(Boesenbergia rotunda) dan Cekur ( Kaempferia galanga), tujuannya untuk research group aku . Alhamdulillah jumpa la dua bahan itu , tapi aku dapat beli 500gram je temu kunci . Tetapi aku dapat beli 2 kilogram cekur. Mak pula nak beli ikan untuk masak tengahari nanti .

Mak beli ikan sagai.. untuk masak gulai .






Lepas selesai beli barang-barang kat pasar , mak ajak sarapan mi kicap kat pekan .


Mak makan kuetiwau sup
Dan aku makan mi kuetiaw kicap ... sedappp
Pada hari ini (Ahad) tak ada apa yang berlaku . Cuma sarapan hari Ahad bersama ayah dan mak sekali lagi di kedai mi kicap itu . Jam 10.30 pagi aku cuci kereta dan polish. Lepas cuci kereta, badan pun penat. Tidur sekejap . Makan tengahari mak masak . Jam 3.30 petang balik ...
Perjalanan pulang, di lebuh raya, di Rawang, hujan lebat (sia-sia je cuci dan polish kereta...) hahaha. Jam 5.45 petang selamat sampai di Putrajaya.
: )

No comments:

Post a Comment

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.