para pengikut

Monday, February 28, 2011

TIPS : CARA BELAJAR DARI KESILAPAN

Ya, SEMUA orang melakukan kesilapan. Tiada apa yang sempurna di atas diri kita ini. Tiada

Malah, jikalau anda diberi soalan ketika ditemu duga. Sebagai contoh

SOALAN : What is your biggest mistake and what you did to make it right?

ANDA (TIDAK SEPATUTNYA JAWAB MACAM INI) : Saya tak pernah melakukan kesilapan besar dalam hidup saya. Sebab saya dikurniakan dengan ibu bapa yang sentiasa memelihara dan menjaga saya dengan baik. #$%$!!!!

Jangan jadi macam final question ketika Miss Universe 2010, Miss Philippine (Maria Venus Raj)


Apa yang enchik mahu kongsi dengan para pembaca sekalian ialah tentang pentingnya kita belajar dari kesilapan. Enchik pun masih belajar, kita sama-sama belajar ok .

Kesilapan dilakukan oleh semua pihak. Apatah lagi kita yang dewasa ini. Tiap diri kita akan tahu bila kita melakukan kesilapan hanya selepas kita menerima akibatnya. Ketika itulah baru kita sedar yang kita telah melakukan kesilapan.

Setiap daripada kita diberikan pilihan kedua. Pilihan kedua untuk membetulkan keadaan menjadi lebih baik. Kita hanya perlu sedar yang kita telah melakukan kesilapan dan kita berjanji untuk tidak akan mengulanginya lagi .

Sungguh mudah bukan ?

Di sini enchik sediakan beberapa tips untuk kita mula bangkit setelah sedar dari kesilapan..

1) PERTAMA sekali, kita harus dan mesti meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang telah kita sakiti. Mulakan dengan memaafkan orang lain .Dengan kemaafanlah,kita akan dipermudahkan jalan.

2) Setelah kita selesai memohon maaf, kita perlu berfikir dengan tindakan apa yang telah kita buat sehingga kita melakukan kesilapan. Jikalau perlu, pergilah berjalan-jalan di tepi tasik, berehat di Jambatan indah Putrajya(misalnya), atau memandu kereta sendirian (ini yang sering enchik lakukan). Percayalah, dengan minda yang tenteram, kita akan jumpa punca kesilapan kita. 

3) Andainya dalam kumpulan, duduklah berbincang secara berhemah. Sediakan minuman, minuman berkafein mungkin baik kerana ia dapat meningkatkan tahap excitement. Buat kajian dan huraikan statistik. Rumuskan apa punca kesilapan itu boleh berlaku. Dalam konteks ini, post mortem mungkin terma yang lebih tepat. 
Catat apa kesilapan yang dilakukan. Tampal pada dinding kumpulan. Supaya kejadian yang sama tidak akan berulang. Enchik memang mempunyai banyak koleksi sticky notes. Enchik bawa kemana-mana sahaja. Mungkin gunakan kaedah sticky notes berkesan.



4) Seterusnya, anda kena berjanji pada diri anda sendiri supaya tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kembali. Tegaskan dalam hati. Mungkin ada di antara kita mudah terlepas cakap sehingga mudah menyakiti hati orang lain. Tipsnya mudah, KURANGKAN BERCAKAP. Jika mahu bercakap sesuatu, hantar dulu ke otak anda, Tapiskan..... jikalau anda rasa sensitif. USAH.BERHENTI

5) Setelah selesai semua di atas, perkara yang terakhir yang perlu anda lakukan ialah memastikan di masa akan datang kesilapan ini tidak akan berlaku lagi. Bagaimana caranya? Mudah... 
---> Anda sudah menganalisis kesilapan anda.. Anda sudah tampal nota-nota kesilapan anda. 
----> Andai dalam kumpulan, teman-teman lain harus mengingatkan teman masing-masing supaya tidak mengulangi kesilapan itu kembali.

Bagi enchik, enchik selalu berada di nombor 4. Enchik berfikir dahulu sebelum bercakap. Hantar ke otak, proses dan kemudian fikir, apa perlu enchik cakapkan atau tidak? Jika enchik rasa boleh melukakan hati kawan-kawan enchik, enchik DIAM.

Ya, kita perlu untuk bersosial dengan cara komunikasi . Tapi dengan komunikasi yang salah jugalah kita mudah dihukum dan dipandang serong.

If we are strong, our strength will speak for itself. If we are weak, words will be of no help

                                                                                                        -John Fitzgerald KENNEDY..

