para pengikut

Thursday, September 13, 2012

Muara Hati Vs The Good Wife

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Dah tonton drama bersiri Adam & Hawa di Astro Mustika HD? Belum? Ahhh, tontonlah di Astro Mustika Isnin-Khamis jam 10 malam, enchik sarankan, drama tu best, selain pelakon sasa Aaron Aziz, dan Nadiya Nisaa (Sila klik sini jika mahu mengenali siapa Nadiya Nisaa). Nadiya Nisaa ni Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik, masa tu beliau berlakon Filem Cun. 

Motep Aaron buat "peace" ?

Ok enchik bukan nak menulis mengenai drama Adam & Hawa ataupun mengenai para pelakon yang membintangi drama itu tetapi OST (Original Sound Track) dalam erti kata lain runut bunyi untuk drama Adam & Hawa iaitu Muara Hati nyanyian Dato'Siti Nurhaliza dan Hafiz AF. Lagu ini ciptaan Manusia Putih (Ady 6ixth Sense)/

Belum dengar? Enchik sarankan juga untuk anda semua mendengar. Mungkin ada yang pertikaikan mengenai kehebatan lagu Muara Hati dan Ombak Rindu. 

Dah tonton official video klip Muara Hati? Saksikanlah .


Tapi enchik bukan nak mengulas mengenai lagu ataupun video klip Muara Hati, tetapi lebih kurang "bloopers" la yang terdapat di dalam video klip Muara Hati arahan Ghaz Abu Bakar ini.



Antara props utama di dalam video klip Muara Hati ialah Chandelier dan kerusi duduk lutsinar. 
Perhatikan kerusi lutsinar di sebelah Dato' Siti dan Hafiz AF

 

Kemudian saksikan juga lah episod ke-2 (The Death Zone), Season 3 dari drama bersiri kegemaran enchik The Good Wife.



Ahaaa, Kerusi yang sama digunakan



Nampak permainannya di situ?

Jadi teori enchik,

1) Ghaz pinjam kerusi lutsinar itu dari produksi The Good Wife mungkin?
2) Ghaz mendapat inspirasi dari drama ini.
3) Mungkin Ghaz dan Penerbit The Good Wife kenal sesama sendiri?


: ) 

p/s : Nak juga test kerusi lutsinar tu diperbuat daripada apa? kaca tempa tinggi ataupun plastik?


Wednesday, September 12, 2012

Perlu Untuk Ambil Tahu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ha, tadi enchik bersantai di kedai mamak berdekatan rumah. Seperti biasalah, teh tarik kurang manis pilihan enchik. Berborak bersama rakan karib, mulanya tentang gajet, kemudian kisah kahwin kawan sambil mengenang nasib diri masing-masing yang masih belum berkahwin dan sehinggalah isu politik. 

Kebetulan pula bercakap mengenai isu tersebut, menyapa pula seorang sahabat kami yang sudah lama tidak ketemu. Lantas, menjadi panas pula mengenai isu politik. Tentunya bila kita bercakap mengenai politik lagi-lagi tahun ini, Pilihan Raya Umum ke 13 la yang menjadi topik perbualan hangat. Boleh dibuat gaduh jugalah.

PRU 13 antara HIT tertinggi di enjin pencarian Google

Berbalik kepada perbualan itu, masing-masing mempunyai pandangan dan sisi peribadi terhadap politik mereka sendiri. Enchik mempunyai pandangan politik sendiri, rakan enchik pun mempunyai pandangan politik beliau sendiri. Namun tidak pula bagi rakan enchik yang baru tiba ini. Ayat beliau mudah..

"Tak perlu nak ambil tahu. Malaslah. Malas nak mengundi"

Menghormati beliau sebagai kawan yang sudah lama tidak ketemu, enchik tidak mahu pula membidas mahupun menidakkan pendirian beliau. Bagi enchik, mudah, benda ini PERLU untuk kita ambil tahu dan peduli. Tak kisahlah HALUAN mana , cuma sebagai pendapat peribadi, corak pentadbiran negara kita, rakyat yang tentukan. Menyokong atau tidak, itu hak dan pilihan masing-masing.

Kejap! Enchik bukan nak tulis entri pasal politik ya. Hanya pandangan berbaur peribadi sahaja terhadap apa yang rakan enchik cakapkan tadi. Jangan menidakkan hak kita sebagai rakyat Malaysia yang bebas untuk mengundi. 
Gunung tak sama tinggi 

Kueh Seri Muka??


Penis Enlargement?

Game Pacman mungkin?

Apapun haluan pandangan politik kita semua, itulah yang perlu kita hormati. Ha, dah daftar sebagai pengundi belum?? Saya Pilih Mengundi.


p/s : Teruja untuk mengundi buat kali pertama. "Saya pilih Keamanan, Saya Pilih Malaysia"



Mengapa perlu online di luar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengapa perlu online di luar?

