para pengikut

Monday, September 24, 2012

Pasangan Kontra?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

SITUASI 1

A : Saya bukannya seorang yang teratur dan organize macam awak.

B : Organize? Saya biasa je 

Lalu A selongkar almari empunya B. Wahh, susunan bajunya teratur, tidak seperti almari A, yang sesungguhnya amat kontra dari si B

SITUASI 2

B : Saya rasa awak ini agresif. Berterus-terang. Saya tak reti nak berborak sangat.

A : Kenapa? Takut? 

A rancak dalam berbual-bual. Most of the time, keseluruhan perbincangan di antara mereka, A yang mendominasi. B hanya sekali-sekala mencelah. Ahh, B juga hanya akan bersuara andai A yang bertanya

SITUASI 3

A : Awak begitu detail. Single resit pun awak simpan? 

B : Ya, saya perlu tahu kemana perginya duit saya dalam sebulan. Ke mana expenses saya sebulan. 

A : #$%$@@ !! 

Si B membuat koleksi simpanan duit RM 5 sendiri. Entah mengapa. setiap resit juga dikepilkan penuh hemat dan cermat. A? memang langsung tak organize!

********************

Ahaa, begitu . Pernah di mana-mana situasi di atas mencerminkan diri anda dan pasangan anda?

Kawan enchik pernah menyebut

" Bukan penting mencari persamaan, tapi saling melengkapi perbezaan "

Adalah tidak logik jika kita mengharapkan pasangan yang bakal bersama kita mempunyai persamaan seperti kita. Mustahil juga kita ingin terus mencari mereka yang mempunyai sifai-sifat peribadi sama seperti kita. Jadi, kongsi perbezaan pasangan anda, lengkapkan diri anda dengan persamaan dia. 

Enchik bukanlah seorang yang arif lagi bijaksana dalam isu-isu bercinta ini. Pengalaman bercinta pun tiada banyak, tapi enchik melihat dari pengalaman kawan-kawan enchik, dan mereka terus-terusan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Cukuplah bersyukur anda sekiranya anda berpeluang mengenali pasangan anda yang amat memahami diri anda, buruk anda dan manis anda. Hargai mereka! Orang sebegini bukan muncul selalu dalam hidup anda. Kalau dia pasangan tertulis untuk anda, kuncikanlah hati anda buat dia.

Sambil mengunyah biskut jagung dan mencecah air milo panas, enchik pun tertanya-tanya, adakah mereka di luar sana yang sudi menerima diri enchik ini. Pernah juga enchik ini dipanggil clumsy, complicated, kuat cemburu, dan sebagainya.

Gambar yang tiada kena mengena dengan entri

: )

p/s : Memang akui enchik seorang yang clumsy, complicated, tapi yang paling jelik ialah kuat cemburu. Berani cuba? *sambil surf second hand BB



14 comments:

  1. betul tu, saling melengkapi perbezaan.

    aku cukup cerewet.
    tapi depends pada masa lah.
    pasangan aku pun sangat cerewet.

    semua nak yang terbaik dalam pemilihan apa apa.

    weh, kau cari secondhand bb ke?.

    BB ni, baik bli yang ori.
    heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOHOOO..sangat cerewet meaning? fussy?

      terpikir je nak ada secondhand bb. nak beli baru tak mampu. tengok harga 2ndhand pun macam tak mampu.. camne tuh

      Delete
  2. Err aku rasa persamaan tu pun kena ada di samping perbezaan yg saling melengkapi tu. Kalau takde persamaan langsung, err rasa cam tak logik je. Pendapat aku laa. Hehe.

    Kau clumsy? Complicated? & kuat cemburu? Cam lebih kurang sama je dengan aku. Patut la kita takde jodoh. Sbb perbezaan tu kan saling melengkapi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup .. perlu juga ada sedikit persamaan, tapi jika mahu mencari pasangan yang mempunyai 100% persamaan seperti kita, tentunya perhubungan itu menjadi bosan, kerna tiada benda baru yang ingin diterokai. Sedikit persamaan juga tentunya menarik sebab ada perkara yang kita suka, dia pun suka...

      Kalau ada perbezaan yang ketara, kita pun perlu la mengadaptasikan hidup kita dengan perbezaan dia dan juga sebaliknya. barula kita dapat mewarnai sesuatu perhubungan itu ..

      wahhh enchik ni bernasihat seperti orang bijak pandai.... hahahah

      ahh. sama2 kita doakan agar kita cepat mmendapat jodoh ..
      :)

      Delete
  3. mcm anda cakap

    saling melengkapi

    itu owsem! sbb menda yg kita suka yg membazir cthnya, dan dia tak suka, maka dia halang

    selamat & jimat, walau gaduh2 manja, xpe , itu mengeratkan silaturrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. @bukankosong .. berbicara seperti mempunyai pengalaman nih.

      enchik andaikan, pasangan anda orang yang berjimat...? untung mempunyai pasangan yang sebegitu bukan. sentiasa mengingatkan kita tentang kewangan kita..

      enchik kagum!

      Delete
  4. yes yes, berpasangan is something yg melengkapi. bukan similarities. yes bukan semuanya kena kontra, like religion, untuk couple religion mungkin takde masalah, but yes if nak couple to marriage confirm2 agama perlu sama, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandangan @piraaa menarik!
      :)
      sesuatu yang perlu difahami andai couple itu berlainan agama, dahulukan agama baru bercinta.

      thanx piraaa

      Delete
  5. tapi kalo pasangan tu terlalu kontra tak elok jugak..tak kiralah cerewet ke, king or queen control ke hape rasanya tak elok dalam hubungan..kejap2 gaduh..tu tanda2 suruh cari yg lain kot..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu kontra juga bahaya...

      ibarat helang dan pipit... mana mungkin terbang sama kan..

      terlalu kontra juga mengundang pergaduhan kan, agaknya @nicknashram pernah mengalami situasai macam ni kah ?

      Delete
  6. haha, benda itu terjadi pada saya... kesayangan dan saya jauh berbeza ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. manis bukan bila ada perbezaan di antara psangan dan diri anda, dapat melakukan perkara berbeza dan anda seolah olah berada dalam dunia yang berlainan dari dunia anda..

      Delete
  7. owwwhh kuat cemburu ek???bahaye,,nanti org rimasss..

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.