: )

Sunday, February 27, 2011

Sini Ada Hantu Review dari Enchik Seseorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Enchik berpeluang menonton Filem arahan James Lee, Sini Ada Hantu.

Poster Sini Ada Hantu

Bagi mereka yang belum berpeluang untuk menonton Filem Sini Ada Hantu, berikut trailer bagi filem tesebut.

Review Enchik:

Permulaan filem ini hanyalah dibintangi oleh 3 orang pelakon sahaja, yakni Alvin Wong, Baki Zainal dan Ramasundran.
Baki Zainal

Alvin Wong
Sila klik sini untuk membaca sinopsis(kredit to Gua) >>> Sinopsis Sini Ada Hantu

Secara keseluruhan, permulaan lakonan Baki Zainal sebagai Bakri sedikit kaku. Lakonan bagi menunjukkan emosi garang dan "macho" sedikit kaku. Namun, beliau telah cuba memberikan yang terbaik. Masih boleh dipertontonkan dan dibanggakan.
Kefasihan Ah Meng , dipegang watak oleh Alvin Wong bertutur dalam Bahasa Melayu di samping kebolehan beliau mendalami watak selambanya dikagumi dan menghidupkan cerita ini .

Ya, James Lee berjaya menonjolkan elemen-elemen suspen dan seram tatkala babak Hantu Pokok Pisang bermula. Fasha Sandha sebagai cameo filem ini sedikit sebanyak menyegarkan mata penonton. Fasha tidak berdialog. Hanya perlu duduk dan baring di atas katil. Enchik terus terbayangkan babak di Filem Khurafat tatkala melihat pokok pisang.

Elemen seram diteruskan dengan babak Hantu Nombor Ekor. Pertama kali, enchik tahu jenis hantu cina dan rupa hantunya. Elemen kejam dan thriller berjaya ditonjolkan oleh pengarah dalam babak ini. Apatah lagi, enchik sendiri belum pernah melihat hantu cina bagaimana rupanya.

Hantu Asrama pula menampilkan Qhaud (bekas pelajar AF) sebagai watak utama. Gerak geri tubuh Qhaud seakan-akan seorang pelajar. Sekali lagi , pengarah berjaya menimbulkan elemen seram dan komedi .

Enggan mengulas panjang, enchik sarankan bloggers yang membaca blog enchik ini atau mereka yang membaca review ini agar carilah peluang untuk menonton filem ini.Tidak rugi. Anda akan puas melabur duit anda bagi menonton filem ini apatah lagi di akhir filem ini bakal menaiikanbulu roma anda..: )

Namun ada kesilapan yang enchik kesan dari filem ini......

Anda akan melihat di mana babak Ah Meng dan Bakri berhenti di tepi lebuhraya akibat radiotor van panas (katanya....). Akan ada muncul sebuah lori bernama Tuah dilihat seakan-akan mahu melanggar Ah Meng. 
Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan dan babak itu ditinggalkan dengan penonton di mana tertinggalnya kasut sneakers Ah Meng di bahu jalan lebuhraya itu.(Maknanya Ah Meng hanya memakai sebelah kasu sahaja kan)..... Tetapi, pada babak akhir, kita dapat lihat Ah Meng muncul dengan kedua-dua belah kasut...

Keduanya.. di babak di mana van mereka berhenti di tengah-tengah hutan bersama keranda itu(teringat kembali babak Khurafat).... telefon bimbit Ah Meng dan Bakri tiada signal (maknanya tidak boleh ada sebarang panggilan masuk), tetapi secara tiba-tiba panggilan dari bos mereka masuk...
walaupun Bakri dengan memberitahu kepada bos bahawa signal tak clear---> "line tak clear bos!", tapi mana mungkin panggilan dapat masuk kan....?

Selamat menonton... tak rugi!! besttt

: )

Saturday, February 26, 2011

Assalamualaikum

Assalamualaikum Pembuka Bicara

Lama kiranya enchik tidak menulis apa-apa di laman enchikseseorang ini. Enchik akui, enchik seakan -akan melupakan dunia di laman enchik ini .Enchik seakan-akan sibuk dengan tugas seharian selain daripada menguruskan penyelidikan enchik seperti selalunya. Kalau dunia ini mempunyai masa yang lebih dari 24 JAM , tentu enchik memanfaatkan sepenuhnya..!

Insyallah , enchik akan kemaskini blog enchik dalam masa terdekat.

Wassalam

: )

Thursday, December 2, 2010

BATU FERINGGHI...


