para pengikut

Saturday, October 23, 2010

International Conference on Natural Products 2010

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Insyallah pada bulan Disember 2010 ni , aku dan beberapa kawan yang lain akan menyertai ,klik sini >> International Conference on Natural Products 2010 (ICNP 2010) yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) bertarikh 10-12 Disember 2010 yang akan berlangsung di Bayview Beach Resort, Penang, Malaysia.

Untuk tujuan itu , aku akan menyertai bagi kategori Poster yang dimana tajuk untuk pembentangan poster itu sudah pun dipilih.
Yang bertajuk : Cytotoxic activity of isolates of Aglaia oligophylla towards leukemic   cancer cell lines (CEM-SS)
Untuk design poster belum pun direka, masih terlalu awal, aku pun masih mengumpul data untuk konferens ni.


Tetapi, aku tidak akan menginap di hotel Bayview itu memandangkan kos penginapan untuk satu malam menjangkau RM 230++, makanya aku bercadang mahu mencari tempat penginapan yang lebih ekonomikal dan mampu untuk diduduki untuk 3 malam. Bajet hotel pun tak kisah, asalkan berdekatan dengan Hotel Bayview itu. Kalau sesiapa di kalangan anda ada cadangan, idea untuk penginapan, harap-harap dapat tolong aku . 

: )

Friday, October 22, 2010

Mengawal dan Mengelakkan Terjerumus ke Lembah Kemaksiatan.

Assalamualaikum wbt.

Terjumpa blog yang amat menarik untuk dibaca dan banyak memberikan panduan dan pengajaran khususnya dari sudut pandangan agama Islam itu sendiri.


Kita saling mengingati dan diingati. Saya juga manusia. Insan biasa. Insyallah , mudah- mudahan mendapat pengajaran.

: )

Thursday, October 21, 2010

Muhammad Ziyad Iman

Assalamulaikum wbt

18/10/2010

Tahniah diucapkan kepada Kak Ili Syazana Johari dan Suami tercintanya, Abg Aum di atas kelahiran sulung cahaya mata mereka. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.




Muhammad Ziyad Iman, Uncle Ijoy (heeheh) mendoakan semoga Ziyad membesar dengan baik dan menjadi insan yang berguna buat kedua-dua ibu bapa anda. Amin..

SEBULAN LAGI


Yer, chaiyok2.... 
aduhai.... pening kepala aku memikirkan ni .... 

: (

Wednesday, October 20, 2010

selamat tinggal kesayanganku...

Kepada dia yang sentiasa mengingatiku .
Aku ucapkan Selamat Tinggal kepada Mu.
Aku tahu bukan mudah untuk aku melaluinya kali ini.
Tetapi itu yang harus aku lakukan untuk diri Mu.
Meski aku tahu, sampai bila-bila , hanya diri Mu di hatiku buat sekian kali.

Dirimu sudah menemui apa yang dicari.
Tak perlu kehadiranku untuk dirindui.
Maka, aku doakan dirimu bahagia kali ini.
Insyallah, doaku sentiasa bersamamu mengiringi.

: (

Klipas

Tuesday, October 19, 2010

CINTA JANGAN KAU PERGI

Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.
Disini tempat aku meluahkan segala apa yang aku rasa dan aku pendam di hati.

Cinta sememangnya sesuatu yang indah , manis, dan sesuatu yang menjanjikan kebahagiaan kepada mereka yang merasainya. Yang pasti, cinta itu bukannya sesuatu yang dipaksa , ia datang dari hati kita sendiri.

Kemanisan bercinta itu terletak kepada kesungguhan mereka di dalamnya. Mengabdikan bersama pasangan yang tersayang, memberikan yang terbaik buat pasangannya.

Namun, tidak semua bernasib baik sebegitu merasakan cinta, merasakan indahnya cinta. Andai ditanya kepada anda,
"Pernahkah anda merasakan pedihnya putus cinta?"

Sebahagian antara kita pernah merasakan pedihnya cinta, seksanya putus cinta. Memutuskan ikatan yang terjalin sekian lamanya.

Soalan ini juga bakal ditanya selepas soalan yang di atas telah disoalkan

" Siapa yang minta putuskan hubungan itu, kamu atau dia?"

Nah, disini bermulanya permainan teka teki, andai diberitahu kita sendiri yang minta diputuskan hubungan, jawapan dari kita mungkin pasangan kita berlaku curang, tidak memahami , tidak memberi komitmen, dan sebagainya DAN jika sebaliknya andai dia yang memutuskan hubungan, makin banyak soalan yang terpacul dari pihak kita yakni mangsa dalam ini, aku tidak cukup baikkah untuk kamu?, kamu sudah ada yang lain? kamu sudah jemu dengan aku ? dan sebagainya lagi yang akhirnya akan disudahi dengan sumpah seranah.

Walau apa pun yang berlaku, walau apa pun yang terjadi, kita harus akur di atas setiap yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya. Mungkin ditakdirkan insan yang lebih baik bagi kedua-dua pihak.

Soalan saya pada anda? Pernah tak anda sesali sekiranya anda melepaskan seseorang itu pergi dari anda? Dan andai insan yang pernah anda sayangi itu telah menemukan cinta yang baru, apa yang anda rasa tat kala itu? Sedih? Gembira? Merasakan diri kita sudah ditemu pengganti?

Dan pernah kah anda merasakan kehilangan sesuatu yang amat besar dalam hidup anda selepas anda sendiri yang memutuskan untuk melepaskannya?Huh.. Merasa rugi melepaskannya pergi . Baru merasa kehilangan selepas anda meninggalkannya?

Itulah sifat manusia. Tidak menghargai sesuatu yang berharga hanya selepas kehilangannya.

Dan aku sendiri tidak lari dari sifat itu. Maafkan aku .. ... ... ..

Jangan Kau Pergi....



KLIPAS....

Seseorang pernah beritahu aku .. "bau macam keling dan lipas = KLIPAS"

Pada mulanya aku tak tau kenapa aku boleh bertindak sedemikian. Aku melepaskan kepergiannya bagi memberikan nya peluang menjalani kehidupan yang lebih sempuran seperti yang sepatutnya.
Ternyata aku silap, ia memakan diri aku sendiri. Kepergiannya membuatkan ku merasa amat terseksa .Amat. Bukan mudah bagi aku untuk menghadapinya . Bermacam-macam dugaan aku harus tempuh, Mainan perasaan begitu mencengkam diri.

Kalau ini benar cinta, mengapa ia harus begitu kompleks dan begitu sukar untuk aku melaluinya seperti orang-orang lain .

Melepaskan nya pergi membuatkan aku merasa kehilangannya yang amat dalam sekali . Sukar digambarkan perasaan ku. Meski aku tahu, punca dari diri ku sendiri. Mengabaikan. Tidak mengendahkan. Kononnya aku mahu memberikannya peluang bersama insan yang sepatutnya namun akhirnya ia memakan diri sendiri. Ya tuhan, tatkala ini hanya padamu aku berserah .
Andai mampu ku ulang masa, bisa tidak aku ucapkan, Terima la diriku kembali dan maafkan segala kesilapan. Mampukah ?

Semua berhak hidup gembira sepertimana dirinya juga, aku patut bahagia di atas kebahagiaannya. Itu yang terbaik . Lantas segera ak menidakkan perasaan ku untuk kembali bersamanya dan memberikannya laluan kepada hidupnya yang baru .

Semoga dirimu bahagia... dariku


KLIPAS..........