para pengikut

Saturday, September 29, 2012

Apa yang lelaki tidak suka

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .

29 September 2012  Sabtu                                     10.00 pagi

Hari ini hari sabtu cikgu!

Hooyeah. Enchik baru bangun, semalam tidur lewat akibat sedang berusaha untuk menyiapkan satu lagi Jurnal! Prof mintak enchik dengan kadar segera siapkan draf paper untuk published sebelum hujung tahun Prof nak published.

Anyway, bangun lewat juga sebab kalah pertaruhan akibat membuat perjanjian. Ahaks

Hari ini enchik ada temu janji dengan orthodontik dentist enchik di Teluk Intan. Klinik Pergigian Yohes (lupa snap gambar Klinik ini). Katanya janji 12.30 tengahari. Lima minit sebelum 12.30 tengahari enchik dah sampai. 

Ramai orang. Ramai sakit gigi. Tula makan gula banyak, takpe, lepas ni harga gula naik akibat kerajaan kurangkan subsidi gula, inisiatif untuk kita kurangkan pengambilan gula. 

29 September 2012  Sabtu                                     12.25 tgh

Penantian satu penyiksaan

Enchik tak suka menunggu dan sebolehnya tak nak membuatkan orang tertunggu-tunggu. Tunggu punya tunggu tunggu punya tunggu sambil sempat la menyelak majalah-majalah lama di dalam Klinik itu. Majalah yang tahun terbitannya 1980an-1996. Milik doktor itu kot ketika belajar kat luar negara.

Terjumpa quote ini:


Get it?!

LELAKI SETUJU?
Jangan tanya kami soal GAJI. Kami segan. Kami bukan tak nak beritahu, tapi tak perlula tahu. Asal cukup makan pakai untuk gf tersayang, ok la tuh. Tapi kami nak tahu gaji gf kami. ..boleh?

Ada sebab mengapa lelaki tak nak reveal gaji mereka pada gf mereka. 

1) Ego - Memang sudah tertulis lelaki ego nya memang tinggi melangit. Cuba andai pasangan mereka bergaji lebih tinggi daripada mereka. ?Tentu terasa tercabar.

2) Lelaki lebih mengutamakan apa yang boleh mereka berikan kepada pasangan mereka dari hasil tetek peluh mereka dan  tak penting untuk tahu berapa banyak gaji yang mereka peroleh 

3) Lelaki lebih sifat perahsia. Tapi mereka lebih suka share dengan kawan-kawan lelaki lain berbanding pasangan mereka sendiri. 

Pandangan anda? 
Kongsi and drop komen di bawah, nak tahu sangat kenapa lelaki kurang gemar kongsi tentang gaji mereka dengan pasangan mereka.

Lagi keratan dari majalah (lupa dah nama majalah tuh) enchik rasakan menarik untuk dikongsi bersama. Lama tunggu giliran enchik untuk masuk ke bilik doktor.

GREAT ADVICE from Mdm Chow!

History!

Ahh. masa itu.....
Buang masa sementara menunggu giliran.


Owh yea, dekat 45 minit tunggu, baru dipanggil oleh doktor tersebut. Proses rawatan 5 minit je. #^%$!!

: )

p/s : Doktor tukar elastic band, ketatkan lagi bracket ni. aduh sakit la malam nanti

5 comments:

  1. lelaki rahsia sebab ego itu setuju, mungkin dia taknak si gadis perlekehkan dia bila dpt tau pasal gaji. tpi kalau pira nak tau sebab nak kutip pengalaman, contoh lah kan, pira tanya enchik berapa gaji,rumah sewa etc. sebab nak buat badget plan masa depan, nak tengok berapa byk yg boleh spent for shopping, erkk.^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh.. kasihan enchik kalau bawak cik piraaa ni shopping.. hehehe...

      Delete
  2. aku kalo orang tanya pasal gaji aku, cakap sekadar cukup makan je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ko sorang je ... ramai macam tu .. cukup2 makan......

      Delete
  3. Sori nk tanya,treatment braces kat klinik tu bp ye

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.