para pengikut

Friday, October 12, 2012

Cerita seram semalam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Malam semalam. Enchik terjaga jam 3.00 pagi. Kedengaran seakan-akan lantunan guli di tingkat atas apartmen. Berulang-ulang kali. Seolah-olah budak bermain guli sambil berlari. Mustahil budak bermain guli jam 3 pagi.

Terus je kumat-kamit enchik membaca surah-surah lazim dan ayat kursi. Mujur tidak lama selepas itu ia berhenti.

Terbangun sekali lagi jam 4.30 pagi. Bermimpi jelmaan yang agak menyeramkan menumbuk perut enchik. Bangun je badan enchik terasa sakit-sakit.

Malam Jumaat pula tuh.

Anda pernah mengalaminya? Mohon kongsi pengalaman anda dan cara yang kalian lakukan ketika berhadapan perkara tersebut.

 : (

p/s: Mungkin sebab terlupa untuk membaca yasin malam itu.

6 comments:

  1. Nasib baik saya baca entry ni pada waktu pagi. Hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MALAM esok nya enchik tidur bertemankan lampu terbuka

      Delete
  2. baru pindah ke? Maybe apartment tu ada "penghuni"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata kakak, mungkin atas apartmen kami, adalah apartment halimunan milik "ia" . tempat tinggal ia barangkali

      Delete
  3. pernah terkena masa jaga kostum mak yong dengan kawan. kawan ternampak puteri tgh menari tiba-tiba.... dia demam esoknya, saya selamat lagi haha

    ReplyDelete
  4. prnah jugak ada situasi2 mcm ni.
    scary but pegang satu bnd,yg dunia ni mmg kita kngsi.
    bce lah,al'anuka bilaknatillah 3x :)

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.