para pengikut

Sunday, November 7, 2010

Suspek H1N1-PLATELET LOW IN BLOOD-jahitan di dagu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Maaf.Maaf sebab enchik lama tidak mengemas kini blog enchik ini. Ya, banyak benda yang berlaku terhadap enchik minggu lepas. Dari tajuk entri pun sudah sedikit sebanyak memjelaskan apa yang berlaku terhadap enchik minggu lepas. Baiklah , enchik akan menceritakan segala-galanya . Ianya bermula pada....


Selepas selesai kenduri kawan echik pada 30hb Oktober (Sabtu) lalu di Melaka, pada keesokannya, pada hari Ahad keesokannnya , sepertimana yang enchik jelaskan pada entri sebelum ini (klik sini untuk membaca), enchik merasakan kesihatan enchik bukan dalam keadaan yang baik. Tidak sedap badan. Namun, dek kerana begitu banyak kerja yang enchik kena selesaikan, apatah lagi menghitung hari untuk pembentangan master enchik, enchik gagahkan juga mengadap komputer riba di ruang tamu berselimut tebal sambil merenung tajam ke arah timbunan data-data enchik. Enchik sudah tidak bermaya, lantas terus berehat di ruang tamu dan memutuskan untuk pergi ke Pusat Kesihatan UPM (PK UPM) pada hari Isnin keesokannya.

1hb November 2010 -Isnin
Pagi.
Enchik menghantar sms kepada rakan lab enchik.

" Ima, saya masuk leb lewat arini, badan tak berapa sihat, saya pergi ke PK terus, kalau prof. tanya saya, bagitau yer.tq : )"

Enchik gagahkan diri juga ketika itu ke PK UPM untuk berjumpa dengan doktor. Pada sekitar jam 10.00 pagi , selepas selesai mendaftar dan menunggu, enchik pun berjumpa dengan doktor di PK UPM. Enchik tahu, enchik memang akan berjumpa dengan doktor yang sama setiap kali enchik membuat rawatan di PK UPM, enchik yang meminta untuk diberi rawatan dengan doktor yang sama, Dr. Munaff (doktor bukan berbangsa Malaysia). Mungkin sebab enchik sudah biasa dengannya. Seperti biasa, doktor tanya apa masalah, dan enchik menjawab

" I'm not feeling very well, i think i had a fever, can't sleep well, cough, flu and a bit headache since yesterday, and it's not a strength to be drove here"

Doktor memeriksa suhu badan..

38.6 ' C

Doktor itu terus bertanya bermacam-macam soalan. Enchik dengan muka selamba tidak menjawab. Enchik sangatlah tidak berdaya ketika itu.
Doktor mengatakan ..

" I'm guessing you've been infected by the influenza, here what i'm going to do. I'll give you antiviral for influeza, paracetamol, and you have promised to me to come to PK every single day for five days, avoid crowded area, wearing a mask is necessary when u go out... Do you need MC?"

ENCHIK : "MC?? ITS OK..I DON'T THINK I NEED IT".
(dengan angkuhnya.. sebab enchik memang akan ke lab selepas ini. keje banyak, gilerr nak cuti!!)

Selepas selesai mengisi borang pemantauan, PK UPM meminta nombor telefon enchik , enchik pun terus ke lab.

Tapi..... enchik tak berdaya, hanya 30 minit di lab, enchik terus pulang ke rumah........

Anti viral influenza


2hb November 2010
Pagi... 8.30 pagi

Enchik pengsan . Pengsan di luar pintu bilik air di rumah. Enchik hanya ingat, enchik bangun pagi itu, enchik pening kepala. Akak enchik yang kebetulan cuti ketika itu, (sbb ada exam petangnya) bangunkan enchik untuk makan. Enchik tak lalu nak makan, takde selera, enchik muntah di bilik air, pening kepala. Enchik mencuci muka, tapi apa yang enchik sedar selepas itu, enchik sudah terlantar di lantai dan berlumuran darah di sekitar muka. Dagu enchik terkoyak. Akak enchik membawa enchik ke Hospital Putrajaya.

