Entri macam gempak.
26 September 2012 3.00 petang
Ketidaksabaran
Enchik berlari-lari anak ke pintu kereta untuk menuju ke Hospital Teluk Intan. Terlewat 4 bulan dari sepatutnya. Rasa rindu untuk melakukannya meluap-luap. Lebih kurang 15 minit kemudian, enchik sampai ke Unit Tabung Darah, Hospital Teluk Intan.
![]() |
Berjalan-jalan anak menuju ke situ |
Misi hari ini
MARI MENDERMA DARAH
Sudah menjadi kebiasaan enchik untuk menderma darah setiap 3 bulan sekali. Cuma silapnya terlupa kadang-kadang membawa buku (SIJIL) derma darah. Asyik tertinggal di kolej la, beg laptop la.
![]() |
Anda perlu ada ini! |
![]() |
Mungkin korang lebih kerap menderma dari enchik, |
3.30 petang
Pendaftaran
"Haa Zul, lama tak nampak?"
Seperti biasa, mengisi borang, meski staff nurse situ dah kenal enchik dah. Sebagai syarat protokol. Yerla enchik faham, sebab enchik pun dulu praktikal di Hospital ini dan pernah praktikal di Tabung Darah di sini.
![]() |
Borang |
Sedikit info. Perlu ditegaskan , mereka yang pernah mengadakan hubungan seks sesama jenis, bertukar-tukar pasangan, atau mempunyai pasangan daripada golongan tersebut tidak digalakkan untuk menderma darah. Malah mereka yang menderma darah bagi tujuan untuk tujuan pemeriksaan Hepatitis dan HIV juga tidak digalakkan walaupun sebenarnya ahli patologi dan juruteknologi makmal perubatan ada membuat pemeriksaan darah yang didermakan. Ia bertujuan bagi mengelakkan sebarang kejadian di masa hadapan.
Apa kebaikan menderma darah?
Banyak... terlalu banyak, khususnya bagi kita sekiranya kita masuk wad ke apa. Kalau mereka yang ada buku Sijil Penderma darah itu, akan tertulis dibelakangnya apakah keistimewaan mereka yang kerap menderma darah.
![]() |
Aktiviti sejurus selesai menderma |
: )
p/s: Masih teringat kawan enchik tidak perlu membayar bil hospital ketika pembedahannya yang bernilai RM3500++ ,hanya kerana beliau kerap menderma darah!
bila kau post entry pasal derma darah ni.
ReplyDeleteaku baru teringat.
nanti nak ke hospital jerteh.
baru je check, ada unit patologi.
nak derma darah lah!
lagi satu kan.
orang cakap, bila derma darah nih.
berat badan senang naik.
huhu, ah. sebenarnya berat badan senang naik sebab
Deleteyerlah , bila darah dalam badan kurang, kita lapar dan tendency untuk makan , makan dan makan itu bertambah. tapi as long as kita kontrol .. ok jer
selamat menderma!
Rindu mahu menderma darah.
ReplyDeletebest kan derma darah.. di sini lepas menderma, penderma akan dihidangkan dengan air milo panas, roti , telur separuh masak dan kekacang..
Deleteselamat menderma fel... si gadis garang.
masa dekat u dulu selalu jugak derma darah.
ReplyDeletebila dah kerja banyak derma kat nyamuk pulak..hahah
tak sempat nak p hospital derma.
kalau ada mobile (atau tabung darah bergerak) yang ada kempen2 diorang buat tu, drop by la nick ..
Deletetapi pastikan sihat waktu itu . cukup tidurnya ..
selamat menderma!
ermmm...tak pernah derma darah lah
ReplyDeletecubalah. pengalaman pertama tentunya menarik. dan pastinya anda mahukannya lagi lagi lagi dan lagi ..owh yeah!
Deleteselamat mendermaaaaaaaaaaa! btw entry pasal malam jumaat tu memng mengundang!
hahahaaa...mengundang aperr....
Deletejgn mengandong tau.... ;p
harap2 akan da kesempatan untuk saya join derma darah ni..
ReplyDeleteoooyeah ... selamat menderma
Deleteminggu lepas tak dapat. minggu ni nak try kat hosp serdang. semoga lepas!
ReplyDeletesekejap . tak rasa di hospital serdang ada khidmat menderma darah . pernah try tanya aritu
Deletesilalah ke laman web PDN. huhuhu.. dia buat mobile punya derma. anyhow, dah lepas pon derma. seronok.
Deletesemangat sebab tgk kau derma. :)