Begitu sakit ku rasakan sehingga kini. Belum pernah ku merasakan keadaan
perit dan penuh tersiksa sedemikian rupa. Sehingga kini belum lagi aku menjumpai penawar bagi mengubati luka yang
amat parah dan begitu menusuk. Tidak pernah juga aku merasakan bahawa sesuatu
yang indah akan diakhiri dengan keadaan sebegini.
Pernah suatu ketika aku mentafsirkan cinta itu sesuatu yang indah dan luar
biasa yang bakal merubah hidup. Pernah juga aku mentafsirkan cinta itu sesuatu
perkara yang indah yang tak terjangkau oleh fikiran yang bisa membawa hati ke
dalam suatu dunia yang begitu indah , dunia yang begitu mendamaikan.
Itu semua dulu. Perkara yang pernah ku fikirkan. Perkara yang pernah ku
impikan. Tetapi, itu bukanlah suatu yang mampu ku kecapi mahupun mampu ku
miliki. Sesuatu yang tak pernah pun ku miliki dari awal dari dia. Ia hanyalah
dusta semata-mata. Bagiku , aku hanya suatu persinggahan bagi mengubat hatinya
yang luka. Persinggahan untuk dia melepaskan kesunyian di hatinya.
Hati begitu perit menahan setiap hari . Hari-hari yang mendatang tidak lagi
membawa keceriaan di dalam hidup meski aku cuba untuk menidakkan luka yang terpahat
di hati . Apakan daya aku hanyalah manusia biasa , yang ingin disayangi dan
dicintai.
Sampai bila aku mampu berdiri dan mampu untuk tersenyum kembali, aku pun
tidak pasti. Aku sendiri tidak pasti samaada masa mampu memulihkan apa yang
terluka di hati. Oh Tuhan.... Begitu sakit hati ini
![]() |
Sekurang-kurangnya ada perkara yang boleh membuatkan diri ku tersenyum.. itupun untuk seketika |
:'(
No comments:
Post a Comment
Ulasan.ulas ulas ulas ulas.