Enchik di Wad kecemasan. Luka di dagu dijahit. Doktor ambil darah untuk pemeriksaan. Doktor masukkan kan air, enchik memang tak sedarkan diri waktu itu. Memang terus longlai di atas katil kecemasan di hospital. 
Thanx to Abang Penolong Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya yang tangkapkan gambar sebelum dijahit
: P


Inipun Abang Penolong Pegawai Perubatan tangkapkan selepas dijahit
: )


Selepas masukkan air, enchik tak ingat berapa banyak botol, dalam jam 12.30 tengahari enchik dapat satu mesej di handphone enchik



"Mak dah sampai. Mak nak masuk tengok joy tapi doktor tak bagi. Doktor kata joy tido"



Waktu itu memang mengharapkan untuk berjumpa dengan mak.... nak jumpa mak, nak mengadu kat mak. Mak....sakit.........


Selesai jam 3.30 petang, enchik dikejutkan oleh jururawat mengatakan enchik dah boleh balik. Darah dah diperiksa, platelet enchik rendah dari sepatutnya, dalam kritikal. Tapi enchik dibenarkan balik selepas beberapa kali darah enchik diambil semasa enchik tidur. Doktor pun melepaskan enchik keluar dari wad kecemasan dan memberi antibiotik Co-Amoxiclav = Amoxycilin + Clavunalic Acid

Melihat mak dan ayah macam nak peluk je diorang puas2.OWh, akak waktu itu dah pergi exam, kawan akak yang temankan sebelum mak ayah sampai.



Timbunan pelbagai ubat dari PK UPM dan Hospital Putrajaya


3hb November 2010 - Rabu

Sepanjang hari di bawah jagaan Mak dan ayah serta akak , keadaan enchik bertambah baik. Dan pihak PK UPM dua kali sehari akan menelefon untuk  bertanya keadaan enchik. Mereka terkejut bila enchik beritahu enchik pengsan di rumah . Enchik disarankan untuk ke PK UPM hari-hari untuk dipantau tahap kesihatan enchik, darah, dan suhu badan enchik.

Dan enchik menuruti nasihat PK UPM.

Selama lima hari enchik berulang alik ke PK UPM---PUTRAJAYA untuk pemantauan tahap kesihatan enchik, cuci jahitan, dispray iodin dan sebagainya. Sehinggalah pada hari 5hb November (Jumaat), enchik merasakan enchik sudah betul-betul sihat. Dan alhamdulillah, enchik sudah tidak demam, suhu sudah di tahap normal. Sempat lagi selepas solat Jumaat di Masjid UPM, enchik ke fakulti .....tapi tidak dibenarkan masuk pula sebab kebetulan Deepavali kan....

Hurm... kalau ikutkan , banyak yang enchik nak ceritakan lagi apa yang berlaku , inipun hanya 60% dari apa yang diceritakan tapi cukuplah untuk enchik kongsikan kepada anda semua. Nanti , sampai esok tak habis.

Ramai sebenarnya yang menghantar SMS dan telefon bertanyakan keadaan enchik. Kawan-kawan enchik, kawan-kawan lab, kawan-kawan rapat enchik. Kawan-kawan yang jauh seperti Lily yang menelefon mak enchik sendiri untuk tahu keadaan enchik. Dengan semangat dari kawan-kawanlah membuatkan enchik untuk berasa sihat. Enchik katakan pada diri enchik, enchik kena sihat! kena sihat!. Tanpa mereka enchik tak tahu mana nak merasai kekuatan itu.


Sebenarnya, sakit ini adalah pencuci dosa dosa kecil. Enchik bukanlah alim ulama yang sempurna imannya tapi enchik insyallah akan menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Enchik bersyukur kepada Allah swt kerana enchik dikurniakan dengan keluarga yang amat menyayangi enchik, rakan-rakan yang amat mengambil berat, serta enchik bersyukur kerana enchik diberi peluang untuk merasa peritnya sakit itu kerana enchik kadang-kadang terlupa  sujud pada Yang Maha Kuasa. Terlupa nikmat kesihatan yang sempurna yang diberikan olehnya, terlupa nikmat ini semua dipinjam seketika cuma. 

Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita pulang......

Wassalam

: )

2 comments:

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.