Untuk makluman pembaca, enchik jarang online di mana-mana kafe, restoran mahupun restoran fast food yang menyediakan kemudahan Wi-fi percuma. Almaklumlah, rumah enchik di kampung dan di Putrajaya mempunyai akses internet berkapasiti tinggi. Yerla, bonda enchik bekerja di TM  kan.Lantaran itu, enchik mahu mengkaji apa keseronokan online di luar.

Jadi hari ini, enchik online di McDonald's Teluk Intan. Ha, entri kali ini ditulis di luar ya. Jadi, Enchik order set kegemaran enchik.


Lepas itu, enchik mula la mencari port terbaik untuk menikmati set makanan kegemaran ini dan juga memastikan enchik mendapat port terbaik untuk online. Port terbaik haruslah mempunyai sambungan elektrik, manalah tahu tiba-tiba laptop enchik ini kehabisan bateri pulak.

Ada sekumpulan pelajar, lepasan sekolah menengah agaknya duduk satu meja yang digabungkan, enam orang semuanya. Dua di antaranya membawa notebook bersama. Baik, telahan enchik, mereka membuat group discussion. Oh begitu, masa zaman enchik, tiada pun group assigment semua yang sebegini, apatah lagi menggunakan laptop, tambahan berkumpul di McD pulak tuh. Oh bonda, zaman begitu pantas berlalu. Pastinya hasil daripada perbincangan adik-adik ini , mereka akan mendapat A!.

Di sebelah enchik pula ada seorang gadis, bersusuk besar berkulit cerah. Di atas mejanya, kelihatan beberapa helai kertas, alat tulis serta hidangan McD. Tekun sungguh menelaah di samping mempunyai tablet di sampingnya. Mungkin si gadis ini selesa menelaah pelajaran dalam suasana bising seperti di sini. Sedangkan enchik pun online di sini sambil mengenakan headphone, keadaan di sini terlalu bising.

Di hadapan enchik pula, seorang gadis sedang melayan movie Korea, juga di tabletnya. Mungkin mahu meluangkan masa lapangnya untuk menonton movie Korea, tapi takkan takde bawak headphone? Itu kan lebih baik, bukan semua mahu mendengar movie anda itu. Sehingga sekarang enchik pun tak paham apa specialnya Oppa Gannam Style tu. Tarian sahaja kot. Ooopps ok ini tiada kena mengena.





Jadi, mengapa perlu online di luar?

1) Bukan semua mempuyai akses internet di kediaman, kalau ada pun, mugkin ada yang masih menggunakan perkhidmatan 1515 kot?
2) Mungkin Seronok layan movie di luar berbanding di rumah? Kelajuan internet di sini lebih hebat . (Tapi agakla, bawala headphone!)
3) Dapat berkumpul bersama kawan-kawan, online bersama-sama sambil berbincang mengenai kerja sekolah. (95 % online, 3% makan, 2% perbincangan )
4) Mungkin juga sebab senang, kalau lapar, pergi sahaja ke kaunter McD.(sebab paling munasabah)

Sebab anda?
Komen, enchik nak tahu juga.

p/s : Ada gadis berbaju kurung kuning di hadapan enchik, manis... Ahh, ini kebaikan online di luar!

:)


Tuesday, September 11, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Penat lelah enchik selama beberapa tahun di dalam pengajian ini akhirnya membuahkan hasil apabila enchik telah mendapat surat pengesahan untuk bergraduat pada tahun ini. 
Kalau di ikutkan , begitu banyak cabaran yang enchik harus hadapi bagi menyiapkan penyelidikan enchik ini. Pernah sebulan enchik langsung tidak menulis thesis enchik, ini semua gara gara putus cinta la. 

Walau bagaimanapun, enchik tetap merasakan pengajian enchik di Peringkat ini banyak membantu enchik dalam menyiapkan enchik untuk masuk ke bidang pekerjaan. Bersyukur sangat kerana enchik diberi peluang untuk menyertai pelbagai seminar, konferens serta bengkel. Sungguh bertuah enchik rasakan kerana enchik berada di bawah penyeliaan pensyarah serta penyelia yang begitu mengambil berat akan masalah pelajarnya.


Alhamdulillah, dijangka bergraduat pada pertengahan Oktober 2012. Bagi enchik, berita gembira ini enchik kongsikan dengan ibu bapa enchik. Jujur, tanpa mereka, mustahil enchik dapat menyelesaikannya.

Viva sekitar Pertengahan Mei lalu. 

