para pengikut

Sunday, February 27, 2011

Sini Ada Hantu Review dari Enchik Seseorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Enchik berpeluang menonton Filem arahan James Lee, Sini Ada Hantu.

Poster Sini Ada Hantu

Bagi mereka yang belum berpeluang untuk menonton Filem Sini Ada Hantu, berikut trailer bagi filem tesebut.

Review Enchik:

Permulaan filem ini hanyalah dibintangi oleh 3 orang pelakon sahaja, yakni Alvin Wong, Baki Zainal dan Ramasundran.
Baki Zainal

Alvin Wong
Sila klik sini untuk membaca sinopsis(kredit to Gua) >>> Sinopsis Sini Ada Hantu

Secara keseluruhan, permulaan lakonan Baki Zainal sebagai Bakri sedikit kaku. Lakonan bagi menunjukkan emosi garang dan "macho" sedikit kaku. Namun, beliau telah cuba memberikan yang terbaik. Masih boleh dipertontonkan dan dibanggakan.
Kefasihan Ah Meng , dipegang watak oleh Alvin Wong bertutur dalam Bahasa Melayu di samping kebolehan beliau mendalami watak selambanya dikagumi dan menghidupkan cerita ini .

Ya, James Lee berjaya menonjolkan elemen-elemen suspen dan seram tatkala babak Hantu Pokok Pisang bermula. Fasha Sandha sebagai cameo filem ini sedikit sebanyak menyegarkan mata penonton. Fasha tidak berdialog. Hanya perlu duduk dan baring di atas katil. Enchik terus terbayangkan babak di Filem Khurafat tatkala melihat pokok pisang.

Elemen seram diteruskan dengan babak Hantu Nombor Ekor. Pertama kali, enchik tahu jenis hantu cina dan rupa hantunya. Elemen kejam dan thriller berjaya ditonjolkan oleh pengarah dalam babak ini. Apatah lagi, enchik sendiri belum pernah melihat hantu cina bagaimana rupanya.

Hantu Asrama pula menampilkan Qhaud (bekas pelajar AF) sebagai watak utama. Gerak geri tubuh Qhaud seakan-akan seorang pelajar. Sekali lagi , pengarah berjaya menimbulkan elemen seram dan komedi .

Enggan mengulas panjang, enchik sarankan bloggers yang membaca blog enchik ini atau mereka yang membaca review ini agar carilah peluang untuk menonton filem ini.Tidak rugi. Anda akan puas melabur duit anda bagi menonton filem ini apatah lagi di akhir filem ini bakal menaiikanbulu roma anda..: )

Namun ada kesilapan yang enchik kesan dari filem ini......

Anda akan melihat di mana babak Ah Meng dan Bakri berhenti di tepi lebuhraya akibat radiotor van panas (katanya....). Akan ada muncul sebuah lori bernama Tuah dilihat seakan-akan mahu melanggar Ah Meng. 
Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan dan babak itu ditinggalkan dengan penonton di mana tertinggalnya kasut sneakers Ah Meng di bahu jalan lebuhraya itu.(Maknanya Ah Meng hanya memakai sebelah kasu sahaja kan)..... Tetapi, pada babak akhir, kita dapat lihat Ah Meng muncul dengan kedua-dua belah kasut...

Keduanya.. di babak di mana van mereka berhenti di tengah-tengah hutan bersama keranda itu(teringat kembali babak Khurafat).... telefon bimbit Ah Meng dan Bakri tiada signal (maknanya tidak boleh ada sebarang panggilan masuk), tetapi secara tiba-tiba panggilan dari bos mereka masuk...
walaupun Bakri dengan memberitahu kepada bos bahawa signal tak clear---> "line tak clear bos!", tapi mana mungkin panggilan dapat masuk kan....?

Selamat menonton... tak rugi!! besttt

: )

2 comments:

  1. best erk?? terpaksa p tgok... haha tq 4 da review n komen...

    ReplyDelete
  2. komen dari kaca mata penonton biasa..

    penonton yang matanya meneliti setiap emosi pergerakan dan emosi

    try cari error yg enchik tuliskan di atas ya
    enjoy the movie

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.