para pengikut

Wednesday, March 2, 2011

Album Review - 3 Suara (Jacyln Victor, Ning Baizura, Shila Hamzah)

Assalamualaikum wbt

Bertemu kembali 

Hari ini enchik ingin memberi sedikt review atau ulasan tentang album yang enchik dapatkan baru-baru ini di pasaran . Album 3 Suara . Judul album ni mudah sahaja. Terus . 

3 SUARA.

Enchik dapatkana di pasaran baru-baru ini


Album ini album trio menampilkan Jacyln Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah ( juga dulu dikenali sebagai Shila OIAM)

Enchik mengambil masa lebih kurang 4 hari sebelum membuat review dan ulasan di enchikseseorang ini. Ini adil supaya enchik telah mendalami dan menjiwai setiap track audio di dalam album ini . 

Album ini mengandungi 9 buah lagu dan sebuah hidden track (akustik) menjadikan jumlah track kesemuanya 10 track audio. Di mana enchik mahu mulakan ya?

Baiklah, enchik mulakan dengan pilihan lagu.

Ternyata produksi ini mahu mengembalikan zaman kegemilangan muzik Pop di era 80an-90 an. Secara keseluruhan, setelah mendengar kesemua track berulang kali, melodi terus melekat di telinga, apatah lagi penulisan lirik yang sungguh mendayu-dayu dan menyentuh hati.  Para komposer dan penulis lirik menekankan susunan muzik yang malar segar dan mudah melekat di telinga pendengar. Malah , 3 suara juga hanya melibatkan beberapa komposer dan penulis lirik. Antaranya ialah Irwan Simanjuntak, Kevin Chin, Alywin Santiago, Paul Moss, Tinta S.

Berikut lagu-lagu yang terdapat di 3 SUARA

1) It's a beautiful life *
2) Menari dalam Hujan *
3) Semua Isi Hatimu *
4) Di mana Di mana *
5) Beribu Sesalan *
6) Hanya Satu
7) Mengenangmu *
8) Tomorrow's calling
9) Teman
10) Beribu Sesalan (hidden track)

* - menunjukkan antara yang menjadi kegemaran enchik.

Permulaaan lagu It's a Beautiful Life - pilihan lagu yang tepat untuk memulakan pengembaraan. Mood lagu yang catchy dan lirik yang simple terus menangkap telinga dan mulut enchik untuk turut sama menyanyi . Enchik membayangkan lagu ini untuk lagu semasa latihan aerobik. Poco-poco mungkin.

Manakala Menari dalan Hujan - elemen retro 80an jelas dapat didengari tapi masih menyuntik susunan muzik yang segar. 

Semua Isi Hatimu merupakan lagu pop balada yang pertama setelah pendengar melayani dua track lagu rancak. Ternyata melodinya sungguh indah ditambah dengan penulisan lirik yang cukup mendalam. Pertama kali mendengar terus melekat dalam telinga enchik . Sehingga sekarang, lagu ini menjadi salah satu lagu kegemaran enchik di dalam album ini

Lagu Di Mana Di Mana merupakan single pertama bagi trio ini . Berjaya. Tidak menonjolkan kemeriahan vokal trio ini tapi susunan muzik ini sudah cukup meriah.

Beribu Sesalan. Pertama kali enchik mendengar daripada laman YouTube.com. Bagi mereka yang kebetulan yang mempunyai masalah dalam perhubungan. Lagu ini sesuai untuk anda melayani perasaan kecewa anda. Enchik pun suka sekali dengan paduan vokal trio ini .Lagu ini sememangnya menonjolkan kekuatan vokal masing. Teknik falsetto serta dinamik dapat jelas didengari dari trio ini.

Hanya Satu pula bagi enchik mungkin muzik pop tipikal . Bukan salah satu kegemaran enchik dalam album ini. Namun, lagu ini masih tidak rugi untuk didengar.

Track seterusnya, MengenangMu sememangnya bakal meruntun jiwa naluri anda. Emosi yang dibawa oleh trio ini jelas terus menusuk ke jiwa. Lirik yang ditulis kemas dengan muzik iringan live strings boleh membuatkan anda berlinangan air mata. Daripada verse sehinggalah ke chorus, iramanya terus ke jiwa. Lantas, ia menjadi salah satu lagu kegemaran enchik dalam album ini.

Tomorrow's calling ciptaan Paul Moss merupakan lagu berbahasa Inggeris yang terdapat dalam album ini . Percubaan yang amat baik bagi trio ini mendendangkan lagu berbahasa Inggeris. Masing-masing mempunyai pengalaman . Cuma, ia kurang menyengat di hati enchik.

Teman pula menceritakan tentang erti persahabatan . Sesuai kiranya lagu ini untuk dijadikan sebagai muzik latar belakang untuk slide show atau untuk farewell presentation : P

Track yang terakhir merupakan hidden track. Beribu Sesalan versi akustik. Versi akustik lebih istimewa dari segi susunan muziknya. Jamie Wilson sebagai gitarist dalam menyusunkan lagu ini . Menyengat.

Berikut adalah preview kesemua track dalam 3 suara.(dari YouTube) courtesy dari subscriber jacylnvictorclub



Secara keseluruhannya enchik merasakan pelaburan yang dibuat bagi memasarkan album penuh trio ini ternyata bijak. Tidak menampilkan nyanyian solo, semuanya nyanyian mereka bertiga. Tiada yang mendominasi. Keserataan semua ditampilkan. Mungkin secara peribadi , bagi enchik , alangkah indah dan lebih menarik jika cover album ini lebih diperelokkan. Mungkin kerana ketiadaan masa, tiada gambar trio ini bersama-sama untuk dijadikan sebagai cover album.

Bagi mereka yang pada mula ragu-ragu atau sangsi dengan kebolehan Shila digandingkan bersama Ning dan Jac, album ini bakal mengubah persepsi anda sepenuhnya. Kemampuan Shila dalam menyampaikan lagu-lagu dalam album ini harus dibanggakan.

Dapatkan lah album ini di pasaran sekarang . Pada harga RM31.90, pelaburan ada pasti berbaloi

: )


1 comment:

  1. boleh tak sy nak dptkan guitar chord lagu beribu sesalan yg versi akustik tu?

    ReplyDelete

Ulasan.ulas ulas ulas ulas.