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

ICNP 2010

10-13 hb Disember 2010.
Sekian.....

Post Paksaan - Love Like This..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Kenapa entri post enchik kali ni "Love Like This"? Korang akan tahu nanti...

Ok..Enchik membaca blog-blog dari bloggers lain dan terjumpa entri dari blogger Uncle Usop's Son dan membaca post dari entrinya yang ini  << klik untuk membaca


Konsepnya mudah 
1) Listkan semua lagu-lagu dalam laptop/pc/netbook anda dalam mana-mana player audio 
2) Pastikan dalam SHUFFLE mode ya
3) Kemudian Jawab 20 soalan berikut berdasarkan lagu-lagu yang diputarkan satu persatu .. relevankah jawapan itu dengan soalannya? 

Ini daripada hasil Enchik...

1) If someone says "is this ok" ?you say?
You Never Say Goodbye - Maria an Nesty(Korean theme song from My Girl Drama)....
Ntah .. apa kaitan ntah ngan soalan itu .... mungkin enchik jawab dgn gaya glamor girls dalam citer That'sSo Raven sambil hanyun jari telunjuk (.........)

2) How would you describe yourself?
7 Things - Miley Cyrus.....
well.. enchik akan cakap , 7 things you need to know about enchik, and it will not be going the things that you'll hate... (tapi macam related la pulak jawapan itu dgn soalan)..enchik suka : )

3) What do you like in girl/guy?
Kaparinya - Siti Nurhaliza ....
apakah ? Kaparinya itu apa? enchik pun tak tau .. mungkin  enchik suka makan kari , so girl tu kena la pandai masak kari equivalent to the song Kaparinya...(blurrr....)

4) How do you feel today ?
Diari Hatimu - Siti Nurhaliza
Enchik still shufflekan lagu, ntah kenapa lagu tok ti yg keluar jugak lepas lagu atas .. enchik rasa diari hatimu hari ini..(boleh?)

5) What's is your life purpose?
Chinese song instrumental 
Ini lagu chinese instrumental yang sangat soothing... mungkin hala tuju dan tujuan enchik hidup untuk sentiasa tenang dalam menghadapi segala dugaan yang bakal mendatang. (sambil terbayangkan menari kipas dengan lagu chinese instruemental ini)....

6) What's your motto?
Lovestoned -Justin Timberlake
Betul..bagi enchik, enchik masih keras hati kalau bab bercinta, sebab pengalaman lama enchik dalam percintaan ini asyik gagal sahaja, jadi enchik keras hati sampai sekarang , sehinggalah ada yang berjaya lembutkan hati cinta enchik (dramatik sungguh....)

7) What do your friend think of you?
When I Fall in Love - Celine dion ft Luther Vandross
....... enchik mudah jatuh hati???

8) What do you think of your parents?
One Heart - Celine Dion
Still in shuffle mode... tak tau nape si celine dion yang keluar after that previous song. Well, enchik memang sayang parents saya.(ada ke yg tak sayang parents sendiri?)

9) What do you think about often?
Ooops..I did it again - Britney Spears
Hehehe.. enchik tau apa....
lalalala.....
(I'm not innocent) 

10) What is 2 + 2?
Girl - Destiny's Child
yerla..takkan boy lak kan ?? ish ish ...

11) What do you think of your bestfriend (s)?
Aku Tahu Aku Rindu - Nora
yay... lagu suit coincidentally... really miss my kawan... my best friend buddy in Teluk Intan

12) What do you think of the person you like?
Bop Bop Baby - Westlife
owhh yeay..baby...

13) What is your life story ?
Turn off the light - Nelly Furtado
Enchik memang seorang yang kadang-kadang sedikit privasi when it comes to sharing my life.. certain things i would say..

14) What do you want to be when you grown up?
Zero Gravity - David Archuleta
Flying?????? tanpa graviti... ke angksawan?

15)What do you think of when you see the person you like ?
Kelmarin - Farhan AF4
"Kelmarin dia pakai baju yang sama la...ish ish"..(leh??)

16)What will you dance in your wedding?
Engkau Laksana Bulan - Dato' Sheila Majid
Aduih.. mesti romantik nanti enchik menari-nari sambil iramakan lagu ini..wawawa

17) What will they play in your funeral?
Jika Kau Tak Datang - Dato' Siti Nurhaliza dan Krisdayanti
Homaigod!!!! suit well..... rancak tekno lak tu.... sure gempak arr funeral tu nanti..wakakakaka

18) What is Your biggest fear?
Wajah - Jacyln Victor
tak la.. enchik suka menatap wajah-wajah kurniaan Ilahi.