Surat Perakuan Senat

Pemeriksa dalam dan Luar (UiTM Puncak Alam)

Penyelia dan CO-Penyelia

Jilid Keras Tesis
Begitu ramai mereka yang membantu enchik. Tak terbalas kiranya jasa dan budi mereka. Hanya mampu mengucapkan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa kalian.

So. rasanya , kena carik baju konvo la pas ni kan?

:) 

Tuesday, September 4, 2012

Oh Tuhan... Begitu Sakit Hati Ini


Begitu sakit ku rasakan sehingga kini. Belum pernah ku merasakan keadaan perit dan penuh tersiksa sedemikian rupa. Sehingga kini belum lagi aku menjumpai penawar bagi mengubati luka yang amat parah dan begitu menusuk. Tidak pernah juga aku merasakan bahawa sesuatu yang indah akan diakhiri dengan keadaan sebegini. 

Pernah suatu ketika aku mentafsirkan cinta itu sesuatu yang indah dan luar biasa yang bakal merubah hidup. Pernah juga aku mentafsirkan cinta itu sesuatu perkara yang indah yang tak terjangkau oleh fikiran yang bisa membawa hati ke dalam suatu dunia yang begitu indah , dunia yang begitu mendamaikan.

Itu semua dulu. Perkara yang pernah ku fikirkan. Perkara yang pernah ku impikan. Tetapi, itu bukanlah suatu yang mampu ku kecapi mahupun mampu ku miliki. Sesuatu yang tak pernah pun ku miliki dari awal dari dia. Ia hanyalah dusta semata-mata. Bagiku , aku hanya suatu persinggahan bagi mengubat hatinya yang luka. Persinggahan untuk dia melepaskan kesunyian di hatinya.

Hati begitu perit menahan setiap hari . Hari-hari yang mendatang tidak lagi membawa keceriaan di dalam hidup meski aku cuba untuk menidakkan luka yang terpahat di hati . Apakan daya aku hanyalah manusia biasa , yang ingin disayangi dan dicintai.

Sampai bila aku mampu berdiri dan mampu untuk tersenyum kembali, aku pun tidak pasti. Aku sendiri tidak pasti samaada masa mampu memulihkan apa yang terluka di hati. Oh Tuhan.... Begitu sakit hati ini


Sekurang-kurangnya ada perkara yang boleh membuatkan diri  ku tersenyum.. itupun untuk seketika

:'(

Monday, September 3, 2012

Gelita

Assalamualaikum


Sekian kalinya enchik sudah lama tidak update apa apa disini .

Hampir 9 bulan . 
Lembaran hari hari enchik seakan tidak membawa erti apa apa dalam hati enchik apabila hati sering terasa seperti diluka.

Enchik masih belum boleh meneruskan hidup . Move on bukan mudah untuk diri enchik, mungkin mudah untuk orang lain. Enchik tidak pasti sampai bila enchik mampu boleh berdiri sendiri. Masih belum boleh. Terpaksa sendiri memujuk hati. Masih terasa gelap gelita.


Cinta umpama cepatnya siang malam,
Menurut keadaan dan musim
Selalu Berpihak pada yang dipuja,
Tak menguntungkan mereka yang Setia.



Perasaan ini masih seperti dahulu dan tak pernah berubah. Apa yang enchik rasakan dari awal tetap masih sama. Perasaan sayang dan cinta masih sama dari awal perkenalan. AFG42

Happy Birthday ijoy . 




Sunday, January 29, 2012

BROKEN HEARTED

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera 





You're everything I thought you never were
Ain't nothing like a thought could have been
Still, you live inside of me
So tell me how is that

You're the only one I wish I could forget
The only one I love to not forgive
And though you break my heart
You're the only one 

And though there are times when I hate you
'Cause I can't erase
The times that you hurt me
And put tears on my face
And even now while I hate you
It pains me to say
I know I'll be there
At the end of the day

I don't wanna be without you babe
I don't want a broken heart
Don't wanna take a breath without you babe
I don't wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don't wanna love you
In no kind of way, no no
I don't want a broken heart
I don't wanna play the broken-hearted girl
No, no, no broken-hearted girl

Something that I feel I need to say
But untill now I've always been afraid
That you would never come around
And still I wanna put this out

You say you got the most respect for me but
Sometimes I feel you're not deserved of me
And still you're in my heart
But you're the only one

And yes, there are times when I hate you
But I don't complain
'Cause I've been afraid that
You would walk away

Oh but now I don't hate you
I'm happy to say
That I will be there
At the end of the day

I don't wanna be without you babe
I don't want a broken heart
Don't wanna take a breath without you babe
I don't wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don't wanna love you
In no kind of way, no no
I don't want a broken heart
I don't wanna play the broken-hearted girl
No, no, no broken-hearted girl

AFG.....