para pengikut

Monday, February 28, 2011

TIPS : CARA BELAJAR DARI KESILAPAN

Ya, SEMUA orang melakukan kesilapan. Tiada apa yang sempurna di atas diri kita ini. Tiada

Malah, jikalau anda diberi soalan ketika ditemu duga. Sebagai contoh

SOALAN : What is your biggest mistake and what you did to make it right?

ANDA (TIDAK SEPATUTNYA JAWAB MACAM INI) : Saya tak pernah melakukan kesilapan besar dalam hidup saya. Sebab saya dikurniakan dengan ibu bapa yang sentiasa memelihara dan menjaga saya dengan baik. #$%$!!!!

Jangan jadi macam final question ketika Miss Universe 2010, Miss Philippine (Maria Venus Raj)


Apa yang enchik mahu kongsi dengan para pembaca sekalian ialah tentang pentingnya kita belajar dari kesilapan. Enchik pun masih belajar, kita sama-sama belajar ok .

Kesilapan dilakukan oleh semua pihak. Apatah lagi kita yang dewasa ini. Tiap diri kita akan tahu bila kita melakukan kesilapan hanya selepas kita menerima akibatnya. Ketika itulah baru kita sedar yang kita telah melakukan kesilapan.

Setiap daripada kita diberikan pilihan kedua. Pilihan kedua untuk membetulkan keadaan menjadi lebih baik. Kita hanya perlu sedar yang kita telah melakukan kesilapan dan kita berjanji untuk tidak akan mengulanginya lagi .

Sungguh mudah bukan ?

Di sini enchik sediakan beberapa tips untuk kita mula bangkit setelah sedar dari kesilapan..

1) PERTAMA sekali, kita harus dan mesti meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang telah kita sakiti. Mulakan dengan memaafkan orang lain .Dengan kemaafanlah,kita akan dipermudahkan jalan.

2) Setelah kita selesai memohon maaf, kita perlu berfikir dengan tindakan apa yang telah kita buat sehingga kita melakukan kesilapan. Jikalau perlu, pergilah berjalan-jalan di tepi tasik, berehat di Jambatan indah Putrajya(misalnya), atau memandu kereta sendirian (ini yang sering enchik lakukan). Percayalah, dengan minda yang tenteram, kita akan jumpa punca kesilapan kita. 

3) Andainya dalam kumpulan, duduklah berbincang secara berhemah. Sediakan minuman, minuman berkafein mungkin baik kerana ia dapat meningkatkan tahap excitement. Buat kajian dan huraikan statistik. Rumuskan apa punca kesilapan itu boleh berlaku. Dalam konteks ini, post mortem mungkin terma yang lebih tepat. 
Catat apa kesilapan yang dilakukan. Tampal pada dinding kumpulan. Supaya kejadian yang sama tidak akan berulang. Enchik memang mempunyai banyak koleksi sticky notes. Enchik bawa kemana-mana sahaja. Mungkin gunakan kaedah sticky notes berkesan.



4) Seterusnya, anda kena berjanji pada diri anda sendiri supaya tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kembali. Tegaskan dalam hati. Mungkin ada di antara kita mudah terlepas cakap sehingga mudah menyakiti hati orang lain. Tipsnya mudah, KURANGKAN BERCAKAP. Jika mahu bercakap sesuatu, hantar dulu ke otak anda, Tapiskan..... jikalau anda rasa sensitif. USAH.BERHENTI

5) Setelah selesai semua di atas, perkara yang terakhir yang perlu anda lakukan ialah memastikan di masa akan datang kesilapan ini tidak akan berlaku lagi. Bagaimana caranya? Mudah... 
---> Anda sudah menganalisis kesilapan anda.. Anda sudah tampal nota-nota kesilapan anda. 
----> Andai dalam kumpulan, teman-teman lain harus mengingatkan teman masing-masing supaya tidak mengulangi kesilapan itu kembali.

Bagi enchik, enchik selalu berada di nombor 4. Enchik berfikir dahulu sebelum bercakap. Hantar ke otak, proses dan kemudian fikir, apa perlu enchik cakapkan atau tidak? Jika enchik rasa boleh melukakan hati kawan-kawan enchik, enchik DIAM.

Ya, kita perlu untuk bersosial dengan cara komunikasi . Tapi dengan komunikasi yang salah jugalah kita mudah dihukum dan dipandang serong.

If we are strong, our strength will speak for itself. If we are weak, words will be of no help

                                                                                                        -John Fitzgerald KENNEDY..

: )

3 comments:

  1. setuju....dengan memaafkan diri sendiri dan org lain ini, kekdang buat hati lebih tenang..

    ReplyDelete
  2. SEDANGKAN nabi muhammad pun ampunkan dan maafkan umatnya yg menzalimi baginda pun kan..

    apatah kita yg manusia biasa....

    memaafkan mungkin sukar bagi sesetengah mereka. ego, merasakan dirinya sahaja yang betul...
    itu perlu dikikis

    ReplyDelete
  3. Ya.. kadang ego menguasai diri..sangat susah nak maafkan orang- tapi masih belajar untuk kikis dan buang terus..
    terlajak kata memang susah dan tanggapan seseorang terhadap kita pasti akan berubah. bak kat pepatah tu.. only beberapa saat boleh runtuuhkan persahabatan..

    ni gambar untuk enchik..http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/03/jambatan-gigi.html


    Jemput join GIVEAWAY :ALL IN ONE

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.