19) What is your biggest secret?
You Had Me- Joss Stone
ntah...ntah apa2

20) What will you post this as?
Love like This - Natasha Bedingfield
Mengarut tol.... hahahah...sebab itu tajuk entri enchik Love Like This...

Anyway , enchik enjoy melakukan entri ini. Memutarkan 20 buah lagu(in shuffle) sambil menjawab soalan.heheh
Pembaca-baca lain try la... enjoy gak, kalau yang ada kebetulan jawapan itu suit dengan soalan itu, best jugak

Wassalam .

Membina Semangat yang hilang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .

Hari ini enchik nak post entri tentang sesuatu keadaan di mana enchik rasa setiap daripada kita akan merasainya.

Mungkin hari ini kita bersemangat untuk melakukan sesuatu, bersemangat sehingga kita fokus dalam melakukan sesuatu kerja sehingga kita membuat OT .Betul kan ? (atau kita OT sebab kerja byk?). 

Tetapi pernah anda merasa di mana tiba-tiba semangat anda untuk melakukan kerja atau tugasan itu hilang entah ke mana dan anda merasa stress sangat, sehingga anda mengeluarkan perkataan

"BOSANNYA hari ini"

walaupun pada hakikatnya BEGITU BANYAK kerja yang belum diselesaikan . Tentu pernah kan .

Pernahkah anda melalui saat di mana waktu pagi anda punch kad anda sebelum jam 8 pagi , tetapi sehingga jam 12 tengahari anda langsung tidak menyentuh apa-apa tugasan atau kerja yang perlu dilaksanakan .Tentu pernah bukan?

Dan pernah kan , sebelum anda mahu melelapkan mata untuk tidur, anda mengeluh sambil berkata

" Ya Allah, apa yang aku buat hari ini?"

Ya, enchik sendiri pun kadang kala mengalami keadaan sedemikian. Boleh jadi dalam seminggu tu , momentum kerja itu menurun. Enchik sendiri kesal dengan apa yang berlaku. Kerja pun satu ibadat.Ilmu pula wajib dituntut oleh kita sebagai umat Islam . Apatah lagi dengan ilmu sahaja, kita boleh berjaya. 

Enchik hanya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang fakta yang menarik, yang pernah enchik baca dari satu petikan di dalam majalah .

Tahukah anda bahawa 40 % kerja berjaya disiapkan dalam satu hari dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi?
Menarik bukan?

Dengan fakta itu lah membuatkan enchik gigih bekerja(atau membuat research dalam hal enchik ini) sebab enchik percaya bahawa, bila kita datang awal untuk bekerja, lebih banyak kerja dapat disiapkan . Pagi lebih tenang, lebih segar dan lebih mudah melakukan kerja. Malah , mak enchik selalu berpesan pada enchik.

Pergi kerja awal pagi banyak hikmahnya, Pintu rezeki buka awal pagi ....

Tetapi...... kadangkala enchik ni suka sangat buang masa waktu pagi . Kadang-kadang melawat kawasan la, melawat kawan2 di tempat lain la. Dan kadang kala enchik selalu juga tewas untuk bangun awal. 

Kesimpulan entry enchik pada hari ini adalah, jika kita merasa kita hilang semangat untuk melakukan sesuatu, peganglah kata-kata orang bijak pandai. Perkara itulah yang membuatkan kita semangat untuk berkerja dan melakukan sesuatu tanpa rasa jemu . Tidak semua perkara di dunia ini mudah . Hanya dengan berusaha sahaja kita mampu berjaya . Jika enchik berpegang pada kata-kata mak enchik, anda pula?

Wassalam



Monday, November 29, 2010

99.5 %

Enchik 99.5 % berjaya menyiapkan poster untuk ke seminar International Conference on Natural Products 2010 << klik sini untuk mengetahui lebih lanjut

Enchik pergi bersama 3 rakan yang lain , dan enchik seorang sahaja lelaki, seperti biasa .Kami akan menginap di Hydro Hotel. Mereka akan bertiga kongsi satu bilik , manakala enchik keseorangan la di sana...(ada siapa2 nak teman???lalala)

Inilah poster yang 99.5% hampir enchik siap, hanya tunggu diperiksa oleh supervisor enchik ...... Jadi, insyallah enchik akan mengupdate pemergian enchik di sana..oh ya , kami berempat ke sana bermula 10hb-13hb Disember ini...

99.5% almost complete......... hasil kerja kajian enchik

Wassalam