para pengikut

Tuesday, December 27, 2011

Transformasi Hidup Seorang Pemakai Pendakap Gigi

Assalamualaikum wbt

Sepertimana tajuk entri enchik pada kali ini , enchik ingin sekali berkongi kepada pembaca semua sedikit sebanyak tentang kehidupan enchik sebagai pemakai Pendakap Gigi. Bagi yang tidak tahu, enchik seorang pemakai Pendakap Gigi dan enchik telah memakainya hampir satu tahun 4 bulan .

Pendakap Gigi


Sebelum itu, enchik nak terangkanlah serba sedikit tentang Pendakap Gigi ini. Pendakap gigi atau braces ini merupakan satu cara atau inisiatif untuk mereka yang mengalami masalah susunan gigi.

Tahukah anda semua bahawa , jika di Malaysia, kita memanggilnya sebagai Pendakap gigi, di negara-negara lain, pendakap gigi dikenali sebagai :

Indonesia - kawat gigi
Filipina - tirante
Sepanyol - tirantes
Jerman - Zahnspange
Belanda - bretels
Crotia - proteza

Entri kali ini enchik nak berkongsi sedikit sebanyak tentang transformasi hidup sebagai seorang pemakai pendakap gigi. Erm, maksud enchik bukanlah transformasi ala-ala Miss Universe Malaysia ke apa, tidak ya .

Kimberly Leggets , ikut beliau di Twitter  @kimmyleggs 
Miss Universe Malaysia 2012




Tetapi enchik nak berkongsi kepada pembaca sekalian tentang perubahan yang berlaku terhadap diri enchik semasa memakai pendakap gigi .

(1)  Perubahan EMOSI 

Saraf di gigi dan gusi merupakan saraf yang paling sensitif di dalam badan manusia. Jadi, cubalah anda bayangkan jika gigi anda ditarik, makanya gusi anda juga akan turut terkesan lalu mengakibatkan saraf gusi anda berasa amat sakit. Apatah lagi apabila, gusi anda perlu dipotong bagi membolehkan gigi anda tertarik dan menjadi rapat (ini berlaku kepada enchik). Pedihnya tidak terkira. Apabila saraf itu terganggu, ini sedikit sebanyak mengakibatkan gangguan emosi secara total. Rasa hendak marah sahaja. 

Tetapi gangguan emosi marah ini hanya la berlaku di awal pemasangan pendakap gigi sahaja. Badan kita sedang cuba menyesuaikan perubahan ini . Namun, setelah hampir setahun lebih, alhamdulillah, enchik sudah dapat menyesuaikan diri dengan ini

(2) Perubahan Selera Makan

Perubahan selera makan enchik secara amnya telah berubah mendadak. Pada peringkat awal pemasangan pendakap gigi ini, enchik tidak boleh langsung untuk mengunyah nasi, malah mi goreng pun tidak boleh . Apatah lagi cuba mengunyah makanan pepejal lain seperti , burger, daging, dan sebagainya. Pada sebulan pemasangan pendakap gigi ini, enchik hanyalah memakan makanan seperti bubur, bubur dan bubur. Sebulan yang amat menyakitkan . 

Tetapi, setelah sebulan , enchik sudah mampu untuk makan makanan seperti biasa tetapi enchik tetap tidak boleh memakan makanan keras dan liat seperti daging dan kerepek. Malah, nak makan burger pun harus makan satu persatu. Tetapi, tanyalah mana-mana pemakai pendakap gigi ini, berapa ramai yang melanggar pantang larang untuk tidak makan makanan keras! (termasuk enchik)

Antara makanan terlarang di awal pemakaian Pendakap gigi

(3) Perubahan Berat Badan, Bentuk Wajah dan Fizikal

Ini benar berlaku. Betul!. 

Biarlah gambar menceritakan segalanya

Perubahan fizikal dan struktur wajah
Mungkin kerana proses penarikan gigi menyebabkan sedikit sebanyak struktur muka juga berubah. Tidak dinafikan juga, perubahan dari segi penurunan berat badan juga merupakan salah satu transformasi seorang pemakai pendakap gigi. Ini kerana, perubahan dari segi diet makanan seharian si pemakai pendakap gigi. Oleh itu, penurunan berat badan akibat pemakaian pendakap gigi juga sudah menjadi stigma dalam masyarakat seharian kita.

Kesimpulan, tujuan entri enchik kali ini bukan sahaja untuk berkongsi pengalaman enchik memakai pendakap gigi, malah juga diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada mereka yang sedang berfikir untuk memasang pendakap gigi. Sekarang pun , pemakaian pendakap gigi seolah-olah menjadi trend dan dikatakan merupakan satu aksesori. 

Cadangan enchik bagi mereka yang memasang angan-angan untuk memakai pendakap gigi, ada beberapa perkara yang perlu disediakan dari segi KEWANGAN dan EMOSI. Bak kata pepatah terkenal :

BEAUTY IS PAIN 

Wassalam









15 comments:

  1. wah..sama sebijik cm pengalaman sy pakai pendakap gigi nih..esp tentang selera mkn dan berat badan tuh huhu

    ReplyDelete
  2. Wahh. Kacak sungguh lepas pakai braces :) nnti mcm mne kalau nk jage gigi?

    ReplyDelete
  3. Wahh. Kacak sungguh lepas pakai braces :) nnti mcm mne kalau nk jage gigi?

    ReplyDelete
  4. good job. no pain no gain kan? tak sesia pain coz u look better after braces!

    ReplyDelete
  5. nak tau berapa kos buat pendakap gigi ni..hospital berapa?swasta berapa?sebab saya dah umur 25 tahun..,nak dapat under kerajaan diskaun memg tak dpt dh..boleh bgtau tak..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang bertanyakan isu harga, dan lokasi
      ok, enchik buat di Teluk Intan... anggaran kos untuk buat pendakap gigi .. lebih kurang RM3300-3500, dan ia juga bergantung kepada jenis rawatan yang bakal diberikan. Lebih murah sebenarnya berbanding tempat lain yg enchik pernah tanyakan.
      Enchik buat di private tapi taklah klinik private yg canggih canggih macam di kl,. Just mula mula je kena bayar lebih sket, rm800-1000, lepas tu bulan2 boleh bayar ikut berapa yang kita mampu, Hurm, jujur, macam enchik mmeng enchik dah menabung sejak dari awal pengajian enchik, jadi memang dah lama simpan impian. jadi mmg tiap tiap bulan enchik dah sediakan sejumlah wang. Alhamdulillah, enchik dah habis bayar tak sampai 2 tahun, tapi masih mengikuti treatment orthodontik setiap sebulan sekali ...

      Delete
  6. assalamualaikum. mahal jugak yer buat di area teluk intan nie? klinik yang mane tue dan apa namanya yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLINIK YOHES namanya
      dekat ngan pasar sekupang
      ..heee

      Delete
  7. saya sedang mencari klinik yg sesuai di area utara ...alor setar atau kangar...boleh tolong infokan nama klinik dan kosnya...terimakasih.

    ReplyDelete
  8. rase macam nak pakai ...tp tgh usha harga dulu

    ReplyDelete
  9. Seriously RM3300 ke RM3500? Baru2 ni saya ada tanya pada klinik yohes but dia kata around RM5000. Monthly bayar berapa ek kalau saya boleh tahu?

    ReplyDelete
  10. huhuhi bntuk muka sya pon sdikit brubh...n mgkin akn trus brubh coz gg x rpt lg....kikik

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Okey ke buat braces dengan yohes..

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.